Tuesday, May 19, 2009

Maaf...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Maaf...
Satu kata yang ingin aku ungkapkan,
Kata yang menyesakkan,
Jua melegakan...

Maaf...
Ada kalanya,
Mulutku teringin berbicara sehendaknya,
tanpa sedar ada yang terluka kerananya...

Maaf,
Kerana kadang kala,
Diriku terasa tidak mampu,
Tidak mampu melakukan apa-apa,
Hanya mampu menjadi pendengar...

Maaf,
hanya kerana mampu tersenyum,
walau hatiku terluka,
terluka kerana tidak berdaya untuk berbuat apa-apa,
diriku hanya mampu untuk tersenyum,
agar hatimu terubat walau seketika...

Maaf,
Kerana diriku tidak mampu,
Kerana diriku terlalu banyak kekurangan,

Maaf,
Andai diriku membuatkan pundakmu semakin berat,
maaf...
maaf...
maaf...
....

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Saturday, May 16, 2009

Diriku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memerintah dengan penuh bijaksana...Tiada yang lebih berkuasa melainkan diri-Mu ya Allah...

Terasa kosong seketika, huhu...masih dalam proses membiasakan diri dengan kondisi tugas kini. Kadang kala perlu bekerja 12 jam sehari demi menyediakan roti untuk semua..=)

Apa-apa pun, diriku redha, kerana inilah pendedahan yang diriku perlu supaya aku mampu untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan tahu apa yang aku perlu dan apa yang masyarakat ku perlu di masa hadapan.

Terdetik difikiranku, tahun depan, giliran diriku untuk menjalani Latihan Pratikal...di mana? diriku masih belum pasti. Harapnya, di satu tempat yang mampu memberikan dimensi yang baru untuk diriku...

Jika diriku menjalani latihan praktikal, ini bermaksud, diriku sudah tidak akan dapat memberikan komitmen seperti yang ku lakukan kini...Mudah-mudahan, pada waktu itu, pekerja mereka sudah mencukupi dan bantuan peralatan dan mesin juga sudah lengkap sehingga mampu untuk menghasilkan hasil yang jauh lebih banyak...amin...

Dua tahun lagi...bukanlah satu jangka masa yang lama terutamanya kala akhir zaman ini. Jangka diriku berada dirumah juga sudah masuk satu bulan. Apa yang bakal ku hadapi nanti? Sememangnya dunia luar takkan semudah yang ku sangka...Adakah diriku harus terus dan terus belajar? Itu yang ku inginkan, tapi apa yang mereka perlukan? Itu juga harus dan sangat perlu untuk aku fikirkan...

Dua tahun, akan ku jadikannya detik-detik yang bermakna...akan ku cuba dan usaha untk penuhi cita-cita ku... Cita-cita yang telah ku nyatakan kepada adik-adik tahun 6 ketika diriku diberi peluang menyampaikan kuliah maghrib tempoh hari... Tika itu, ada seorang adik yang comel bertanya, "Apa cita-cita akak???" Tak ku sangka soalan itu rupa-rupanya sukar untuk ku jawab...akhirnya diriku berkata- "Akak nak menjadi seorang hamba yang merindu dan mengejar redha_nya"... Tak tahulah adik-adik ini faham atau tidak maksudku kala itu... Tapi tak mengapa, mereka boleh bawa frasaku itu ke hadapan untuk difahami...=)

Mudah-mudahan setiap daripada kita bersabar dan menempuhi dengan sebaik yang boleh kehidupan yang di atur ini...Andai kita sentiasa mengeluh, ingatlah bahawa tenaga daripada keluh resah kita itu pasti dapat kita manfaatkan untuk kebaikan orang lain. Andai kita terasa tidak mampu, ingatlah, setiap orang diuji selari dengan kemampuan yang ada pada diri kita...

Moga rezeki kita sentiasa dicukupkan, agar kita tidak meminta-minta kepada yang lain melainkan Al-Khaliq kita...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Thursday, May 14, 2009

Somet jernihku...=D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

“Alex(bukan nama sebenar), somet jernih kamek dah tumbuh lagik!!!” (Alex, misai jernihku tumbuh lagi!!!), kataku dengan penuh semangat!!! Hehehehe…

Itulah persamaan antara diriku dan dia. Juga sebenarnya persamaan yang dimiliki oleh setiap insan. Misai jernih??? Apakah itu??? Hehehe...

Somet ataupun misai jernih sebenarnya ku gunakan untuk merujuk kepada butiran-butiran peluh yang terbentuk di kawasan bawah hidungku...

Miri kurasakan lebih panas berbanding dengan cuti-cuti sebelum ini. Ataupun disebabkan tempat kerjaku yang 'bermain' dengan oven...hehehe...Itulah yang menyebabkan diriku semakin hari semakin kuat berpeluh dan menyebabkan diriku teringin untuk menulis tentang peluh.hehehe...

Peluh? Sistem perpeluhan merupakan sistem yang digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya apabila hari panas. Peluh keluar dalam bentuk cecair jernih melalui rongga-rongga yang terdapat pada badan kita. Apabila kita banyak berpeluh, kandungan air yang terdapat di dalam badan kita akan semakin berkurangan. Adalah sangat perlu untuk kita minum air (air kosong yang paling baik...hehehe) untuk menggantikan air yang 'hilang'. Peluh terdiri daripada air dan beberapa bahan lain contohnya ammonia, urea, garam dan gula.=)

Hari ini juga merupakan hari yang dijangka untuk berpeluh dengan 'meriahnya'...tapi tak mengapa, kerana sekurang-kurangnya diriku tahu sistem badan ku masih berfungsi dengan jayanya...alhamdulillah...=)


"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"


Wallahualam...


Saturday, May 9, 2009

Buku dan buku lagi!!! =))

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...akhirnya selesai satu lagi buku sepanjang cuti ini...hehehe..walaupun pada hakikatnya, buku Jodi Picoult - Perfect Match itu telah mula ku baca ketika diriku masih berada di Kuantan lagi...=p Saya seorang yang 'slow reader' yang kalau mampu, ingin menghayati setiap patah perkataan yang digunakan.
akhirnya abis...hehehe...

Buku yang pertama dihabiskan pada cuti kali ini ialah buku Mantera Hitam karya Serunai Faqir terbitan Alaf 21. Sungguh, diriku puas kerana berjumpa dengan buku cerita yang tidak berkisar sepenuhnya tentang cinta. Tapi sayangnya, diriku sebenarnya geram dengan penghujung cerita itu yang ku kira seperti tidak lengkap...huhu...
Penghujung cerita yang menimbulkan rasa geram!!!

Selepas ini? Hehehe...mestilah...buku lagi!!! =p hehehe...nak baca buku apa ya??? Rasanya nak baca buku Moga Bonda Disayang Allah oleh Tere Liye yang telah diterjemahkan oleh PTS...buku ini merupakan salah satu buku yang ku beli daripada Pesta Buku tempoh hari...=)

Apa-apa pun, diriku bersyukur walaupun terasa lambat untuk menghabiskan satu buku, namun diriku masih mampu konsisten sekurang-kurangnya membelek semuka dua setiap hari..Curi-curi masa ketika berada di tempat kerja... (sebab bila dah balik rumah...kalau baca buku...akhirnya, buku yang akan baca si pembaca..hahaha...) kalau tidak pun membaca dalam satu hari, sekurang-kurangnya dalam begku insyaALLAH akan ada sebuah buku buat bekalan di kala kebosanan....=)

Moga diriku boleh terus istiqamah terutamanya apabila kembali meneruskan kuliah...kerana kala itu, lebih banyak lagi buku lain yang perlu ku telaah. Apa-apa pun, mudah-mudahan cuti ini mendatangkan hasil dari segi bilangan pembacaan dan input yang ku peroleh.Ameen....=)

Semoga anda juga memperoleh kekuatan yang sama...=)

Membaca jambatan ilmu...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Friday, May 8, 2009

Sekian lama kan?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Rasanya hampir sebulan tidak menulis...maaf maaf...maaf untuk diri dan maaf untuk sahabat-sahabat yang mengunjungi tanpa jemu...=)

Hari ini kebetulan perlu balik ke rumah awal disebabkan selepas solat maghrib nanti perlu berhadapan dengan 200+ orang pelajar tahun 6 di Kampung Sukan, Petronas, Miri...@_@ baru diberitahu semalam...maka masa mencari-cari, isi yang terbaik untuk disajikan buat adik-adik itu nanti...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...