Saturday, October 29, 2011

Rs mok update~ tapi sik tauk apa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Rupa-rupanya dah sebulan blog ini tidak ada entri yang baru...aduhai lah diriku...kenapa begitu.... >_<"

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, Tuhan segala yang ada di langit dan di bumi...Diriku rasa ingin mencoret...tapi apa ya? =D

Owh, sekadar ingin berkongsi apa yang berlaku sekitar diriku dalam bulan oktober ini...sebelum tirai november bakal dibuka...Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 8 Oktober yang lepas, diriku secara rasminya menjadi seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...perasaan? tiada kata yang dapat ku ungkapkan untuk menggambarkan perasaan ketika itu. Peristiwa yang menuntut penantian dan keringat selama lebih kurang enam tahun...satu peristiwa yang berlaku hanya dalam beberapa minit sahaja. Apa pun diskripsinya, diriku sudah pun bergelar graduan kini....

Dengan kesempatan ini, ingin ku sampaikan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana peluang yang begitu bernilai ini...mungkin ini satu-satunya majlis graduasi ku...atau mungkin kah ada jejak yang akan ku lalui di masa akan datang? Kepada mak dan bapak ku, terima kasih atas sokongan kalian yang tidak pernah jemu, nasihat dan dorongan yang tidak pernah surut selama diriku berusaha di institusi ini...kepada abang dan kakak ku...terima kasih atas segalanya...juga buat keluarga yang dekat mahupun yang jauh yang mendoakan diri ini...kepada sahabat-sahabat perjuangan ku...tidak pernah terasa waktu-waktu yang berlalu...dirimu pastiku kenang hingga ke akhir hayatku...=")

Buat sahabat-sahabat yang sedang gigih berusaha, selamat....selamat dan selamat semuanya...diriku akan terus mendoakan kalian...=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Friday, September 23, 2011

Tiada bebanan melebihi kemampuan...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Salam jumaat, penghulu segala hari~ Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad s.a.w...sudah beberapa kali rasanya diriku mempunyai rasa ingin mencoret di 'dinding' penuh makna ini. Jika diikutkan hati, ingin sahaja diriku meletakkan sahaja gambar di bawah beserta penerangan...hehe..

Maha suci Allah yang telah menciptakan tiap satu yang ada di dunia ini. Dia Maha Pemurah dan Maha Adil lagi Maha bijaksana. Dialah yang merencanakan setiap satu yang kita lalui dalam hidup ini. Dalam meniti hari-hari ini, pasti ada kalanya kita akan terasa terbeban dengan apa yang kita ada. Termasuklah diri ini. Tidak akan terlepas dari perasaan-perasaan itu.

Apabila bicara tentang bebanan dan penerimaan kita, pasti nasihat-nasihat yang sering didengari adalah melihat kepada penderitaan orang lain yang lebih susah dan lebih besar cabarannya berbanding kita. Adakalanya, kita mampu buat biasa sahaja apabila sesuatu perkara itu menerpa kepada kita. Tapi adakalanya, setiap nasihat yang diberikan itu terasa ingin ditepis dan merasakan tiada yang memahami apa yang kita hadapi itu.

Bagi diriku, adakalanya terapi diri sendiri juga berkesan...bagaimana? Dengan melihat alam sekeliling kita. Jika diriku ingin menghiburkan hati, antara yang paling berkesan adalah dengan memerhatikan telatah si semut...aduhai...macam-macam benda yang diangkatnya selagi bergelar makanan untuk dibawakan pada keluarganya...dari sekecil-kecil butiran gula, ke sebesar-besar mentadak mentadu...kasihannya dia angkat yang berat-berat...=) Sesungguhnya Dia maha penyayang kepada setiap hamba-Nya termasuklah semut...semut dijadikan mampu untuk mengangkat berpuluh-puluh kali ganda berbanding berat badannya sendiri...ingatlah bahawa serangga kecil ini mampu mengangkat bebanan melebihi berat dirinya dengan izin-Nya dan masih mampu berzikir dan mengingati-Nya, mengapa tidak kita, manusia yang Dia berikan akal...dengan izin-Nya jualah kita perlu berusaha 'mengangkat' bebanan yang kita rasa seperti melebihi diri kita dengan sebaiknya...

Akhir kalam, teringat sepotong ayat dalam Al-Quran;

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Al-Baqarah: 286)


"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Monday, September 12, 2011

Selamat Menempuh semester baru!!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kepada sahabat-sahabat...selamat menempuh semester yang baru...=)

Tiba-tiba digamit rasa rindu untuk menempuhi detik-detik pulang ke kampus masing-masing. Jika setahun yang lalu, semester baru ini merupakan permulaan kepada tahun yang terakhir. Perasaan yang kurasai tika itu masing mampu diingati tika ini. Rasa tidak percaya sudah menjejak ke tahun yang ke-empat. Rasa seperti baru semalam menerima surat tawaran masuk universiti.

Tapi tahun ini, diriku menjadi orang yang melambai-lambaikan tangan secara maya kepada sahabat-sahabatku yang pergi meneruskan perjuangan dan meneruskan kembara ilmu mereka. Diriku berfikir-fikir, sebenarnya walaupun diriku berada di rumah dan sentiasa terkenangkan detik-detik di kampus, namun diriku perlu sedar bahawa perjuangan ilmuku juga perlu diteruskan. Yang terhenti hanyalah sebuah titi dalam kehidupan. Kini adalah masa untuk menyeberang jambatan yang lebih besar, lebih lama dan lebih banyak cabarannya...

Sudah hampir empat bulan berlalu sejak kali pertama diriku menjejakkan kaki ke rumah, ke tanah tumpah darahku...namun, apa yang ku fikirkan? Apa yang ku lakukan? Rehat takkan pernah terasa cukup...jiwa terasa lopong dan kosong...apa yang ku nantikan? Menanti bulan jatuh ke riba? Sesuatu yang sudah dan perlu ku fikirkan secara lebih serius. Masa untuk usah menunggu sehinggakan orang lain risau akan diri ini. Seakan-akan tidak berbuat apa-apa setelah habis pengajian. Punca mahasiswa menganggur? Mungkin diriku boleh menghuraikan topik ini lebih baik kini. boleh buat karangan 2000-3000 patah perkataan barang kali. contoh yang diberikan? Mungkin lebih merujuk kepada diri sendiri...

Buat sahabat-sahabat... pesanan yang sering ku peroleh daripada 'senior-senior' ku setahun yang lalu ingin ku ulang buat dirimu... nikmatilah masa yang kita ada selagi mana ada dalam kehidupan di kampus. Kerana apabila melepasi fasa itu nanti, pasti kita akan merindui detik-detik itu kelak. =")

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Friday, August 26, 2011

Ramadhan kali ini...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Ramadhan tahun ini berbaki tinggal beberapa hari lagi…Ramadhan yang pertama sepenuhnya berada di rumah setelah enam tahun berlalu. Tidak pernah terlintas difikiranku sehinggalah emak ku menyuarakan tentangnya tengah hari tadi. Dia seperti terkenangkan diriku beberapa tahun yang lepas. Diriku hanya akan balik seminggu ataupun hanya beza beberapa hari sahaja dengan hari lebaran. Sememangnya berbeza… dua tahun pertama berpuasa di pusat matrikulasi dan 4 tahun lagi di bumi Kuantan. Terasa begitu sekejap. Rasa baru semalam bersahur seorang diri ataupun bersama teman-teman. Menu sahur semestinya segelas milo atau nestum perisa coklat dengan beberapa keping roti. Di rumah? Nasi dan lauk pauk. =) Berbuka pula pelbagai, kadang kala jika tahap kemalasan di tahap melampau kemungkinan berbuka dengan hanya roti atau biskut pun boleh jadi terutamanya apabila berada di bumi kuantan.


Enam tahun rupanya telah berlalu…pastinya perbezaan itu sangat terasa. Ada baik dan ada kurangnya. Apapun, setiap yang dilalui itu pasti terpahat di hatiku. Tidak kiralah di rumah mahupun di mana sahaja diriku sudah mahupun bakal berada. Akan kurindui detik-detik itu. Ramadhan bakal pergi…entah berjumpa atau tidak diriku dengan ramadhan yang seterusnya. =”) Moga ramadhan ini lebih baik ya Ilahi…andai tidak, jika diberikan kesempatan Ramadhan yang akan datang, berilah diriku kekuatan agar diriku tetap menjadi pengejar dan perindu redha-Mu…amin...

Salam ramadhan buat semua…=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Wednesday, August 24, 2011

Mari bersiar-siar...=)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya, diriku mampu mencuri masa untuk menyusun semula laman blog yang telah lebih kurang setahun ditinggalkan...Semalam dan hari ini melakukan kerja-kerja 'menghias' blog kesayanganku ini...=p Masih kekok untuk mencoret memandangkan setahun lebih diriku menyepi. Hehe. Kini diriku masih 'bersiar-siar' dari satu blog ke satu blog yang lain...Buat sahabat-sahabat yang masih mampu untuk menulis dan terus berkongsi ilmu dan pengalaman, tahniah dan syabas! Moga diriku terus diberikan kekuatan untuk menulis dan berkongsi seperti mereka...

Semut tetap di hati...hehe...jangan mara a...=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam