Sunday, February 7, 2010

Rindunya pada semut merah dan semut putih...=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebuah video untuk tatapan bersama...



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Thursday, January 14, 2010

Ilmuku tidak pernah cukup…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan diriku berada di bumi ini. Semakin hari kurasakan semakin mencabar dua tiga menjak ini. Ketentuan sebagai seorang pelajar, begitulah kan? Jika tidak sibuk, kurasakan diriku pasti akan terkontang-kanting tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Semester ini sudah menghampiri pertengahan. Sedar tidak sedar, masa semakin meruncing untuk diriku menilai kembali apa yang telah ku timba sepanjang ku berada di sini. Ibuku selalu bergurau bahawa dia mempunyai dua buah Mercedes…salah satu daripada Mercedes itu bakal akan balik untuk berkhidmat. Dan tinggallah satu lagi Mercedes yang masih lagi tidak tahu sama ada nilainya menyamai jangkaan ataupun tidak? Hmm…


Semester ini banyak membuatkan diriku berfikir dan kerisauan…apa yang patut diriku lakukan seterusnya… semester ini banyak membuka mataku terutamanya pensyarah-pensyarahku yang berdedikasi. Huhu…gembira dan lega terasa kerana dikurniakan pensyarah-pensyarah yang sebegitu. Kenapa??? Setiap satunya sentiasa mengingatkan bahawa diriku sudah pun berada di peringkat yang ketiga…tahun ketiga…bukan lagi di tahun yang pertama atau kedua. Mana perginya ilmu-ilmuku yang kutimba selama dua tahun ini??? adakah diriku melafazkan niat belajar kerana Allah tetapi gagal untuk menghayati dan melaksanakan apa yang kulafazkan itu. Tadi, terasa ditampar lagi…disebabkan subjek yang ku ambil semester ini banyak merujuk kepada semester-semester yang lepas, maka mereka suka untuk mengulang perkara-perkara yang sepatutnya ku tahu… Padan muka sendiri…banyak lagi rupanya yang diriku tidak tahu dan tidak ingat walaupun hakikatnya, diriku telah diajar dan didedahkan dengan pelajaran-pelajaran itu.

Diriku tertanya-tanya sendiri… apa yang perlu ku lakukan??? Usaha yang patutnya dilipat-lipat-lipat gandakan semester ini. Kadang-kadang rasa gerun kerana diriku sedar bahawa diriku menggalas satu harapan dan cita-cita agama, keluarga dan tanah airku sendiri. Diriku sedar, ilmuku tidak pernah cukup…Ilmu Allah terlalu luas…nikmatnya kalau dapat mengaut sebanyak-banyaknya ilmu Allah itu…mampukah aku??? Ku sedar dan ku mengharapkan agar diriku tidak akan pernah bosan untuk meneguk ilmu sebanyak mungkin. Sapalah diriku jika dibandingkan dengan orang-orang yang berkemampuan memahami pelajaran-pelajaran tidak kiralah pelajaran secara akademik, agama mahupun pelajaran kehidupan.

Ku sedar, ilmuku tidak pernah cukup…kadang-kadang terasa seperti terpelecok dan merasakan diriku tidak memilih dengan sebaiknya…minat atau keperluan…kadang-kadang terasa seperti tersalah arah..namun, ku mohon kekuatan agar kakiku tetap melangkah andai jalan ini adalah jalan yang terbaik untuk semua. Tidak semestinya diriku tidak mendapat apa yang ku idamkan, bermakna aku ditempat yang salah. Pasti ada hikmah yang terselit di dalamnya. Tidak salahkan kalau kita memilih untuk menggembirakan orang lain tanpa menidakkan diri kita sendiri??? Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, hanya Dialah diriku yang kerdil ini memohon dan kepada-NYA lah diriku mengembalikan segala kegusaran. Moga diriku tetap kukuh di jalan-Nya tanpa mendatangkan fitnah kepada usaha untuk diriku berada di jalan dakwah ini. Moga hatiku sentiasa tenang dan tabah dan sentiasa diperkuatkan menempuh aturan-Nya.Ilmuku tidak cukup dan tidak pernah akan cukup, tetapi diriku tidak bercadang untuk berhenti daripada berusaha untuk mencukupkannya… =) Moga Allah izinkan dan moga diriku diberikan yang terbaik daripada-Nya…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
-anNamLatuN-
18:37 (14/01/10)

Thursday, December 24, 2009

Jual beli...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebagai renungan bersama...

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung" (At-Taubah:111)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, December 22, 2009

Blood type...

In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful...

Sharing...

Which blood type are u???



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, December 1, 2009

Semut merah...=D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya, diriku masih boleh lagi bernafas hari ini. Esok merupakan permulaan untuk bulan yang terakhir dalam tahun masihi kali ini. Hehe…sebenarnya diriku tiba-tiba teringin menulis tentang semut…=) entahlah mengapa. Tiba-tiba rasa rindu untuk membaca tentang mereka…

Semut merupakan salah satu benda hidup yang digolongkan dalam keluarga serangga. Juga merupakan salah satu serangga yang paling suka ditenungi dan hayati pergerakannya bila berkesempatan. Kadang-kadang, serangga ini juga menjadi mangsa usikanku. =p melihat tindak balas mereka terhadap kita, makhluk besar yang dikurniakan akal fikiran ini. kadang kala mereka membuatkan ku ketawa sendirian melihat telatah yang ‘tak habis-habis’…hehehe…tak tahulah bagaimana hendak menafsirkan erti telatah yang tak habis-habis itu. Namun, apabila kita melihat sesuatu yang anda suka, tentu ada juga akan mempunyai perasaan seperti itu.

Semut kini menjadi salah satu daripada nama samaranku. Bukan secara sengaja pun…Pada mulanya, diriku meminati kisah antara Nabi Sulaiman dan semut. Kisahnya tertulis di dalam Surah An-Naml (Baca: An-Namlun) yang bermaksud semut. Di dalam kisah ini menceritakan, ketika Nabi Sulaiman dan tenteranya ingin melintasi sebuah lembah semut, Nabi Sulaiman yang dikurniakan dengan kebolehan berkomunikasi dengan haiwan terdengar suara seekor semut yang berada di lembah semut itu kepada kawan-kawannya. Semut itu berkata, “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:

“ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”
(An-Naml, 27: 18-19)

Terkesan daripada itu, diriku menjadikan nama “An-Namlatun” yang menjadi sebutan perkataan “نَمْلَةٌ” dalam Al-Quran, yang merujuk kepada semut betina. =) Pada mulanya, nama itu hanyalah sekadar nama samaran di laman Friendster diriku satu ketika dahulu. Namun kini, nama itu tetap digunakan. Hehehe… Diriku tidaklah sehebat semut. Namun, sekecil-kecil makhluk Allah itu, tetap ada kehebatannya sendiri. Begitu jua dengan diriku… =D

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam
19:12 (30/11/09)