Thursday, December 15, 2011

Bahagian 1: Alhamdulillah...cun!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi-Nya, Tuhan sekalian alam, yang menciptakan segala yang ada di bumi, di langit dan segala-gala yang di antaranya...Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Pertama, diriku ini memohon maaf atas 'kelewatan' mengemaskinikan blog diriku ini. Pada mulanya, diriku merancang untuk menulis seminggu selepas awal muharram. Tetapi tergelincir pulak...=D maaf ya... Kedua, rahsia yang tersembunyi di sebalik kotak kayu perlu ditangguhkan sementara waktu kerana ada perkongsian yang lain yang diriku ingin utamakan..Moga memberi manfaat untuk semua...=)


Untuk bahagian pertama ini, diriku ingin memperkenalkan projek diriku yang sedang diusahakan...=D Projek? Projek yang boleh ku kira seperti eksperimen yang bermakmalkan dapur rumahku. Belum ada rezeki kerja di makmal sebenar, manfaatkanlah apa yang ada kan? =) Ekperimen ini adalah berasaskan kacang soya. Pada mulanya, diriku hanya berminat untuk mencuba untuk membuat sendiri bubur kacang soya ataupun lebih dikenali sebagai tauhu fa dan alhamdulillah...peluang untuk merasa air tangan sendiri berhasil...=) Nyum...nyum...

Namun, eksplorasi kacang soya nampaknya tidak hanya terhenti setakat itu. Bermula dengan hasrat yang disuarakan oleh ibu saudaraku bahawa di Miri, sukar untuk mencari penjual tauhu yang diyakini. Bermula dengan mencari cara...dan kacang soya yang digunakan untuk membuat tauhufa masih ada...mari mencuba!

Percubaan pertama:
Kerana masih ingin berjinak-jinak dengan cara pembuatan dan memahami cara pembuatan, diriku hanya menggunakan hanya sedikit kacang soya. Menggunakan mangkuk besi yang berlubang dan gypsum (kalsium sulfat) sebagai bahan pengeras. Dan hasilnya boleh kusimpulkan, rasa ada, rupa takda~ hehe Juga diiyakan oleh juri tetapku (ibuku) dirumah.


Percubaan kedua:
Diriku menggunakan kuantiti kacang soya yang lebih banyak. Kali ini, dah dapat idea baru... tidak lagi menggunakan mangkuk besi yang berlubang, tetapi menggunakan kontainer yang dilubangkan...dan bahan pengeras yang digunakan adalah air perahan lemon. Hasilnya: alamak! tauhu berperisa lemon...terlalu banyak air lemon yang digunakan...>_<" Rupa ada, rasa takda~ hehe

Percubaan ketiga: Jeng...jeng...jeng....

Alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah...percubaan ketiga, beberapa perkara diambil kira semula. Dengan menggunakan 500g kacang soya, kontainer berlubang masih digunakan dan gypsum menjadi pilihan diriku. Hasil yang sangat memberansangkan...=D Rasa ada, rupa ada~ hehe...Diiyakan oleh juri tetap serta juri professional (ayahku)...=D

Hasil selepas digoreng~

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....tiada yang lebih perlu diutamakan kerana hanya dengan izin-Nya lah, tauhuku berjaya...=) Namun masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki...Sekian dulu untuk bahagian pertama ini...nantikan bahagian kedua..=)

"Jadilah pengejar dan perindu redha Ilahi"

Wallahualam




Saturday, November 26, 2011

Salam maal hijrah...=)





Disinilah permulaannya...=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Mari meneka apakah ini? InsyaAllah jawapan nya akan diberikan dalam masa satu minggu...=) Selamat meneka....=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Sunday, November 6, 2011

Selamat hari raya aidiladha...=")


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi yang menciptakan setiap yang ada di langit dan di bumi serta yang berada di antara kedua-duanya... Dialah jua yang menciptakan serangga-serangga yang melata di serata dunia...Selawat dan salam ke atas nama junjungan kita Rasulullah s.a.w serta para sahabat dan keluarga baginda.


Pertamanya, diriku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia...semoga hari raya kurban ini, kita dapat memperingatkan kembali pada diri akan nilai sebuah pengorbanan itu.

Moga setiap pengorbanan kita, walaupun tidak dilihat oleh manusia, walaupun seolah-olah tidak mencukupi untuk orang lain, namun ingatlah, bahawa sesungguhnya Allah M
aha Melihat dan Dia Maha Memberi dan Maha Adil kepada hamba-hamba-Nya...tika kita merasakan kesusahan, tika kita merasai kegembiraan tika itu, Dia sentiasa ada...

Hari ini, adalah hari yang sesuai untuk kita kenang kembali pengorbanan orang lain terhadap kita...hari yang terbaik untuk menilai kembali sejauh mana kita menghargai pengorbanan orang lain terhadap kita...persoalan-persoalan ini yang tiba-tiba muncul dibenakku...selama ini kita lihat berapa banyak pengorbanan yang kita lakukan, selama ini kita lihat berapa banyak kita menghargai pengorbanan yang dilakukan untuk kita...Sesungguhnya, Dia-lah hanya anugerah dan balasan-Nya yang kita harap-harapkan...usah berfikir seberapa banyak pengorbanan yang kita lalui...betapa peritnya hati kita betapa peritnya diri kita tika pengorbanan kita tidak dihargai...janji-Nya yang kita nanti...

Payah...sememangnya payah melakukan apa yang dikata...namun, ayuh kita berusaha! Ayuh kita pasakkan didalam hati kita...Segala yang kulakukan, hidupku, matiku hanyalah untuk mencapai redha-Nya...pengorbananku dalam apa jua perkara adalah untuk menggapai redha-Nya...sungguhpun ku tahu, amalanku, ibadahku, taubatku takkan cukup untuk mensyukuri nikmat-Mu ya Ilahi...

Izinkan daku ya Ilahi...
terus menjadi...perindu dan pengejar redha-Mu...

Amin ya Rabbal Alamin...

Wallahualam

Saturday, October 29, 2011

Rs mok update~ tapi sik tauk apa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Rupa-rupanya dah sebulan blog ini tidak ada entri yang baru...aduhai lah diriku...kenapa begitu.... >_<"

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, Tuhan segala yang ada di langit dan di bumi...Diriku rasa ingin mencoret...tapi apa ya? =D

Owh, sekadar ingin berkongsi apa yang berlaku sekitar diriku dalam bulan oktober ini...sebelum tirai november bakal dibuka...Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 8 Oktober yang lepas, diriku secara rasminya menjadi seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...perasaan? tiada kata yang dapat ku ungkapkan untuk menggambarkan perasaan ketika itu. Peristiwa yang menuntut penantian dan keringat selama lebih kurang enam tahun...satu peristiwa yang berlaku hanya dalam beberapa minit sahaja. Apa pun diskripsinya, diriku sudah pun bergelar graduan kini....

Dengan kesempatan ini, ingin ku sampaikan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana peluang yang begitu bernilai ini...mungkin ini satu-satunya majlis graduasi ku...atau mungkin kah ada jejak yang akan ku lalui di masa akan datang? Kepada mak dan bapak ku, terima kasih atas sokongan kalian yang tidak pernah jemu, nasihat dan dorongan yang tidak pernah surut selama diriku berusaha di institusi ini...kepada abang dan kakak ku...terima kasih atas segalanya...juga buat keluarga yang dekat mahupun yang jauh yang mendoakan diri ini...kepada sahabat-sahabat perjuangan ku...tidak pernah terasa waktu-waktu yang berlalu...dirimu pastiku kenang hingga ke akhir hayatku...=")

Buat sahabat-sahabat yang sedang gigih berusaha, selamat....selamat dan selamat semuanya...diriku akan terus mendoakan kalian...=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam