Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, penghulu anbiya’. Minggu ini dan minggu hadapan merupakan minggu yang sibuk bagi diriku dan rakan sekelas yang lain. Bukannya sbiuk kerana menghadiri kuliah atau sesi makmal. Tetapi sibuk dengan tugasan-tugasan yang tertangguh yang perlu dihantar dalam minggu ini dan minggu hadapan. Hati bertambah runsing apabila mengenangkan ’carry mark’ yang kurang memuaskan dan itu bererti diriku perlu sehabis daya untuk peperiksaan akhir nanti. Hmm...
Kali ini, sebenarnya bukan nak merungut dengan timbunan kerja (kerna sesungguhnya, itu adalah hasil daripada sikap bertangguh sendiri. Padan muka!!!huhu...) tetapi ingin berkongsi rasa megenai pilihan hati...
Pilihan hati? Dengan hanya membaca tajuk sekilas pandang, pasti anda menjangkakan bahawa saya akan menulis sesuatu yang berkaitan dengan entri yang sebelum ini kan? (alamak! Kedengaran skema.tap seronok!) Kenalilah hakikat bahawa jangkaan anda sebenarnya...meleset!!! hehehehe...=p
Pernah satu ketika, semasa berambeh di rumah ’kedua’ ku di Sungai Tangkas, Bangi. Sedangku menseterika baju untuk bersiap sedia pergi ke Usrah Umum Perkepisma di Masjid As-Syakirin, KLCC (rindunya...huhu) diriku sedikit tersentak dan tersentuh dengan satu soalan yang diajukan oleh salah seorang Kakak Trio (haha! Jangan marah a...) yang menjadi tempat ku bermanja pada masa itu. ”Wani, banyak-banyak surah...surah apa yang wani paling suka???” Fuh! Pada masa itu, dalam hati...kosong! tak pernah terlintas dalam fikiran akan surah yang menjadi pilihan hati. Sayu memikirkan betapa kurangnya diri ini. Kita selalu berkongsi-kongsi minat contohnya, warna yang menjadi pilihan hati kita, lagu yang menjadi pilihan hati kita, filem yang menjadi pilihan hati kita, majalah hiburan yang menjadi pilihan hati kita, malah berkongsi-kongsi tentang pilihan hati kita...(eh? Lain macam je!=p takde, gurau je.)
Tapi untuk membincangkan pilihan-pilihan hati kita yang seperti ini, sangat jarang sekali. Apalah surah pilihan hati kita...siapakah tokoh Islam yang menjadi pilihan hati kita...buku ilmiah yang mana menjadi pilihan hati kita??? Tepuk dada, tanyalah hati kita akan pilihan-pilihan yang ingin dibuat oleh si hati. Sejak daripada hari itu, rasa tergerak untuk melihat pilihan-pilihan buat si hati itu ada...saya sudah mempunyai surah pilihan hati saya! Anda pula bagaimana??? =)

Buku-buku peneman dibilik masa sem 1...(sekadar gambar hiasan..)
”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
12:58 pm 10.10.2008
Jumaat