Wednesday, February 11, 2009

Terasa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terasa??? apa maksud terasa??? kecik hati ke??? ambik hati ke??? atau makan hati???

nak tahu???

Sebenarnya...apa yang diriku maksudkan dengan terasa...diriku TERASA beruntung dan bersyukur kerana dipertemukan dengan setiap insan yang kukenali dalam hidup ini...

Entri ini merupakan entri kesinambungan daripada entri sahabat...diriku sedar, topik ini agak biasa dikalangan kita. Tetapi, terasa ingin menulis mengenai apa yang aku sebenarnya rasa...

Apa yang anda fikir tentang sahabat? Apa definisi terbaik yang anda ingin ekspresikan jika orang lain bertanya tentang sahabat? Apa bezanya dengan kawan atau kenalan???

Bagiku, kawan adalah seseorang yang kita kenali secara luaran dan sahabat, adalah orang yang kita kenali hati budi dan pe'elnya.

Pernahku terjumpa buku yang kumiliki ketika baru melangkah ke alam persekolahan...terselak satu halaman yang sebenarnya ku tidak menyangka diriku akan menulis sebegitu. Rasa geli dan geli hati pun ada...hehehe...Pada halaman itu, tulisan tangan seorang budak yang berumur sekitar 5 -6 tahun menyenaraikan kriteria-kriteria yang aku inginkan apabila aku ingin mencari kawan (opss termengakulah pulak)...hehehe...macam-macam ada...nanti bila balik ke rumah, nak cari semula buku itu. Apabila teringatkan buku itu, diriku berpendapat bahawa senarai itu terhasil kerana teruja ingin mengenali dunia yang penuh kawan-kawan dan sahabat. =)

Diriku membesar dalam suasana tidak ramai kawan yang boleh diajak 'main di longkang', main zero point, 'main jadi' (main lari-lari, lepas tu siapa yang dipegang kalau tak tunjukkan 'thumbs up' kira kalah) hehehe...yang ada sebagai penemanku di kala kesunyian tika tiada kawan bersama, diriku ditemani dan menemani 'my one & only big brother'.....(sama-sama main basikal )=p

Mungkin juga kerana itu, apabila mengenali dan mempunyai ramai kenalan, diriku terasa sangat perlu menghargai kawan-kawan yang ada disekelilingku... mungkin kenyataanku ini kedengaran ironi kerana diriku bukan seorang yang begitu mengekpresi diri malah agak suka mengusik dan membuli (untuk sesetengah orang)...namun, itulah definisi diriku kepada apa itu sahabat...


Orang-orang yang ada disekelilingku, yang diriku boleh kenal, boleh bergurau dan paling penting- SUDI BERKONGSI KEPAYAHAN...(walaupun semut suka pada gula, namun semut sentiasa menolong kawannya dalam kepayahan...=p). tidak seronok jika kita tahu hanya perkara yang baik tentang dia. tidak seronok jika kita hanya mampu memuji dan menyokong dia...ada kalanya, mengetahui kelemahan dan kepayahan dia akan membuatkan kita belajar untuk menyedari dan merefleksi diri kita sendiri...


Kerananya kita akan dapat belajar untuk lebih banyak bersabar, kerananya kita mampu tersenyum lebar, kerananya kita sanggup meruntuhkan ego kita...belajar meminta maaf, belajar mengucapkan terima kasih dan belajar untuk menerima dia seadanya...

Sahabat, bagiku...dialah / merekalah yang perlu menegur atas kesalahan yang nampak. dan fungsi kitalah untuk menegur jika teguran dia tidak kena pada tempatnya...

Buat sahabat-sahabatku,
Andai ada silapku padamu,
Sengaja mahupun tidak,

Maafkanlah...
Andai hatimu terguris keranaku,
Tegurlah,
agar aku tidak mengulangi,

Kerana mungkin diriku tidak menyedarinya,
Kesalahan yang ku lakukan padamu,
Buat sahabat-sahabatku,
Insya-Allah aku menyayangi dirimu kerana Allah..

Sama-sama menghargai persahabatan yang kita jalin...tidak kira di mana jua anda berada...

(Maaf, gambar kurg Islamik...hehehe )

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, February 10, 2009

Kawan-kawanku yang penuh semangat...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Teman-teman seperjuangan ku...

Bergaya dengan baju kelas...=p

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Saturday, February 7, 2009

Sahabat...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

entri ini merupakan pre-entri untuk topik sahabat...sekadar untuk mencetuskan fikiran-fikiran bernas tentang "Sahabat"..buat yang sudi berkongsi...sila-silalah...insyaALLAH entri ini akan diperjelaskan dalam entri yang akan datang...=)


Lyrics / Lirik Sahabat - Aizat :

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Ku fikir, terlalu banyak lagu dan puisi juga barangkali yang menjadikan "sahabat" sebagai tema dan lagu ini salah satu daripadanya.


Apa erti seorang (atau lebih) sahabat kepada diri anda???

"Jadilah pengejar dan perindu redha Ilahi"

Wallahualam...=)

Tuesday, February 3, 2009

Kawan-kawanku tengah kebosanan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

17.59 : 03/02/09

Diriku dan kawan-kawan masih lagi berada di Lab Protein Biotechnology yang masih lagi belum selesai...masih menunggu giliran untuk men'centrifuge'kan centrifuge tube yang terakhir...

sedang di serang kebosanan, mereka tidak habis-habis mengusik kawan-kawan yang masih setia menunggu giliran kerana di landa sindrom bernama 'tension' =P....

penat menunggu...tapi itulah yang kami perlu hadapi dan hadami...hidup seorang saintis? hehehe...tak jadi saintis yang bertauliah lagi. tapi semua ini, aku anggap sebagai salah satu jalan tarbiyah membiasakan diri dengan hidup seorang saintis...huhu...

diriku dah kehilangan idea...semua nak berkemas dah...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Apa yang aku rasa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Entri jam setengah jam merupakan salah satu entri yang sudah lama terpendam untuk diluahkan... namun, tidak terluah kerana takut jika diluahkan di kala hati yang terbakar, kedengaran terlalu emosional, sedangkan kita sentiasa digalakkan untuk bersabar...

Jam setengah jam, mungkin ada di antara kita terutamanya sahabat-sahabatku di kampus sering mendengar istilah ini terhasil daripada getaran peti suaraku...

Diriku merupakan salah seorang insan yang selalu menunggu dan jika orang lain perlu menunggu, kadang-kadang akan terbit rasa bersalah kerana diriku memahami apa yang orang itu rasakan.

Alasan demi alasan akan kedengaran jika kelewatan itu berlaku. Dan yang paling ku tidak dapat terima andai yang menetapkan masa itu yang memungkirinya. Bagiku, andai kita memungkiri masa yang kita tetapkan, sebenarnya ita seolah-olah sedang menggunakan hak masa orang lain. Mungkin jua kita telah mengganggu masa yang telah diatur untuk digunakan. Tentu kita tidak mahu andai masa kita diganggu kan? Maka kenapa perlu kita mengganggu masa orang lain.

Diriku tidak mampu untuk menyaran banyak, kerana diriku juga kadang kala akan terlajak masa. Yang mampu untuk diriku lakukan, sekurang-kurangnya, jam ku bukanlah jam setengah jam (lewat setengah jam setiap kali pertemuan).

Apa yang diri ini ingin sarankan, kepada yang selalu menunggu, tetaplah bersabar dan bersedialah untuk memanfaatkan penantian anda. Dan kenapa yang sering ditunggu, cubalah untuk mengingkari jam setengah jam dan hormatilah waktu sahabat atau rakan anda. Sesungguhnya, sabar itu ada batasnya. =)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...