Wednesday, May 12, 2010

Jenguk-jenguk masyarakat…=D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Tika kita baru sahaja melangkah ke dalam masyarakat yang baru, keadaan yang baru, cukuplah sekadar taman perumahan yang baru, ada sahaja yang mampu menarik perhatian kita. Benarlah kata pepatah, “rambut sama hitam, tapi hati lain-lain”… Ada sahaja perwatakan-perwatakan masyarakat setempat yang berbeza daripada kampung halaman kita dengan tempat yang lain.

Sesampainya diriku di bandaraya kuching, ibu negeri Bumi Kenyalang ini, diriku seringkali menggeleng-gelengkan kepala sepanjang perjalanan ku di sini… Ayat-ayat lazim diriku buat tadahan telinga abangku;

“Suka na sidak tok mok jadi sandwich eh..-_-” “ (Suka betul mereka ni jadi sandwich kan…-_-“)

Mengapa? Setiap perjalananku, pastinya tidak terlepas daripada melihat pelbagai gaya dan peringkat umur manusia yang menunggang motosikal bertiga-tiga…tidak kiralah remaja, dewasa, lelaki mahupun perempuan…Selesa agaknya…atau ‘trend’ semasa? Wallahualam…

(Gambar contoh: tapi di kuching tak adalah yang mencecah tahap ini...huhu)

Namun, diriku doakan, walau bagaimana cara sekalipun mereka bergerak, moga sentiasa selamat hingga ke destinasi masing-masing.

p/s: Sambil-sambil diriku mencari gambar contoh ‘sandwich’ manusia ini, diriku terjumpa seorang blogger yang bercerita tentang pemerhatiannya terhadap gelagat dan karenah pemandu-pemandu dan pembonceng motorsikal…

http://themotorcyclists.blogspot.com

Moga dapat manfaat...=)

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Friday, May 7, 2010

Kasih seorang ibu...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sabtu yang pertama dalam bulan Mei telah di letakkan sebagai hari untuk menyambut hari Ibu di seluruh dunia. Hari Ibu merupakan hari yang dikhaskan untuk kita menunjukkan rasa sayang dan kasih terhadap insan yang telah mengandung dan melahirkan kita dengan izin-Nya. Walaupun pada diriku, setiap hari boleh dijadikan hari ibu tanpa menunggu hari yang khusus. Bulan Mei merupakan bulan yang istimewa buat diriku, memandangkan kedua-dua orang tua ku lahir dalam bulan Mei.
Diriku bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu...diriku bertambah bersyukur kerana ibuku serta ayah dan kakak ku akan datang malam ini menziarahi diriku di sini...=")

Sebenarnya, diriku ingin berkongsi secebis pengalaman yang ku kira sangat berharga buat diriku. Sesuai dengan tema hari ibu yang jatuh pada esok hari...=D

Allah telah menemukan diriku dengan seorang kakak yang bertugas di makmal yang sama dengan tempat diriku diletakkan pada hari pertama diriku mendaftar disini. Berperwatakan ceria, penuh dengan cerita...Pada mulanya, dia seperti tidak begitu ramah denganku berbanding apabila dia bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Biasalah, ketika itu, diriku baru 'berusia' dua hari di meja itu. Takkanlah tiba-tiba dan secepat itu untuk beramah mesra kan? Diriku pun dalam keadaan 'blurr' dan cuba untuk meninjau-ninjau dimana diriku boleh membuatkan mereka berasa selesa dengan kehadiran diriku disitu.

Pada hari yang ketiga diriku berada di makmal itu, tengah-tengah diriku melayan diri dan laptop, kerana tidak mahu menganggu dirinya di meje bersebelahan denganku. Tiba-tiba, dirinya mula membuka bicara. bercerita tentang anaknya yang tengah mendapat tawaran ke matrikulasi di Perak dan tengah menunggu keputusan pemohonan UPU. Sambil-sambil itu, diriku juga berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah kulalui sebelum ini. Sekali-sekala menjawab pertanyaannya selagi mana diriku mampu untuk menjawab. Sambil-sambil kami bercerita, dirinya menunjukkan gerak-geri kerisauan seorang ibu yang bakal berjauhan dengan anaknya. Itulah perasaanku ketika itu, kerana gerak-geri itu seperti pernah kulihat sejak kakak ku melanjutkan pelajaran di pusat matrikulasi. Nada suaranya, menunjukkan tanda-tanda serak-serak basah...>_<" alamak...apa yang aku telah lakukan...hoho...(perkenalan berusia dua atau tiga hari telah menyebabkan seorang yang bergelar ibu sebak...wani...wani...)... Sejak daripada itu, setiap kali mempunyai peluang untuk duduk di meja ku bersama dirinya yang tengah melakukan kerja di tempatnya, pasti dia akan bertanya-tanyakan tentang hal-hal yang bakal atau mungkin akan dilalui oleh anaknya. (Moga diriku menjawab sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya...huhu) Pada hujung minggu ini, anaknya ditemani oleh dirinya dan mungkin ahli keluarga yang lain akan mendaftar di pusat matrikulasi di Perak sepertimana adik-adikku yang lain, yang bakal mendaftar di pusat matrikulasi masing-masing. Penerbangannya dijadualkan pada petang ini. Dirinya, kulihat seperti serba tidak kena. Duduk seperti tidak selesa, muka kebingungan...segalanya seperti tidak kena. Ya Allah, tenangkanlah hatinya...Sebelum dia pulang ke rumah untuk bersiap-siap tadi, sempat diriku memberitahunya bahawa dengan izin-Nya, segalanya agak berjalan dengan baik dan lancar. Mendoakan agar dia selamat pergi dan selamat pulang. Seminit dua berlalu...terdengar bunyi suaranya teresak-esak..(opps...kali keduak...hoho) Diriku turut sebak sejenak melihat dirinya yang sebak... Kasih seorang ibu... Moga anaknya, juga adik-adik yang bakal menempuhi kehidupan yang lebih luas dan mencabar ini, sentiasa ingat akan pesanan orang tua kita yang terkandung seribu satu harapan dan kerisauan yang tidak berbelah bahagi kepada kita. Biar kita dihantar dengan tangisan kerisauan, pastikan kita kembali, disambut dengan tangisan kegembiraan...=D Selamat berjuang wahai adik-adik ku!!!! Saya boleh (insyaALLAH), kenapa anda tidak? (Ya Tuhanku, rindunya diriku pada dirinya...moga dia sentiasa sehat dan gembira disamping
suami tersayang...hehe =) )

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Thursday, May 6, 2010

Terketuk(!)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sudah menghampiri satu bulan diriku berada di bumi Kenyalang dan berkhidmat di bandaraya miaow...=D Syukur ya Allah, kerana mengizinkan diriku ke sini. Diriku membayangkan keberadaan diriku disini akan mempelajari banyak perkara daripada tempat praktikal ku...Benar, banyak yang ku pelajari sehari-harian di tempat kerja...namun apa yang ku peroleh, lebih daripada itu.
Syukur ya Allah, kerana mengizinkan diriku berada disini...ku tiba-tiba terasa 'terketuk' dengan keadaan...terketuk dengan segala yang berlegar-legar di sekelilingku kini.. Terasa sudah agak lama diriku tidak menulis dan memerhatikan perkara-perkara penting dan genting yang memerlukan perhatianku. Sudah agak lama diriku meletakkan diriku di zon selesa dan ambil endah tak endah dan hanya tahu dan mengerti untuk bersukaria, bergelak ketawa tanpa memikirkan ada benda yang diriku harus perhatikan disekelilingku. Hati, mulut dan mata yang diberikan kepada diriku dalam keadaan yang tiada cacatnya, namun ku merasakan diriku lalai dalam menggunakan dan memanfaatkan dengan sepenuhnya.

Benar, diriku masih sibuk itu dan ini semasa berada di kampus... Namun, entah mengapa, pabila berada disini, barulah kusedari, betapa kosongnya diriku, betapa aku telah terlena sebentar tentang tugas diri. Diriku merasa seakan-akan ada satu lompong yang harus ku isi.

Betapa diriku jauh ketinggalan dalam merindui kekasih Allah...betapa ketinggalannya aku dalam berasa risau akan saudara-saudaraku disini...betapa ketinggalannya diriku dalam mengejar ilmu-ilmu yang harus kutuntuti dalam menyediakan bekalanku...

Mujurlah diriku terketuk kini. Mudah-mudahan ketukan ini ketukan yang sentiasa kurasai dan ingati dan tidak hanya diingati malah dipelajari dan dihayati pengajarannya...

Wahai Tuhanku, terima kasih yang tidak terhitung...sesungguhnya, diriku takkan mampu untuk bersyukur setimpal dengan limpahan kasih sayangMu yang begitu banyak. Mudah-mudahan diriku kekal sedar akan tugasku, kekal sedar akan tuntutanku, bukan hanyak sekadar pada diri, malah kepada orang sekelilingku...

Moga diriku mampu untuk melaksanakan apa yang diriku katakan, mudah-mudahan diriku bukan hanya cakap tapi tak serupa bikin dan mudah-mudahan diriku mampu untuk bersabar dan bersangka baik terhadap orang lain. Dan mudah-mudahan diriku tidak melakukan sesuatu yang tidak diredhai-Nya...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Friday, April 30, 2010

Glow in the dark..=D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Dari sehari ke sehari, tidak ku sedari minggu yang kedua di bumi Kuching ini hampir sampai ke penghujungnya... Masuk minggu yang ketiga, pasti lebih banyak perkara yang harus ku lalui dari sehari ke sehari. Tiba-tiba sahaja terasa ingin menulis sambil-sambil mendengar putaran lagu "Fireflies" yang dinyanyikan oleh kumpulan "Owl City"...=)

Apa-apa pun, sebenarnya diriku sentiasa sangat teringin untuk melihat dan memerhatikan "thousands lighning bugs" a.k.a kunang-kunang berterbangan di malam hari memancarkan cahayanya... Indah kan? Moga diriku mendapat peluang itu...=)

Sedikit maklumat tentang si kunang-kunang bagi yang tidak mengenali dirinya...

Namanya: Kunang-kunang / Firefly
Keluarganya: Lampyridae
Order: Coleoptera (sama order dengan kumbang-kumbang yang lain)

Fakta menarik tentang kunang-kunang:
1. Pada bahagian abdomen kunang-kunang jantan dan betina boleh mengeluarkan cahaya dengan bantuan dua jenis enzim iaitu; luceferin dan luciferase.
2. Untuk sesetengah jenis kunang-kunang, bukan hanya dalam peringkat dewasa mampu mengeluarkan cahaya, malah di peringkat larva dan telur juga mampu mengeluarkan cahaya.
3. Kunang-kunang dewasa berkemungkinan tidak makan semasa ia dewasa.
4. Kunang-kunang tidak sedap untuk di makan!

Moga mendapat manfaat...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Wednesday, April 7, 2010

K.E.N.A.P.A???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Seringkali persoalan kenapa kenapa dan kenapa muncul dibenak kita. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa ini macam ini? Kenapa tidak boleh buat macam tu? Kenapa itu? Kenapa ini? Tetapi adakah kita bertindak menyelesaikan persoalan kenapa itu? Atau sekadar menantikan saat-saat persoalan itu terjawab dengan sendirinya?

Andai seorang bayi yang masih dalam buaian hanya bertanya kenapa saya hanya baring? Kenapa saya tak bergerak seperti orang lain? Syukurlah dengan penciptaan yang indah oleh-Nya…bayi diberikan rasa ingin tahu yang kuat, rasa ingin mencuba yang kuat, yang bukan hanya setakat menghujani diri sendiri dengan persoalan kenapa tanpa ada apa-apa tindakan.

Begitu juga apabila melihat kanak-kanak yang berlari ke sana ke mari…bergelak ketawa tanpa ada rasa jemu tanpa dihujani persoalan kenapa yang membebankan fikirannya…

Apabila tiba menjadi remaja dan dewasa, bermulalah episod kenapa dan kenapa yang melimpah ruah… Bermulalah episod kenapa itu bukan hanya dibenak, muncul elemen-elemen perasaan. Menyalahkan dia dan mereka sedangkan diri sendiri yang tidak menyelesaikan masalah kenapa itu dengan sewajarnya… Sampai bila kita ingin menyimpan persoalan kenapa itu hanya sekadar berlegar di fikiran kita? Luahkan dan carilah penyelesaian yang terbaik untuk kenapa itu…

Dan yang paling penting, segala persoalan kenapa itu, andai menemui jalan buntu, carilah dan kembalilah kepada Pencipta segala-gala yang menimbulkan persoalan kenapa itu…

Setiap yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya dan setiap kesusahan itu, pasti ada kesenangan disebaliknya…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam