Friday, April 30, 2010

Glow in the dark..=D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Dari sehari ke sehari, tidak ku sedari minggu yang kedua di bumi Kuching ini hampir sampai ke penghujungnya... Masuk minggu yang ketiga, pasti lebih banyak perkara yang harus ku lalui dari sehari ke sehari. Tiba-tiba sahaja terasa ingin menulis sambil-sambil mendengar putaran lagu "Fireflies" yang dinyanyikan oleh kumpulan "Owl City"...=)

Apa-apa pun, sebenarnya diriku sentiasa sangat teringin untuk melihat dan memerhatikan "thousands lighning bugs" a.k.a kunang-kunang berterbangan di malam hari memancarkan cahayanya... Indah kan? Moga diriku mendapat peluang itu...=)

Sedikit maklumat tentang si kunang-kunang bagi yang tidak mengenali dirinya...

Namanya: Kunang-kunang / Firefly
Keluarganya: Lampyridae
Order: Coleoptera (sama order dengan kumbang-kumbang yang lain)

Fakta menarik tentang kunang-kunang:
1. Pada bahagian abdomen kunang-kunang jantan dan betina boleh mengeluarkan cahaya dengan bantuan dua jenis enzim iaitu; luceferin dan luciferase.
2. Untuk sesetengah jenis kunang-kunang, bukan hanya dalam peringkat dewasa mampu mengeluarkan cahaya, malah di peringkat larva dan telur juga mampu mengeluarkan cahaya.
3. Kunang-kunang dewasa berkemungkinan tidak makan semasa ia dewasa.
4. Kunang-kunang tidak sedap untuk di makan!

Moga mendapat manfaat...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Wednesday, April 7, 2010

K.E.N.A.P.A???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Seringkali persoalan kenapa kenapa dan kenapa muncul dibenak kita. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa ini macam ini? Kenapa tidak boleh buat macam tu? Kenapa itu? Kenapa ini? Tetapi adakah kita bertindak menyelesaikan persoalan kenapa itu? Atau sekadar menantikan saat-saat persoalan itu terjawab dengan sendirinya?

Andai seorang bayi yang masih dalam buaian hanya bertanya kenapa saya hanya baring? Kenapa saya tak bergerak seperti orang lain? Syukurlah dengan penciptaan yang indah oleh-Nya…bayi diberikan rasa ingin tahu yang kuat, rasa ingin mencuba yang kuat, yang bukan hanya setakat menghujani diri sendiri dengan persoalan kenapa tanpa ada apa-apa tindakan.

Begitu juga apabila melihat kanak-kanak yang berlari ke sana ke mari…bergelak ketawa tanpa ada rasa jemu tanpa dihujani persoalan kenapa yang membebankan fikirannya…

Apabila tiba menjadi remaja dan dewasa, bermulalah episod kenapa dan kenapa yang melimpah ruah… Bermulalah episod kenapa itu bukan hanya dibenak, muncul elemen-elemen perasaan. Menyalahkan dia dan mereka sedangkan diri sendiri yang tidak menyelesaikan masalah kenapa itu dengan sewajarnya… Sampai bila kita ingin menyimpan persoalan kenapa itu hanya sekadar berlegar di fikiran kita? Luahkan dan carilah penyelesaian yang terbaik untuk kenapa itu…

Dan yang paling penting, segala persoalan kenapa itu, andai menemui jalan buntu, carilah dan kembalilah kepada Pencipta segala-gala yang menimbulkan persoalan kenapa itu…

Setiap yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya dan setiap kesusahan itu, pasti ada kesenangan disebaliknya…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam