Friday, January 30, 2009

Jam setengah jam...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kata orang, penantian itu satu penyiksaan...betul ke??? apa kata survey???

apa yang anda rasa jika anda perlu menanti kemunculan orang yang berjanji itu datang 5 minit lewat, 10 minit lewat, ataupun sehingga 30 minit lewat???

Masya-Allah..moga anda antara orang yang diberikan kesabaran dan husnu zhan oleh Allah Taala...

Apakah pendapat anda terhadap ketepatan masa? Adakah anda merupakan orang yang sering menepati masa? Adakah anda berasa bosan untuk menunggu sehinggakan anda teringin untuk menjadi orang yang ditunggu???

Bukan apa, tiba-tiba teringin melihat respon sahabat-sahabat tentang perkara ini...

insya-Allah...saya juga akan mengemukakan pendapat saya tentang hal ini...

Selamat merespon..=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, January 27, 2009

Kembara Kuantan Hewi 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sekitar Kembara Kuantan Hewi 2009...

Taaruf yang serba ringkas...


Pengisian 1: Ma'na Syahadatain...



Roti Kaya 3 lapis...nyum...nyum...


Pengisian 2: Hamba & Khalifah (Dalam konteks mahasiswa)



Teluk Chempedak (walaupun sik ada cempedak kat sitok...=p)



Ronda-ronda UIA Kuantan... (Sik sempat bejalan sekitar KOS...bergambar depan signboard pun jadilah...hehehehe....)
Ronda-ronda UIA KUantan...Depan KOM...hehehe...
(iboh marah org pharmacy...kuliyah kitak lom siap gik mok diagak...hehehe )

Semua sekali ada 26 orang...hehehe...
(Gambar terakhir Kembara Kuantan Hewi 2009)

Ukhuwwah Fillah Abadan Abadaa...
Iboh jerak datang Kuantan lagik...Sik ada Kembara, mok datang saja2...pun boleh juak...=")


Salam Kerinduan...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =)

Wallahualam...

Sunday, January 25, 2009

-_-" baruk perasan...ada longgokan kerja yg perlu disiapkan...


Ya Allah...ginelah boleh terlupak kejap...mungkin sebab terlalu excited menguruskan Kembar Kuantan...

Sehingga terlupa cuti ni...ada lambakan kerja yang perlu disiapkan...wahahahaha!!!!

Tapi takpa...tetap BERSEMENGAT!!!!!

cHAiYo CHaIyo DIRIKU!!!!

hehehe...

Moga segalanya dipermudahkan buat sahabat-sahabatku yang ku percaya juga punyai longgokan kerja sepertiku dan juga moga dipermudahkan untuk diriku jua...=D

p/s: xdapat nak merungut...sebab...tak namanya pelajar kalau tak banyak kerja...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =)

Alhamdulillah...=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah...hanya kepada-Mu aku bersyukur... setelah pelbagai perancangan yang dibuat dan segala perkara yang menyesakkan jiwa dan segala yang merindokkan rasa akhirnya terlerai dan dapat menarik nafas lega...akhirnya, 24 dan 25 Januari...Kembara Kuantan Hewi 2009 berjaya dilaksanakan dengan izin-Nya...

Suk ati rasa...bila bertemu dengan rakan-rakan seramai 19 orang daripada pelbagai kampus di Kuala Lumpur dan Selangor. Ya Allah...lega...tak mampu untuk dibayangkan dengan kata2...syukur...kerana mereka selamat sampai ke Kuantan kira-kira pada pukul 2.30 PAGI!!!
Mungkin kerana keletihan, diriku tidak menahan mata yang mengantuk...tidak dapat tidak, diriku melelapkan mata sekitar 12 tengah malam. Ingatkan nak tunggu sehingga mereka sampai. Nampaknya, keletihan lebih menguasai diri...huhu...pada ketika itu, diri terbangun semula pada pukul 2++ kerana mendengar suara Kak Ayat dan Kak Zaiti yang bersedia untuk menjemput sahabat-sahabatku di Terminal.

Tiada yang mampu dilakukan selain bersujud kepada-Nya...sampai sahaja mereka di rumah tumpangan kami yang merupakan rumah staf UIA kenalan Kak Zaiti dan Kak Ayat, terasa ingin mengalirkan air mata kesyukuran kerana mereka diizinkan oleh-Nya untuk sampai ke bumi Kuantan. Letih+seronok...setelah menguruskan khidmat diri dan ada diantaranya solat isyak, mereka pun belayar di alam mimpi, merehatkan badan yang letih.

24 Januari...hari program...Usai solat subuh, sesi menghantar sahabat2ku masuk ke UIA Kuantan tiba...Pagi itu hujan...maka sampai sahaja mereka di bilik ku, mereka dibiarkan membersihkan diri dan bersiap sedia untuk aktiviti-aktiviti yang seterusnya...Taaruf, pengisian 1 dan 2 menjadi input bagi mereka...

Petang itu, keseronokan kembali memuncak apabila kami hendak bertolak ke Teluk Cempedak...Lebih kurang 5-6 kereta yang menghantar para peserta ke tempat letak bas. Kerana dengan baslah (bas yang digunakan untuk pergi dan balik Kuala Lumpur-Kuantan) kami akan bergerak ke TC. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Walaupun letih, namun angin pantai sungguh menyegarkan. Petang itu, telematch diadakan. Ramai...mungkin sebab cuti. Maka pada mulanya kami mencari kawasan yang lebih tenang daripada orang ramai. Untuk ke situ,kami perlu melalui satu jarak jambatan kayu...Sampai melihat alam sekeliling dan masyarakat yang ada di situ...Sampai sahaja di lokasi yang dihajati...Ju mula mengatur segala keperluan...

TIBA-TIBA!!!! "Monyet!!!! Beg...Beg..." hehehe..itulah TC. Pengalaman yang mengejutkan semua yang ada. Bagi diriku, itu adalah pengalaman yang kedua...Tapi tentu sronok kan dapat peluang di kacau oleh beruk...hehehe...akhirnya, kami berpatah balik ke kawasan ramai orang. Alhamdulillah telematch tetap dapat dijalankan...

Setelah itu, para peserta diberi peluang bersiar-siar di kawasan TC sampai pukul 6.30...

Malam pula kami menonton VCD Sang Murobbi...namun...huahuahua...diriku kalah dek mata lagi...huhu...puas menahan diri.namun, tidak dapat jua. Hampir setangah daripada sesi itu diriku terlena dengan rasa bersalah. Mun kerana terlampau letih bermain di pantai.huhu...

25 Januari- Kami berjaya bangun Qiam dan sedikit tazkirah berantai sebelum diriku dan teman-teman yang lain membawa sahabat-sahabatku bersiar-siar di sekitar kampus. Angin yang sedap...cuaca yang redup sesuai sekali bagi kami...pada pukul 9++ kami kembali semula ke blok tempat penginapan untuk sarapan dan slot resolusi yang merupakan slot yang terakhir.

Pada pukul 11 pagi, sekali lagi, 5 kereta menhantar mereka ke tempat letak bas. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan... Pilu dan terselit rasa sedikit kasihan kepada mereka kerana hanya dalam jangka yang singkat sahaja mereka dapat berada di Kuantan...mudah-mudahan ukhuwwah yang tersemai itu mampu untuk diteruskan dan disebar luaskan...

Mudah-mudahan ada lagi program seumpama ini, mungkin di kemudian hari bukan KKH, mungkin KTH (Kembara Terengganu Hewi), ataupun K2PH (Kembara Pulau Pinang Hewi) di masa yang akan datang..hehehe...

Teruskanlah perjuangamu wahai teman...Bumi Kenyalang terus dan tetap menanti akan kita!!!

Akhir sekali, secara peribadinya, diriku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Komiti-komiti Kuantan yang bertungkus lumus (Kak Ayat & the geng)...

Comel & the geng (Komiti Gombak)...

Kak Zaiti & Kawan-kawan nya yang sudi menghantar ke tempat bas...

Zana yang berusaha mencari dan follow up peserta walaupun dia sendiri tidak dapat hadir...

Qiqi yang sudi meminjamkan kereta...

Mun-mun yang sudi meninggalkan modem..(kalu tak, tak dapat nak update secepat ini...)

Kwn-kawan seblok yang meminjamkan bilik, comforter dan barang2 lain...

dan kepada sponsor-sponsor yang sudi menghulurkan bantuan kewangan...

tidak lupa juga kepada SEMUA peserta KEMBARA KUANTAN HEWI 2009...

p/s: InsyaAllah gambar akan diupload dalam entri yang seterusnya...=D sabar a...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =)

Wallahualam....

Wednesday, January 21, 2009

Kedengaran macam alasan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sejak dua menjak ini, dalam diri sering kali menuturkan..."kalau bagi tau ni, kedengaran macam alasan..." lalu kata-kata yang ingin dikeluarkan itu bakal tidak terluah sampai ke sudah.

Kadang-kadang rasa tak patut untuk memberikan alasan, kerana punca alasan itu muncul adalah daripada diri kita sendiri.

Kerana merasakan, andai alasan tercipta, kita akan bertambah senang memberikan alasan yang seterusnya untuk situasi yang berbeza. Kenapa tidak, dengan menguruskan masa dengan betul dan menguruskan urusan yang lebih cekap pasti akan menjadikan kadar frasa itu dikeluarkan lebih jarang daripada sekarang.

Memang diri sedar lambakan kerja tidak menjadi pas kebenaran untuk kita mencipta lebih banyak alasan untuk menangguhkan kerja kita...

Maka...marilah kurang memberikan alasan uruskan diri kita dengan sebaiknya...=)

ingatan buat diri yang sering alpa...

"Jadilah pengejar dan perindu redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, January 20, 2009

Semua bukan milik ku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pertama dan selama-lamanya ku panjatkan kesyukuran kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menulis...

19 Januari 1987 merupakan tarikh yang penting bagi si ayah dan si ibu, mungkin juga pada mulanya mereka tidak beranggapan begitu sebab anak yang di dalam kandungan dijadualkan untuk lahir seminggu yang lepas. Hanya niat untuk membuat pemeriksaan rutin, bertukar menjadi keputusan melahirkan anak yang degil tak nak keluar...(hehehehe...)

Semalam, tanggal 19 Januari 2009, genaplah usia anak yang agak degil itu 22 tahun...hehehe...mungkin pada ketika ini, ramai yang tertanya-tanya, sebab menurut sumber yang dipercayai, anak yang agak degil ini kurang senang andai di'wish'kan secara pukal. Dan pada ketika ini, pastinya orang yang tertanya-tanya itu sedang menghadap laptop menunggu jawapan yang pasti...=p

Begini ceritanya, mood hari ni berbeza, maka cara tulisan pun agak tunggang langgang. Maaf ya...

Sebenarnya, dalam hati si anak degil, sangat ingin untuk di 'wish' dan di rai. namun, hatinya juga merasakan bahawa yang patut untuk di rai bukanlah dirinya, dan sepatutnya ibu bapanya yang layak diberikan keraian itu. Tidak adil bagi orang untuk hanya mendoakan si anak degil yang dilahirkan, tetapi tidak mendoakan si ibu yang telah bergadai nyawa tika melahirkan si degil. Tidak adil andai kita tidak mendoakan si anak degil tapi tidak mendoakan ayah yang telah sama-sama mendidik si anak degil ini.

Mungkin kerana perkara ini menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita kini...
izinkanlah si anak degil cuba untuk melarikan diri sedikit daripada kebiasaan ini...

Apa-apa pun, bagi pihak si anak degil, dia ingin mengucapkan syukur kepada Allah yang telah mengizinkan dia lahir ke dunia, dan jutaan terima kasih kepada ibu dan ayah...dan kepada persekitaran yang membentuk...

Terima kasih pada keluarga dan teman-teman yang bersyukur kerana mengenali diri ini...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Wednesday, January 14, 2009

Ketagihan...=p


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

semalam semasa menemani kawan keluar atas beberapa urusan, ternampak satu frasa yang terlekat di bahagian belakang sebuah teksi...

"Ketagihan membawa maut"...

hehehe...

walaupun frasa tu sebetulnya untuk dadah...tapi tergelak sebab mengenangkan diri....bukan diri dan dadah...tetapi diri dan ketagihan...

kenapa???

Sebab...diri ini merupakan seorang yang mudah ketagih...mengikut mood semestinya...

kadang2 tu ketagih nak;
- main pc games...
- baca novel
- cross-stich (kalau di rumah)
- mengait satu jarum (kala di rumah)
- kadang2 ketagih nak bc kamus...(boleh ketagihan kalau dah mula baca satu perkataan...ada kemungkinan nak dan nak lagi!!!)
- tengok cerita...huhu...
- and now...currently!!!
i'm addicted to FONTS!!!! wargh...i know it sound weird, but that's the truth!

Setakat semalam, dah ada 1329 fonts yg dah di install dalam laptopku...

huhu...

p/s: kan bagus kalau ketagih nak belajar....

"Ketagihan akan membawa maut andai kita tidak menguruskannya dengan betul"

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Wednesday, January 7, 2009

Bermanfaatkah ilmuku???

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

lama jugak rasanya dah tak menulis secara serius...kalau ada pun, meletakkan klip2 video yang dirasakan comel...

semester 2, semester yang diri ini rasakan sebagai satu sem pemulihan...pemulihan dari segi akademik mahupun penglibatan dalam aktiviti yang mampu untuk meningkatkan kemahiran dalam diri.

minggu ini merupakan minggu yang ketiga. dan minggu ini merupakan minggu yang mula dipenuhi dengan kelas, tidak seperti dua minggu yang lepas. dan dua minggu yang terdahulu juga, hujung mingguku berjaya dimanfaatkan dengan pergi ke program.

Taska Al-Ehsan, TC, Kuantan =)

Tapi sepanjang dua program itu, membuatkan ku terfikir...isi penyampaian program merupakan sesuatu yang pernah ku pelajari. tentang pengurusan, tentang beza manager dan leader, tentang aktiviti sukarelawan. semuanya sesuatu yang bermain di sekitar hidupku selama ini. Tetapi, terfikir, sejauh mana telah diriku memanfaatkan ilmu-ilmu yang ada padaku. pergi ke kedua-dua program itu, terasa kosong dan menerima satu ilmu yang baru...

Pemandangan di Janda Baik, Pahang =)

pegi ke kelas pagi td pun, diriku merasakan begitu. subjek yang ada asas sebelum ini, seperti tidak tahu apa2...alangkah ruginya diri pabila ilmu tidak mampu untuk dmanfaatkan...

Mudah-mudahan diriku mampu untuk menguruskan masaku dengan betul agar ilmu-ilmu itu leih kerap untuk dihadam dan dipahamkan agar lebih mudah untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian...AMEEN....

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...