
Friday, January 27, 2012
Adakah kembara ilmuku akan bermula lagi?

Thursday, May 20, 2010
Apa itu???
Pejam celik...pejam celik...hampir diriku tidak menyedari, diriku sudahpun berada di bumi Kuching ini selama lebih sebulan. Bermakna, sudah sebulan diriku hidup berdua dengannya... Baru inilah diriku merasakan peluang untuk berjinak-jinak belajar menguruska hal rumah tangga...=) Nya? Hehehe...berhenti membuat spekulasi! =p Nya yang dimaksudkan disini adalah abang kandungku yang 'menemani'ku sepanjang tempoh praktikalku di bumi Kuching ini.
Hari ini hujan...lebat...(Saja nak bagitahu..he...)..tidak begitu banyak yang perlu kulakukan hari ini...'photo-shooting' semata-mata. InsyaAllah, diriku akan merencanakan hari-hariku lebih banyak aktiviti minggu depan...bagaimana? tunggu dan lihat sajalah...=)
Niat sebenar diriku mencoret disini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak perasaan dan pengalaman diriku hidup berdua...=)
Niat untuk ke kuching sudah ku tanam sejak abangku menjalani praktikalnya dua tahun yang lepas. Memanglah suasananya pasti berbeza kerana diriku seorang perempuan, dan abangku seorang lelaki. Pasti lebih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk 'melepaskan'ku menjalani hidup disini. Akhirnya, keputusan telah dibuat, andai diriku ingin meneruskan rancangan untuk praktikal di Kuching, diriku akan ditemani oleh abangku...hehe..asalkan peluang itu ada, walau bagaimanapun syaratnya, ku terima jua...=D
Jika melihat 'prestasi' ku dalam hal-hal menguruskan rumah, memasak dan yang bersangkut paut dengannya semasa berada di rumah, pastilah terlalu banyak yang perlu dan mesti ku pelajari. Daripada tidak memegang periuk kepada memegang periuk, daripada tidak memegang ayam mentah, kepada memegang ayam mentah...(ikan? setakat ini, belum sampai tahap.hehe)...Syukur kerana diriku masih mampu bertahan...pada mulanya, ingatkan kami akan menghadap 'food court' Sukma Ria memanjang...syukurlah, setakat ini, diriku masih mampu bertahan walaupun ada beberapa kali sahaja kami ke sana..=)
(Sekadar gambar hiasan..=) )Apabila hidup berdua, barulah tahu itu dan ini...suka itu dan suka ini...tidak suka itu dan tidak suka ini... Seringkali diriku terfikir, ini baru hidup dengan orang yang kita sudah tahu sedikit sebanyak perangainya, kegemarannya, ketidaksukaannya...entah macam mana apabila tiba masa untuk hidup dengan orang yang begitu baru dalam hidup kita? huhu...itulah yang menjadi salah satu pendorong diriku untuk terus belajar salah satu cabang seni kehidupan ini...tidak salahkan untuk bersedia??? (^^,)V
Syukurlah diriku diizinkan untuk praktikal di sini...sekurang-kurangnya, diriku melangkah setengah langkah daripada keselesaan...sungguhpun begitu, sangat banyak yang masih perlu dipelajari...=)
Sekadar coretan ringkas...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Friday, May 7, 2010
Kasih seorang ibu...
Sabtu yang pertama dalam bulan Mei telah di letakkan sebagai hari untuk menyambut hari Ibu di seluruh dunia. Hari Ibu merupakan hari yang dikhaskan untuk kita menunjukkan rasa sayang dan kasih terhadap insan yang telah mengandung dan melahirkan kita dengan izin-Nya. Walaupun pada diriku, setiap hari boleh dijadikan hari ibu tanpa menunggu hari yang khusus. Bulan Mei merupakan bulan yang istimewa buat diriku, memandangkan kedua-dua orang tua ku lahir dalam bulan Mei.
Diriku bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu...diriku bertambah bersyukur kerana ibuku serta ayah dan kakak ku akan datang malam ini menziarahi diriku di sini...=")
Sebenarnya, diriku ingin berkongsi secebis pengalaman yang ku kira sangat berharga buat diriku. Sesuai dengan tema hari ibu yang jatuh pada esok hari...=D
Allah telah menemukan diriku dengan seorang kakak yang bertugas di makmal yang sama dengan tempat diriku diletakkan pada hari pertama diriku mendaftar disini. Berperwatakan ceria, penuh dengan cerita...Pada mulanya, dia seperti tidak begitu ramah denganku berbanding apabila dia bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Biasalah, ketika itu, diriku baru 'berusia' dua hari di meja itu. Takkanlah tiba-tiba dan secepat itu untuk beramah mesra kan? Diriku pun dalam keadaan 'blurr' dan cuba untuk meninjau-ninjau dimana diriku boleh membuatkan mereka berasa selesa dengan kehadiran diriku disitu.
Pada hari yang ketiga diriku berada di makmal itu, tengah-tengah diriku melayan diri dan laptop, kerana tidak mahu menganggu dirinya di meje bersebelahan denganku. Tiba-tiba, dirinya mula membuka bicara. bercerita tentang anaknya yang tengah mendapat tawaran ke matrikulasi di Perak dan tengah menunggu keputusan pemohonan UPU. Sambil-sambil itu, diriku juga berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah kulalui sebelum ini. Sekali-sekala menjawab pertanyaannya selagi mana diriku mampu untuk menjawab. Sambil-sambil kami bercerita, dirinya menunjukkan gerak-geri kerisauan seorang ibu yang bakal berjauhan dengan anaknya. Itulah perasaanku ketika itu, kerana gerak-geri itu seperti pernah kulihat sejak kakak ku melanjutkan pelajaran di pusat matrikulasi. Nada suaranya, menunjukkan tanda-tanda serak-serak basah...>_<" alamak...apa yang aku telah lakukan...hoho...(perkenalan berusia dua atau tiga hari telah menyebabkan seorang yang bergelar ibu sebak...wani...wani...)... Sejak daripada itu, setiap kali mempunyai peluang untuk duduk di meja ku bersama dirinya yang tengah melakukan kerja di tempatnya, pasti dia akan bertanya-tanyakan tentang hal-hal yang bakal atau mungkin akan dilalui oleh anaknya. (Moga diriku menjawab sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya...huhu) Pada hujung minggu ini, anaknya ditemani oleh dirinya dan mungkin ahli keluarga yang lain akan mendaftar di pusat matrikulasi di Perak sepertimana adik-adikku yang lain, yang bakal mendaftar di pusat matrikulasi masing-masing. Penerbangannya dijadualkan pada petang ini. Dirinya, kulihat seperti serba tidak kena. Duduk seperti tidak selesa, muka kebingungan...segalanya seperti tidak kena. Ya Allah, tenangkanlah hatinya...Sebelum dia pulang ke rumah untuk bersiap-siap tadi, sempat diriku memberitahunya bahawa dengan izin-Nya, segalanya agak berjalan dengan baik dan lancar. Mendoakan agar dia selamat pergi dan selamat pulang. Seminit dua berlalu...terdengar bunyi suaranya teresak-esak..(opps...kali keduak...hoho) Diriku turut sebak sejenak melihat dirinya yang sebak... Kasih seorang ibu... Moga anaknya, juga adik-adik yang bakal menempuhi kehidupan yang lebih luas dan mencabar ini, sentiasa ingat akan pesanan orang tua kita yang terkandung seribu satu harapan dan kerisauan yang tidak berbelah bahagi kepada kita. Biar kita dihantar dengan tangisan kerisauan, pastikan kita kembali, disambut dengan tangisan kegembiraan...=D Selamat berjuang wahai adik-adik ku!!!! Saya boleh (insyaALLAH), kenapa anda tidak?
suami tersayang...hehe =) )
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Thursday, May 6, 2010
Terketuk(!)
Sudah menghampiri satu bulan diriku berada di bumi Kenyalang dan berkhidmat di bandaraya miaow...=D Syukur ya Allah, kerana mengizinkan diriku ke sini. Diriku membayangkan keberadaan diriku disini akan mempelajari banyak perkara daripada tempat praktikal ku...Benar, banyak yang ku pelajari sehari-harian di tempat kerja...namun apa yang ku peroleh, lebih daripada itu.
Syukur ya Allah, kerana mengizinkan diriku berada disini...ku tiba-tiba terasa 'terketuk' dengan keadaan...terketuk dengan segala yang berlegar-legar di sekelilingku kini.. Terasa sudah agak lama diriku tidak menulis dan memerhatikan perkara-perkara penting dan genting yang memerlukan perhatianku. Sudah agak lama diriku meletakkan diriku di zon selesa dan ambil endah tak endah dan hanya tahu dan mengerti untuk bersukaria, bergelak ketawa tanpa memikirkan ada benda yang diriku harus perhatikan disekelilingku. Hati, mulut dan mata yang diberikan kepada diriku dalam keadaan yang tiada cacatnya, namun ku merasakan diriku lalai dalam menggunakan dan memanfaatkan dengan sepenuhnya.
Betapa diriku jauh ketinggalan dalam merindui kekasih Allah...betapa ketinggalannya aku dalam berasa risau akan saudara-saudaraku disini...betapa ketinggalannya diriku dalam mengejar ilmu-ilmu yang harus kutuntuti dalam menyediakan bekalanku...
Mujurlah diriku terketuk kini. Mudah-mudahan ketukan ini ketukan yang sentiasa kurasai dan ingati dan tidak hanya diingati malah dipelajari dan dihayati pengajarannya...
Wahai Tuhanku, terima kasih yang tidak terhitung...sesungguhnya, diriku takkan mampu untuk bersyukur setimpal dengan limpahan kasih sayangMu yang begitu banyak. Mudah-mudahan diriku kekal sedar akan tugasku, kekal sedar akan tuntutanku, bukan hanyak sekadar pada diri, malah kepada orang sekelilingku...
Moga diriku mampu untuk melaksanakan apa yang diriku katakan, mudah-mudahan diriku bukan hanya cakap tapi tak serupa bikin dan mudah-mudahan diriku mampu untuk bersabar dan bersangka baik terhadap orang lain. Dan mudah-mudahan diriku tidak melakukan sesuatu yang tidak diredhai-Nya...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Wednesday, April 7, 2010
K.E.N.A.P.A???
Seringkali persoalan kenapa kenapa dan kenapa muncul dibenak kita. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa ini macam ini? Kenapa tidak boleh buat macam tu? Kenapa itu? Kenapa ini? Tetapi adakah kita bertindak menyelesaikan persoalan kenapa itu? Atau sekadar menantikan saat-saat persoalan itu terjawab dengan sendirinya?
Andai seorang bayi yang masih dalam buaian hanya bertanya kenapa saya hanya baring? Kenapa saya tak bergerak seperti orang lain? Syukurlah dengan penciptaan yang indah oleh-Nya…bayi diberikan rasa ingin tahu yang kuat, rasa ingin mencuba yang kuat, yang bukan hanya setakat menghujani diri sendiri dengan persoalan kenapa tanpa ada apa-apa tindakan.
Begitu juga apabila melihat kanak-kanak yang berlari ke sana ke mari…bergelak ketawa tanpa ada rasa jemu tanpa dihujani persoalan kenapa yang membebankan fikirannya…
Apabila tiba menjadi remaja dan dewasa, bermulalah episod kenapa dan kenapa yang melimpah ruah… Bermulalah episod kenapa itu bukan hanya dibenak, muncul elemen-elemen perasaan. Menyalahkan dia dan mereka sedangkan diri sendiri yang tidak menyelesaikan masalah kenapa itu dengan sewajarnya… Sampai bila kita ingin menyimpan persoalan kenapa itu hanya sekadar berlegar di fikiran kita? Luahkan dan carilah penyelesaian yang terbaik untuk kenapa itu…
Dan yang paling penting, segala persoalan kenapa itu, andai menemui jalan buntu, carilah dan kembalilah kepada Pencipta segala-gala yang menimbulkan persoalan kenapa itu…
Setiap yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya dan setiap kesusahan itu, pasti ada kesenangan disebaliknya…
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam