Thursday, March 12, 2009

Mencapai target?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Buat adik-adik lepasan SPM dan STPM yang baru sahaja menerima keputusan dalam minggu ini,
TAHNIAH!!!!!
sekurang-kurangnya dengan kesabaran adik-adik menunggu saat keputusan itu diumumkan...

Bagaimana??? Mencapai target???

Apa-apa pun keputusan yang adik-adik dapat, BERSYUKURLAH kerana apa yang adik-adik dapat itu, mungin itulah yang terbaik untuk adik buat masa ini. Tidak kiralah keputusan yang adik dapat itu, menggembirakan atau sebaliknya...

Apa yang penting, teruskan untuk berusaha wahai adik-adik ku...keputusan ini bukanlah keputusan hidupmu...mungkin pada apa yang engkau benci itu ada kebaikan untukmu, dan pada apa yang engkau suka itu ada keburukan padamu...

Sama ada kejayaan atau kegagalan, kedua-duanya adalah ujian buat kita...
Berusahalah dan bersabarlah ketika menempuhi ujian itu...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

1 comment:

Anonymous said...

tahniah kepd yg berjaya..kepada yg tak seberapa..usaha lagi..masih banyak lagi masa.