Friday, October 24, 2008
Selamat Berjuang wahai teman2!!!
Pejam celik pejam celik...semester kali ini kian melabuhkan tirainya...sebelum tirai dilabuhkan, mahu tidak mahu, ilmu yang ditimba sepanjang semester ini pasti perlu dimanfaatkan di atas kertas di dalam dewan peperiksaan...=) Namun apa yang lebih penting adalah untuk kita memikirkan cara yang paling sesuai untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang ditimba itu agar menjadi ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan.
Mari kita sama-sama betulkan kembali niat kita untuk menuntut ilmu itu adalah kerana-Nya dan bukan semata-mata untuk mendapatkan perhatian setelah mendapat keputusan yang baik...=)
Friday, October 17, 2008
Lega....
Subhanallah...Segala puji hanya bagi Allah...akhirnya selesai sudah segala tugasan-tugasan yang bertindan-tindan... (bertimpak-timpak kata orang Sarawak! =p) Sekitar pukul 11 pagi tadi merupakan kerja yang terakhir berjaya dsiapkan. Walaupun terasa tak begitu berpuas hati dengan kerja sendiri...tapi ALHAMDULILLAH....syukur!!! Lega rasanya...selepas ni, bolehlah lebih menumpukan perhatian terhadap satu lagi ujian pertengahan penggal yang tak sudah-sudah ditangguh dan peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 29 Oktober sehingga 9 November...insyaALLAH....
Que Sera...Sera,,,
Que sera…sera…
When I was just a little girl,
I asked my mother
What would I be,
Would I be rich,
That’s what she said to me,
Que sera sera,
What ever will be…will be…
The futures not ours to see,
Que sera sera,
What will be… will be…
Sunday, October 12, 2008
Pilihan Hati...
Minggu ini dan minggu hadapan merupakan minggu yang sibuk bagi diriku dan rakan sekelas yang lain. Bukannya sbiuk kerana menghadiri kuliah atau sesi makmal. Tetapi sibuk dengan tugasan-tugasan yang tertangguh yang perlu dihantar dalam minggu ini dan minggu hadapan. Hati bertambah runsing apabila mengenangkan ’carry mark’ yang kurang memuaskan dan itu bererti diriku perlu sehabis daya untuk peperiksaan akhir nanti. Hmm...
Kali ini, sebenarnya bukan nak merungut dengan timbunan kerja (kerna sesungguhnya, itu adalah hasil daripada sikap bertangguh sendiri. Padan muka!!!huhu...) tetapi ingin berkongsi rasa megenai pilihan hati...
Pilihan hati? Dengan hanya membaca tajuk sekilas pandang, pasti anda menjangkakan bahawa saya akan menulis sesuatu yang berkaitan dengan entri yang sebelum ini kan? (alamak! Kedengaran skema.tap seronok!) Kenalilah hakikat bahawa jangkaan anda sebenarnya...meleset!!! hehehehe...=p
Pernah satu ketika, semasa berambeh di rumah ’kedua’ ku di Sungai Tangkas, Bangi. Sedangku menseterika baju untuk bersiap sedia pergi ke Usrah Umum Perkepisma di Masjid As-Syakirin, KLCC (rindunya...huhu) diriku sedikit tersentak dan tersentuh dengan satu soalan yang diajukan oleh salah seorang Kakak Trio (haha! Jangan marah a...) yang menjadi tempat ku bermanja pada masa itu. ”Wani, banyak-banyak surah...surah apa yang wani paling suka???” Fuh! Pada masa itu, dalam hati...kosong! tak pernah terlintas dalam fikiran akan surah yang menjadi pilihan hati. Sayu memikirkan betapa kurangnya diri ini. Kita selalu berkongsi-kongsi minat contohnya, warna yang menjadi pilihan hati kita, lagu yang menjadi pilihan hati kita, filem yang menjadi pilihan hati kita, majalah hiburan yang menjadi pilihan hati kita, malah berkongsi-kongsi tentang pilihan hati kita...(eh? Lain macam je!=p takde, gurau je.)
Tapi untuk membincangkan pilihan-pilihan hati kita yang seperti ini, sangat jarang sekali. Apalah surah pilihan hati kita...siapakah tokoh Islam yang menjadi pilihan hati kita...buku ilmiah yang mana menjadi pilihan hati kita??? Tepuk dada, tanyalah hati kita akan pilihan-pilihan yang ingin dibuat oleh si hati. Sejak daripada hari itu, rasa tergerak untuk melihat pilihan-pilihan buat si hati itu ada...saya sudah mempunyai surah pilihan hati saya! Anda pula bagaimana??? =)
Buku-buku peneman dibilik masa sem 1...(sekadar gambar hiasan..)
”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
12:58 pm 10.10.2008
Jumaat
Tuesday, October 7, 2008
Cinta Kerena Allah...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang......tengah membelek-belek buku Ihya' Ulumuddin, karangan Imam Al-Ghazali semasa masih menikmati suasana rumah tempoh hari, tiba-tiba tangan ini secara automatisnya membuka helaian ini... "Cinta Kerena Allah"(ejaan lain sedikit kerana buku ini diterbitkan pada tahun 1988...huhu)...terdetik! hmm...mungkin ada sebab jariku terarah untuk membuka helaian ini...Semua yang terjadi hanya dengan izin Allah kan? Selama ini, sering kali meniti di bibir kita, biar kasih dan sayang kita terhadap sesuatu atau seseorang (?) adalah kerana Dia, kerana Allah yang Esa. Tapi, adakalanya hati ini sangsi, apa yang sebenarnya dimaksudkan apabila kita merasakan cinta dan sayang itu hanya kerana Allah.
Dalam buku itu, (maaf kalau ada yang tersalah...) menyebut tentang beberapa contoh rasa cinta yang dipusatkan kerana Allah Taala. Antara contoh yang disebutkan ialah, apabila kita mencintai guru kita kerana mereka akan mengajar kita ilmu yang insyaAllah akan membawa kita untuk lebih mendekati Allah. Terlalu banyak jenis cinta yang ada disekeliling kita...apapun rencam jenis cinta yang ada, semuanya seharusnya kita kembalikan kepada tuan punya cinta itu sendiri...Tentu sekali bagi yang membaca entri ini, terutamanya yang mengenali diri ini tertanya-tanya dan mungkin ada yang mempunyai prasangka atau persepsi masing-masing terhadap diri ini, apabila membaca tulisan ini. Apa yang mampu untuk diluahkan kini, biarlah...biarlah orang memasang prasangka...mudah-mudahan yang terbaik dkurniakan oleh-Nya kepada kita semua.

Teringat akan satu kata-kata yang seringkali digunakan oleh kita apabila membicarakan soal cinta, "cinta itu akan hilang dengan hilangnya sebab" (Ibn Qayyim)...dan orang sering kata, cinta itu adalah sesuatu yang tidak dapat dihuraikan melainkan perkataan cinta itu sendiri!! Betapa hebatnya definisi cinta itu...sedih kan? andai kita tidak mampu untuk memanfaatkan makna cinta yang cukup hebat tiu??? Sedih kan? andai kita mensia-siakan cinta yang cukup tulus itu? Dan sangat menyedihkan bukan? apabila kita menyalurkan rasa cinta itu kepada sebab yang tidak layak untuk kita sandarkan cinta? Kembalikanlah rasa cinta kita, hanya kerana Allah...kembalikanlah dan semaikanlah dan semarakkanlah percintaan kita kepada Allah...susah...memang susah, namun yang susah itulah yang manis, yang susah itulah yang akan membantu kita lebih mengenali diri...Marilah kita jadikan Yang kekal itu sebagai sebab kepada cinta kita, kerana Dia takkan hilang...agar cinta kita tetap bersemi kepada Dia yang abadi...
Artist: Raihan
Album: Demi Masa
Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind
Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart
Oh falling in love
With Allah....
The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail
Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam....


