Wednesday, February 24, 2010

Between the lines...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini merupakan hari yang penuh aktiviti bagi diriku. Agak lama sebenarnya dari kali terakhir diriku berada dalam keadaan diriku tidak dapat untuk berhenti dan menbaring-baringkan badanku di tengah hari...Namun, sekali sekala begini barulah diri ini mengerti untuk menghargai masa yang ada dalam kehidupan ini. Esok? InsyaALLAH akan sesibuk ini ataupun kurang sedikit. Apa-apa pun, moga penat lelah itu kerana Allah Taala dan membawa manfaat kepada orang lain.

owh, hehe...sebenarnya bukanlah niat sebenar untuk menceritakan apa yang diriku ceritakan di atas...itu hanyalah sekadar sedikit perkongsian hari yang berlalu untuk diriku hari ini.

Sebenarnya, diriku sudah lama ingin mencoretkan entri berkenaan dengan topik nan satu ini..=) tetapi, atas sebab-sebab tertentu, diriku tidak berjaya menulis hingga ke akhirnya. Satu perkara yang sering berlegar-legar di mindaku..."Semua subjek semester ini perlu belajar seperti diriku belajar Food Biotechnology"...Kenapa dengan cara belajar subjek Food Biotech lain berbanding dengan yang lain??? Sebenarnya matapelajaran Food Biotech merupakan salah satu pelajaran yang menuntut pembacaan luar dan juga dalam buku dan nota pensyarah. Memang tidak akan mencukupi untuk menggoreng andai tidak cukup isi. Hehehe...

Pada mulanya diriku ingatkan hanya mata pelajaran nan satu itu sahaja yang memerlukan cara yang sebegitu rupa. Namun, sebenarnya jangkaanku, ku isytiharkan sebagai meleset kerana boleh kata semua matapelajaran HARUS di pelajari dengan method yang sama.Tapi apa sebenarnya yang diriku cuba bawakan di sini???

Rasanya pernah ku nyatakan bahawa diriku bersyukur kerana mempunyai pensyarah-pensyarah yang diriku ada kini. Tidak kiralah bagaimanapun dia mengajar, diriku sangat-sangat bersyukur...alhamdulillah...Kenapa? Kerana mereka membuatkan diriku melihat apa yang tersirat dan bukan hanya yang tersurat...bukan hanya sekadar mengetahui tetapi juga memahami dan bukan hanya sekadar puas di permukaan tetapi harus tahu dengan lebih dalam lagi...

In other words, i have the opportunity to read between the lines...=)


Penting sangat kah nak mengetahui yang tersirat dan mengetahui yang tersurat secara meluas? Penting ke? Pasti???Diriku kurang pasti bagaimana hal ini pada orang lain, tetapi bagi diriku, apabila kita "membaca antara garisan-garisan" inilah saat diriku merasakan diriku ilmu-ilmu yang ditimba itu datang kembali kepada kita. Membentuk satu jaringan yang besar dan kukuh.

Pening kadang kala memikirkan hal ini...terasa perlu mengutip satu-satu pelajaran yang ku kira 'ditinggalkan'... Sedih kepada diri sendiri...namun jangan membiarkan kesedihan itu membuat jaringan lain yang memerangkap diri agar terus tersekat pergerakan. Namun, mudah-mudahan jaringan yang terbina itu bakal menjadi seperti jaringan anjalan yang membolehkan diriku bergerak dengan lebih tinggi...=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Monday, February 22, 2010

Chocolate...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

=)

Monday, February 15, 2010

tik tok tik tok...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji Allah yang telah menciptakan pasir dan kelikir, menciptakan tangan dan air...
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda...

Terasa lama sebenarnya tidak mencoretkan apa-apa disini...nampaknya arachnida (labah-labah dan yang sama waktu dengannya) bermaharajalela...=D Sungguhpun begitu, sebenarnya diriku bersyukur kerana masih mampu untuk mencoretkan sesuatu disini. Semester ini kurasakan begitu cepat berlalu...pejam celik pejam celik, kini menghampiri ujian akhir dengan berbaki satu kertas lagi untuk ujian penggal...

Apa-apa pun, kaki harus dikuatkan untuk melangkah dan hati juga harus diteguhkan...=)

Bersyukur kerana memilih pengkhususan ini...walaupun terasa lemah, tetapi kerana ada kawan-kawan yang jauh lebih rajin daripada diriku, hati yang sukar mengaku kalah ini, dikuatkan juga agar tidak ketinggalan di belakang. "SKL" bak kata orang Sarawak... "Sik mok kalah (Tidak mahu kalah)" hehehe...sekurang-kurangnya hatiku rasa diasak untuk mara!!!!

I'm planning to make myself more organize than before...stretch beyond what you have already mastered...i know everybody is stretching beyond at least to make their life better...=) Stretch..stretch...i know you can do it~ Stretch...stretch...hehehe...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Sunday, February 7, 2010

Rindunya pada semut merah dan semut putih...=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebuah video untuk tatapan bersama...



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Thursday, January 14, 2010

Ilmuku tidak pernah cukup…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan diriku berada di bumi ini. Semakin hari kurasakan semakin mencabar dua tiga menjak ini. Ketentuan sebagai seorang pelajar, begitulah kan? Jika tidak sibuk, kurasakan diriku pasti akan terkontang-kanting tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Semester ini sudah menghampiri pertengahan. Sedar tidak sedar, masa semakin meruncing untuk diriku menilai kembali apa yang telah ku timba sepanjang ku berada di sini. Ibuku selalu bergurau bahawa dia mempunyai dua buah Mercedes…salah satu daripada Mercedes itu bakal akan balik untuk berkhidmat. Dan tinggallah satu lagi Mercedes yang masih lagi tidak tahu sama ada nilainya menyamai jangkaan ataupun tidak? Hmm…


Semester ini banyak membuatkan diriku berfikir dan kerisauan…apa yang patut diriku lakukan seterusnya… semester ini banyak membuka mataku terutamanya pensyarah-pensyarahku yang berdedikasi. Huhu…gembira dan lega terasa kerana dikurniakan pensyarah-pensyarah yang sebegitu. Kenapa??? Setiap satunya sentiasa mengingatkan bahawa diriku sudah pun berada di peringkat yang ketiga…tahun ketiga…bukan lagi di tahun yang pertama atau kedua. Mana perginya ilmu-ilmuku yang kutimba selama dua tahun ini??? adakah diriku melafazkan niat belajar kerana Allah tetapi gagal untuk menghayati dan melaksanakan apa yang kulafazkan itu. Tadi, terasa ditampar lagi…disebabkan subjek yang ku ambil semester ini banyak merujuk kepada semester-semester yang lepas, maka mereka suka untuk mengulang perkara-perkara yang sepatutnya ku tahu… Padan muka sendiri…banyak lagi rupanya yang diriku tidak tahu dan tidak ingat walaupun hakikatnya, diriku telah diajar dan didedahkan dengan pelajaran-pelajaran itu.

Diriku tertanya-tanya sendiri… apa yang perlu ku lakukan??? Usaha yang patutnya dilipat-lipat-lipat gandakan semester ini. Kadang-kadang rasa gerun kerana diriku sedar bahawa diriku menggalas satu harapan dan cita-cita agama, keluarga dan tanah airku sendiri. Diriku sedar, ilmuku tidak pernah cukup…Ilmu Allah terlalu luas…nikmatnya kalau dapat mengaut sebanyak-banyaknya ilmu Allah itu…mampukah aku??? Ku sedar dan ku mengharapkan agar diriku tidak akan pernah bosan untuk meneguk ilmu sebanyak mungkin. Sapalah diriku jika dibandingkan dengan orang-orang yang berkemampuan memahami pelajaran-pelajaran tidak kiralah pelajaran secara akademik, agama mahupun pelajaran kehidupan.

Ku sedar, ilmuku tidak pernah cukup…kadang-kadang terasa seperti terpelecok dan merasakan diriku tidak memilih dengan sebaiknya…minat atau keperluan…kadang-kadang terasa seperti tersalah arah..namun, ku mohon kekuatan agar kakiku tetap melangkah andai jalan ini adalah jalan yang terbaik untuk semua. Tidak semestinya diriku tidak mendapat apa yang ku idamkan, bermakna aku ditempat yang salah. Pasti ada hikmah yang terselit di dalamnya. Tidak salahkan kalau kita memilih untuk menggembirakan orang lain tanpa menidakkan diri kita sendiri??? Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, hanya Dialah diriku yang kerdil ini memohon dan kepada-NYA lah diriku mengembalikan segala kegusaran. Moga diriku tetap kukuh di jalan-Nya tanpa mendatangkan fitnah kepada usaha untuk diriku berada di jalan dakwah ini. Moga hatiku sentiasa tenang dan tabah dan sentiasa diperkuatkan menempuh aturan-Nya.Ilmuku tidak cukup dan tidak pernah akan cukup, tetapi diriku tidak bercadang untuk berhenti daripada berusaha untuk mencukupkannya… =) Moga Allah izinkan dan moga diriku diberikan yang terbaik daripada-Nya…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
-anNamLatuN-
18:37 (14/01/10)