Saturday, July 5, 2008

Senja menyinsing....

Dah tiba masanya untuk menaikkan sauh dan layar kembali untuk meneruskan satu lagi episod perjalanan kehidupan...

Semoga 3 bulan yang sudah berlalu membawa manfaat kepada orang lain dan mudah-mudahan manfaat yang lebih banyak mampu untuk diberikan di sana nanti dan mudah-mudahan lebih lebih banyak manfaat yang mampu dicurahkan andai diizinkan untuk berada di bumi tanah tumpah darah ibu ketika melahirkan ku ini...

buat sahabat yang saya janjikan untuk mengeluarkan entri tentang pengalaman menjaga booth untuk 2 ekspo dalam 2 minggu berturut-turut...insyaAllah ada kesempatan, saya akan tunaikan janji saya...

Buat sahabat-sahabat yang akan meneruskan perjuangan semoga sentiasa berada di jalan-Nya...maaf atas segala salah dan silap...

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"...=')

Ada kedak muka org sik?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

huhu...rasa ingin mok nulis dengan bahasa sarawak boleh sik? kawan2 yang sik faham ya, cuba-cubalah memahamkan dirik anda k.hehehe...kan kitak orang mok blajar bahasa Sarawak tek nak? =)

Masa kitak orang mula2 nangga muka ikan tok, apa yang berlegar di palak kitak orang?

masa kamek kali pertama nangga ikan tok dalam sinki, (masa ya ada bapak kamek skali)..dengan penuh excitednya, nanyak kamek nanyak ngan bapak...

"aih...kedak muka urang! ikan apa ya pak???"

hehe...dengan rileksnya bapak melayan kerenah anak perempuannya sorang tok...

"owh...ya namanya ikan CERMIN"...lekak ya, terus sesi ta'aruf bersama ikan-ikan yang lain dijalankan...

indahnya ciptaan Ilahi, dan betapa halusnya cara orang-orang zaman dolok memberikan nama kepada sesuatu benda...


Perkara yang selalu kita dengari, orang adalah cermin kepada diri kita. Pada hakikatnya, kita sik pernah melihat wajah sendiri. Bila nangga cermin, bila nangga kolah aek...sebenarnya kita hanya mampu untuk menatap imej wajah kita yang terbentuk pada cermin dan aek...Selalu orang akan berbangga bila dipadah dirik kita kiut, dipadah hensem, dipadah kulit licin...namun apa yang pentingnya ialah betapa cantiknya hati kita...betapa cantiknya budi bahasa kita dan betapa cantiknya akhlak kita. Yalah nilai-nilai yang semakin terhakis dalam diri kita kinek tok yang kita perlu pupuk semula... saranan buat diri sendiri yang masih terlalu banyak ruang untuk diperbaiki dan mudah-mudahan kita sama-sama perbaiki diri sedikit demi sedikit dan berterusan...


Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa parasmu, tetapi Allah melihat kepada hatimu...

Wallahualam

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"...=)

Wednesday, July 2, 2008

23 Julai??? Sama-sama kita nantikan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan penerbitan buku yang selama ini ditunggu-tunggu kemunculannya...

Sinopsis:

Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa tetapi bersatu. Mereka maju tetapi bertakwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: menyebarkan rahmat ke serata alam.

Tahun 2205. Keamanan galaksi ini mula tergugat. Orang Zion sentiasa mengintai peluang. Liga Lanun mahukan maruah mereka kembali. Maharaja Legion pula berikrar melunaskan sumpah maharaja Empayar Sibernatik Cyborg yang pertama.

Konflik tercetus apabila salah sebuah planet yang berlindung di bawah
Galaksi Muhsinin cuba dijajah oleh pihak musuh. Konflik dilanjutkan lagi apabila kapal angkasa yang membawa rombongan haji hilang selepas diserang oleh pasukan yang tidak dikenali.

Kemakmuran yang dahulunya tiada tolok banding kini di ambang kehancuran. Di bawah kepimpinan Khalifah Zulqarnain, mampukah Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mempertahankan kedaulatan
galaksi?


Tentang Penulis:

Azrul bin Jaini dilahirkan di Miri, Sarawak. Mendapat pendidikan di Kolej T.D.T Haji Bujang sebelum melanjutkan pelajaran di Matrikulasi UIAM PJ dalam bidang Kejuruteraan. Kini beliau berada dalam tahun akhir pengajian di Kuliyyah Kejuruteraan, jurusan Mekatronik di UIAM Gombak.

Terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau diamanahkan sebagai Naib Yang Dipertua II Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sejak 2006. Novel sai-fai Galaksi Muhsinin merupakan novel sulung beliau bersama PTS.

Blog beliau boleh dilayari di http://mujahidnusantara85.blogspot.com.

sumber: www.pts.com.my

Jom pakat ramai-ramai beli 23 julai ini!!!

Wallahualam...=)

Monday, June 30, 2008

under renovation....

Assalamualaikum w.b.t

i am trying to work out with the 3 column blog for the time being...so things will be a bit not very well organize. hope i can settle up as fast as i can.

sori 4 the inconvenience.tq

Thursday, June 26, 2008

Demo?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Pernah tak pergi ke pasar raya (mesti pernah kan?) dan melihat beberapa orang jurujual produk yang berada di dalam pasar raya tersebut mempromosikan barangan-barangan mereka. Selalunya, kalau di Boulevard Miri adalah barangan seperti mop lantai, pemotong sayur atau buah-buahan, ataupun pencuci pinggan mangkuk. Dengan berbekalkan mikrofon mudah alih, mereka akan membuat demo yang pasti akan menarik beberapa pengunjung pasar raya pada waktu itu.


Mungkin kerana tertarik oleh cara mereka menerangkan fungsi dan kelebihan produk yang dijual atau mungkin kerana perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, maka ramailah pengunjung-pengunjung yang mendengar dengan khusyuk sekali penerangan yang dilakukan. Ketika terpandang wajah-wajah mereka yang mempunyai minat untuk mendengar ini, terdetik di dalam hati ; “alangkah bagusnya kalau kita mendengar dan diam dengan penuh kosentrasi apabila mendengar azan berkumandang, tak kiralah azan secara ‘live’ ataupun di radio ataupun televisyen”.


Fenomena kini, menghormati azan merupakan salah satu perkara yang semakin dipandang enteng. Jika sebelum azan, tak ada topik yang ingin dibualkan. Tetapi bermulanya pada saat azan mula dilaungkan oleh muazzin, tiba-tiba idea dating mencurah-curah dan tak boleh ditahan-tahan lagi untuk bercakap. Pernah terbaca dalam satu e-mail yang telah sudi dikongsikan oleh rakan yang mengatakan bahawa orang yang bercakap ketika azan dilaungkan, mulutnya akan terkatup rapat ketika nyawa hendak dicabut…na’uzubillah… moga-moga kita dipelihara daripada keadaan ngeri seperti itu apabila saat nyawa ini ditarik kelak.


Pepatah Inggeris ada menyatakan “Prevention is better than cure”. Memang patut kita melakukan langkah-langkah pencegahan iaitu dengan mengekang nafsu kita.
Marilah kita sama-sama melatih kesabaran diri kita dalam semua hal. Dan marilah kita sama-sama menghormati azan. Tak rugi pun kalau kita mendengar azan dan menjawabnya. Bukan hanya mendapat pahala, malah boleh mengelakkan diri daripada mendapat dosa andai kita tersalah kata.


Wallahualam...