Wednesday, April 8, 2009

shining bronze...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Setelah sekian lama aku terlupa akannya...tiba-tiba diriku disapa kerinduan malam ini...

--Bonang Penerus--

Satu ketika, ini merupakan salah satu umpan bagi ahli keluargaku gunakan untuk menarik minatku memasuki UIAM...namun hajat tak kesampaian...Niat untuk meneruskan minatku perlu dikorbankan...

Kurang pasti bila diriku berpeluang semula...

*Bonang penerus
- alat yang pernah menemani ku di atas pentas. (masa zaman sekolah menengah...hehehe)
- pelengkap kepada bonang barung yang selalunya menjadi pemula.
-Sungguhpun saiznya lebih kecil daripada bonang barung, fungsinya penting untuk mengisi kekosongan 'note' bonang barung...pendek kata, bonang penerus adalah alat yang disengajakan 'off beat' (luar daripada nota)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Ada apa dengan peperiksaan…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Ya Allah, berkatilah ilmu yang kutimba selama ini agar aku dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian dan bukan hanya di dewan peperiksaan…

Sedar atau tidak, peperiksaan ku telah setengah daripadanya telah kulalui…mahu atau tidak, tiga kertas lagi yang menanti untuk dijawab. Tiga kertas yang ku kira menimbulkan persoalan di benakku…ada apa dengan peperiksaan? Bukan kerana diri ini enggan menduduki peperiksaan tetapi, hatimu tertanya sendiri, apa yang telah kupelajari selama ini? Kenapa perlu diriku melalui tempoh peperiksaan…

Walaupun hanya tiga kertas, cukup untuk membuatkan kepala ku terasa diketuk! Mungkin boleh kukatakan, persediaan ku, jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain, rasanya kalau tidak bagaikan langit dan bumi, cukuplah sekadar membandingkan beza antara tanah dan KLCC. Hehehe… tetapi itulah caraku. Ku rasakan diriku telah melakukan yang sehabis baik. Namun, diriku tidak puas. Tidak puas untuk menjawab…ku percaya, inilah maksudnya kita menghadapi peperiksaan…

Apa yang kita akan lakukan terhadap ilmu yang kita telah timba setelah habis peperiksaan? Apa yang kita lakukan dengan apa yang kita hafal sebelum memasuki dewan peperiksaan? Adakah sekadar menyalurkan idea-idea ‘bernas’ kita sekadar coretan kosong yang tidak membawa manfaat melainkan untuk menjadi tatapan dan memuaskan hati kita kerana markah yang menarik??? Ini diriku coretkan buat renungan hati ku dan juga hati-hati yang ingin menerima coretan ku.

Bagiku, peperiksaan yang sebenar bermula sebaik sahaja kita melangkah keluar daripada dewan peperiksaan. Pada masa itulah, kita baru mengerti erti kesilapan dan penyesalan. Pada masa itulah kita tidak tahu apa yang kita tidak faham, apa yang kita tidak tahu. Pelajaran, sesungguhnya bukan semata-mata terkongkong dalam lingkupan nota yang diberikan oleh pensyarah kita. Aku sedar akan hakikat itu, namun, itulah kedegilan seorang manusia! Huhuhu…mudah-mudahan aku akan jadikan ini sebagai pengajaran bagi diriku…

Aku pasrah dan berserah kepada Ilahi akan apa sahaja keputusan yang bakal aku terima. Ada tiga lagi!!! Berusaha wahai diri!!! =) Tetap bersemangat!!! Nak kecewa pun…rasanya macam dah tak berguna kerana perasaan kecewa itu lebih banyak memakan ruang dalam hati…Betul tak??? Hehehe…

Esok: Enzymology

12/4: Biotech, Law and Ethics

15/4: Basic Genetic Engineering

Bila nak balik??? Hmm…kepastian yang belum ada lagi…apa apa pun, JOM PESTA BUKU!!! =p

Eh????? Owh…terlupa…kepada sahabat-sahabatku yang juga sedang dan yang bakal menghadapi peperiksaan…SEMOGA BERJAYA SEMUA…walaupun ku tahu, ramai yang tidak sanggup merugikan masa menghadap internet buat masa ini…(ye ke??? =p)

Diriku sentiasa mendoakan semua Berjaya bukan hanya dalam peperiksaan, malah juga dalam menjaga perhubungan kita dengan Allah dan hubungan antara kita sesama manusia…=)

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Tuesday, March 24, 2009

Siapa kata teknologi itu memudahkan???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pasti ke dengan adanya teknologi, hidup kita akan lebih mudah??? Pada saya, siapa kata teknologi itu memudahkan???

Bukan ingin menentang dan menafikan kepentingan teknologi yang kita ada kini.

Dengan adanya teknologi,

1. Kita lebih lalai dan leka dengan hiburan tanpa henti selama mana ada bekalan kuasa disalurkan...
- TV, Radio, MP3, iPod, Laptop, Xbox etc...
- Di kala teknologi masih ditakuk lama, hiburan bergantung kepada diri kita, muzik...berghazal dan berdondang sayang...permainan...main ting ting, wau dan galah panjang. Segalanya bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia. Setelah penat, kita akan berhenti berhibur...

2. Perhubungan lebih mudah???
- dengan kehadiran hp, YM, MSN messenger etc
- hidup tak dapat nak tenteram...kejap2 msj masuk, kejap2 kena 'buzz'...hmm...komunikasi berkesan kah?
- dengan adanya teknologi , bg saya, dengan adanya teknologi, kita kurang menghargai komunikasi kita dengan orang lain.

Saya bukan penentang teknologi (dan tidak layak menjadi penentang teknologi...andai menjadi penentang, maka saya adalah orang yang cakap tak serupa bikin)... cuma ada kalanya, terasa teknologi itu lebih menyebabkan kita terasa terbeban dan bukan meringankan...

Dalam era kini, menjadi kewajipan untuk kita menguasai teknologi, tapi pada masa yang sama, teknologi mampu mengikis nilai-nilai yang ada pada diri kita. Dan sememangnya menjadi tanggungjawab bagi kita untuk mengimbangi antara teknologi dan penerapan dan pengekalan nilai-nilai yang berpotensi merudum jatuh dengan impaknya teknologi andai kita tidak menyedari...

tanpa teknologi...anda tidak akan dapat membaca entri saya di sini...huhu...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Rajuk,..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Buat sahabat-sahabat yang sedang tertekan atas apa sahaja sebab yang ada...

Kekanglah rasa marah atau geram anda kerana itu tidak akan dapat mengubah hakikat kehidupan kepada apa yang kita inginkan...

Marilah kita sama-sama salurkan rasa marah serta geram itu ke jalan yang membawa manfaat kepada diri...

Perbanyakkanlah zikrullah...dan elakkan menghamburkan kemarahan anda tanpa berfikir kerana ia mungkin mengguriskan hati orang lain...

Marilah kita sama-sama berusaha meringankan beban yang berada di pundak kita tanpa menambahkan beban di pundak orang lain...(Maka, marilah bertoleransi dan peka terhadap orang lain!)

Yang penting sekali...kembalikanlah segala keresahan jiwa kita kepada pencipta keresahan itu... kerana dengan kehendak-Nya kita menghadapi ujian dan kerana-Nya jualah masalah-masalah dan kerunsingan kita bakal terlerai...

Buat renungan diri yang sesungguhnya lemah ini...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Thursday, March 19, 2009

Niat anda???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam