Wednesday, December 31, 2008

Interesting!!!

In the Name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...

while browsing through you tube. try to find documentary on insects...

look what i've found!!!

it's cool and awesome!!!

really interesting and got message in it too...=)



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Jemputan ke...



Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah!!!



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Salam Maal Hijrah buat sahabat-sahabat perjuangan dimana sahaja anda berada....=)



daripada....Semoga tahun ini akan lebih baik dan lebih cemerlang daripada tahun lepas....



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"



Wallahualam...

Thursday, December 25, 2008

Kenangan terindah...=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Cuti kali ini sebenarnya lebih panjang daripada kebiasaan, namun rasa tidak mahu menghabiskan cuti ni juga lebih daripada kebiasaan. Seperti mimpi, masa berlalu dengan terlalu cepat. Pejam celik, pejam celik diriku sudahpun berada di Kuantan hampir seminggu. Satu hakikat yang harus ku terima dengan hati yang terbuka.

Lega sedikit (buat masa sekarang) kerana tiada kelas yang dijadualkan pada hari sabtu dan ahad. Mudah-mudahan itulah yang bakal berlaku sepanjang semester ini. Bukan bosan dengan kelas hujung minggu, tetapi diriku ingin menggunakan masa hujung minggu itu sebagai medan untuk diriku menyusun atur diriku selama seminggu yang telah berlalu.

I do think that this is the time I have to regain back myself. It’s not I’m not myself now…but I am lagging way back then what I’ve expected I should achieve right now.

Satu perkongsian, satu peristiwa yang berlaku ketika diriku berada di dalam kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Ingat lagi tika itu, tempat duduk ku 17A (MAS ya bukan AirAsia ataupun Bulan Restu…hehehe). Pada mulanya tak ada orang yg duduk disebelahku. Dan diriku sentiasa berdoa, agar bukan seorang lelaki yang bakal memenuhi tempat duduk itu.

Syukur ya Allah…tempat itu milik sepasang suami isteri. Kebetulan mereka baru sahaja sampai daripada menunaikan haji. Umur dia rasanya dalam awal 50-an mungkin, maka diriku bersiap sedia untuk memanggil mereka makcik dan pakcik atas sebarang kemungkinan mereka ingin berbual. Diriku pula pada masa itu masih dalam keadaan suka termenung dan malas nak berbual.

Malu ada jugak kerana makcik yang duduk di sebelahku jenis yang peramah. Bertanya diriku daripada mana, belajar kat mana, dia bagi tahu yang anaknya, bakal menempuhi SPM tahun depan di SBPI Kuantan, dua orang anaknya kini berada SBPI itu… dan tak kurang jugak diriku ditanya dengan soalan-soalan yang bertubi2…huhu…

Saat kapal terbang mula untuk terbang, dia menghulurkan gula-gula ‘Mentos’. Ku tadahkan saja tangan, tengok2 bila mentos tu degil nak keluar, dia bagi semua. Ya Allah…segan pulak…

Perbualan berlaku sekali sekala…diriku lebih banyak mengelamun…huhu…

Tiba-tiba idea muncul!!! Saat kapal terbang mendarat, diriku mengambil peluang untuk mengambil satu plastik (plastic Eraman yang diperoleh ketika abang membeli air mineral d KLIA…=p) dan meletakkan dua Mini Loaf Cheese yang dibekal daripada Morni Bakery…=). Lantas ku hulurkan kepada makcik sebagai tanda terima kasih (untuk mentos) dan ingin berkongsi salah satu keunikan Miri.he…

MasyaAllah…rezeki Allah datang dari arah yang tidak disangka-sangka…tiba-tiba makcik menyarungkan diriku dengan seutas gelang yang dibelinya daripada Mekah ku kira. Gelang yang diperbuat daripada kayu koka…Terkedu dan segan lagi…Pertama kali menerima hadiah daripada seorang yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi, diriku bukan seorang yang suka memakai aksesori seperti gelang atau cincin, subang mahupun rantai. Namun, pemberian itu sungguh bermakna buat diriku. Mudah-mudahan diriku berpeluang untuk membeli sendiri gelang koka seperti yang ku peroleh itu sendiri di Bumi Mekah satu hari kelak…

Mudah-mudahan makcik dan pakcik yang kutemui itu memperoleh haji yang mabrur dan anak-anaknya menjadi salah seorang daripada penyumbang kegemilangan Islam. Dan mudah-mudahan Allah melindungi mereka dan memberikan kejayaan dunia dan akhirat. Amin…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Awan buatku berdebar....>_<

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air)."(Ar-Ra'd:12)

Satu soalan untuk anda, pernah diri ini tanyakan kepada seorang sahabat ketika masih belajar di sekolah menengah lagi. Apakah perkara yang anda suka untuk perhatikan??? Sahabat yang saya tanyakan itu menjawab, "Saya suka memerhatikan manusia. Kerana manusia mempunyai pelbagai perangai yang seronok untuk diperhatikan."

Saya? Hmm...saya suka melihat awan gemawan...=) Kerana awan sering buatku berdebar...

Awan itu apa ya ? Awan merupakan gabungan titisan-titisan air yang apabila berat, maka akan turunlah huja daripadanya...


Kenapa awan itu istimewa? Sebab...awan sering buat diriku rasa bahagia...hehehe...kedengaran jiwanglah pulak...=p

Apa-apa pun, apabila melihat awan, akan ada satu ketenangan yang muncul dalam diri. Subhanallah...Awan kelihatan gebu dan akan bertambah cantik apabila ada cahaya matahari yang melobosinya...MasyaAllah...indahnya ciptaan Ilahi...



Tapi kenapa nak berdebar pulak? Beberapa sebab sebenarnya kenapa perlu ada debaran apabila melihat awan

1)Apabila awan mendung…tandanya nak hujan…maka??? Jemuranku di luar!!!!

2)Apabila berada di dalam kapal terbang – tatkala membelah awan, kadang-kadang gegaran ataupun lebih teruk daripada itu berkemungkinan untuk terjadi…

3)Awan tak ada – maka teriklah mentari yang memancar terus kepada diri yang kerdil ini…

Sesungguhnya, ke mana pun diri ini pergi, pasti awan yang berarak menjadi tumpuan.

Andai hati ini resah dan badan ini terasa letih, pasti awan menjadi temanku…Indahnya ciptaan-Nya…Mudah-mudahan hatiku semakin tenang melihat dan merenung awan sambil mengingati-Nya….=)

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Sunday, December 21, 2008

Back to school...=D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

alhamdulillah.. tanganku kembali berpeluang menari lagi di atas papan kekunci...hehehe...

semalam merupakan hari yang diisi dengan sepenuh-penuhnya...

semalam baru nak sedar kasut dah uzur...semalam baru sedar tak da tu...tak da ni...hahahaha...

semalam...terasa menarik sebab kebanyakan tempat yang dikunjungi dipenuhi oleh pengunjung2 yang rata-rata sedang sibuk memilih hadiah untuk hari natal dan tak kurang juga pengunjung yang memilih barangan yang terbaik buat anak-anak yang bakal menempuhi tahun persekolahan yang baru...

tergelak sendiri semasa diri dan keluarga pergi ke salah sebuah kedai kasut Bata di Miri...

hehehehe....terasa seperti sedang membeli barang keperluan sekolah...hehehehe...(tak hairan kalau2 jurujual tersalah sangka...=p) semua orang sedang memilih kasut putih buat anak-anak (ya MasyaALLAH...kasut sekarang dah maju! bukan nak pakai tali ataupun pelekat berbulu lagi(hahaha...maaf,tak tau macam mana nak perincikan.faham2 sendiri lah ye...) tetap sekarang dah menggunakan magnet untuk menetapkan kedudukan kasut...huhu...) sedang mereka sibuk memilih kasut skolah putih...sy pulak sibuk memilih kasut hitam...hahaha...macam nak pilih kasut pengawas pulak!

tapi takpe, sesungguhnya, diri ini juga bakal "back to school"...cuma dalam versi yang berbeza...namun, apa yang penting, isi dan pengertiannya...tetap sama tidak kira dimanapun kita berada...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi...=)"

Wallahualam...

Thursday, December 18, 2008

Maaf Ya...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Huhu...maafkan diri ini sebab dah lama tidak mengemaskinikan blog yang semakin kelihatan sepi ini...

InsyaALLAH jari ini akan menari semula dalam masa yang terdekat...=)

Sungguhpun begitu,

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Sunday, December 7, 2008

What i got from KK...hee....

I love the whole world...

It's such a brilliant thing!!!

Thank you Allah...=")

p/s: if i was offered to be included in the clip...

i would say...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Wednesday, December 3, 2008

I see stairs...can u see it???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Seketika tadi, merasakan ingin menulis dalam bahasa Inggeris (sebab tu lah tajuk dalam bahasa Inggeris), tapi tiba-tiba blurr pulak. Nak tulis apa.hehehe...Wahai kawan-kawan ku yang bersama-sama menuntut di UIA, apa khabar keputusan anda??? Hehehe...tak nak bagi tau pun tak menjadi masalah...entri ini bukan nak memberitahu atau mengetahui keputusan sesiapa. cuma untuk sebagai refleksi kepada diri sendiri setelah melihat keputusan diri...



Ternyata, tahun kedua merupakan tahun yang mencabar buat diri. Apakah diri tidak mampu untuk mendapat yang terbaik ataupun diri ini tidak berusaha sedaya mampu untuk mencapaikan yang terbaik. Satu yang pasti, diri ini mungkin dah terhanyut seketika dan rasa-rasanya, kesedaran perlu diraih kembali sebelum hantukan semakin kuat sehingga menyebabkan keretakan dibahagian tulang tengkorak. Arus tidak akan selalu mengarahkan kita ke tebing, kitalah yang harus mendayung dan mengemudi ke destinasi yang kita impi...

Bukan kah kita sudah dipilih untuk melalui jalan yang kita lalui kini??? Andai kita sudah patah semangat dan membiarkan arus pergi, alangkah ruginya diri. Belum sempat merasakan kemanisan madu, sudah mengalah atas sengatan lebah...Bukan masanya untuk menangisi yang lalu, tapi masanya untuk merefleksi dan mengembalikan niat yang kita pegang dulu...


I can see stairs...
Stairs that i believe...

i will be able to climb...
come!!!

who wants to climb the stairs with me???

Next semester and beyond!!!

(lift???nah...eventhough there's technology, climbing stairs is good for your health...hehehe)



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"



Wallahualam...

Sunday, November 30, 2008

Dah habis minggu kedua....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Seminggu lebih nampaknya diri ini tidak melakukan senaman ke atas jari jemariku...bukan hilang minat, tetapi itulah yang terjadi andai menulis dengan mengikut perasaan. Kini, sekali lagi diriku perlu menyepikan diri buat seketika untuk memberi peluang untuk komputer ribaku untuk dibelai.hehehe...

Hidup diwaktu cuti kali ini dipenuhi dengan roti...hehehe...saja nak buat anda terliur....=P

dengan roti kering...yang menjadi kegemaran setiap lapisan umur...nyam2...bau yang semerbak yang pasti menyebabkan anda perlu menahan saliva anda dari terus terembes dengan jayanya...hehehehe....dan jangan lupa menikmati kecomelan roti mini pelbagai perisa....hehehe... (sambil berkenalan dengan org yang sdg ambik gambar kat blakang tu...hahahaha)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =)

Wallahualam....

Thursday, November 20, 2008

Tertarik ku padanya...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tertarik kepada siapa??? huhu...sebenarnya lebih tepat diri ini katakan aku tertarik pada mereka??? wah...lebih daripada seorang!!! sebenar-benarnya, tertarik ku pada seorang ibu dan anaknya yang ku kira berumur sekitar 6-7 tahun di sebuah kedai menjual plastik. Ketika itu, diri ini menemani kakak ku untuk membeli stok plastik untuk membungkus muffin yang telah habis... sampai sahaja di kaunter, kelihatan ada seorang budak lelaki dan ibunya. ingatkan, kanak-kanak itu ingin membantu ibunya membungkus plastik-plastik yang kami beli. Namun, KAGUM...TERKESIMA...dan perasaan-perasaan yang sama waktu dengannya...

Kanak-kanak itu mengambil 'scanner' dan menekan butang untuk men'scan' kan bar code barangan yang kami beli. Dalam hati terdetik, sekecil ini sudah dibiasakan sebegitu rupa, tidak mustahil suatu hari nanti anak itu akan menjadi seorang yang lebih daripada yang dilihat pada ayah dan ibunya...andai latihan sejak peringkat usia yang semuda itu diterapkan dalam keluarga-keluarga Islam yang mempunyai perniagaan, alangkah baiknya. bukan apa, mungkin ada, namun jarang kita dapat lihat keadaan ini dikalangan kita sendiri...

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Cuti???


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kini diriku sebenarnya telah melalui seminggu setengah (lebih kurang..hehehe) cuti antara penggalku...pada dasar dan kebiasaannya, orang akan menulis tentang perancangan mereka untuk sepanjang cuti itu, sebaik sahaja cuti itu bakal bermula. Nampaknya agak terlewat sedikit saya ya! harharhar...tak mengapa...tak bagi tau pun, hidup melalui cuti kali ini tetap diteruskan...

Minggu lepas, hari pertama di rumah (selasa), ingatkan nak memanjakan diri, melenakan mata yang kekurangan tidur sepanjang musim peperiksaan...namun hasrat itu berkecai setelah ayahku membangunkan si puterinya untuk bangun!!! wargh...namun dengan hati yang kurang rela, namun diturutkan jua. Sebab??? Tak semestinya yang kita sukai itu akan mendatangkan kebaikan untuk kita, dan tak semestinya yang tidak kita sukai itu bakal mengundang sengsara kepada diri kita kan?? Ternyata, kini diriku telah ter'patih' (terbiasa) dengan bangun sekurang-kurangnya 8++ pagi (subuh tak lepas ye...) untuk turut sama menghulurkan bantuan di kedai kakak setiap hari.

Pendek kata? Cuti yang telah berlalu setakat ini telah dipenuhi dengan....BEKERJA!!!!! dan...sepanjang minggu lepas ada post-driving lesson daripada ayahku...huhu...

apa yang bakal berlaku di waktu-waktu yang akan datang??? adakah diri ini akan terus bekerja? atau akankah diri ini melepak di rumah? Wallahualam...hee...

apa yang penting, perancangan kena ada, kalau tidak rugilah peluang bercuti yang selalunya akan berkahir selepas 3 minggu namun kali ini, universiti bermurah hati kot nak bagi cuti sampai 5 minggu! alhamdulillah...

Cuti ini...saya telah...

-berjaya menghabiskan novel Tunggu Teduh Dulu...

yang bakal terjadi?

- Format dan upgrade laptop ku…


-minggu depan nak pegi KK (25/11-28/11)

-kena siapkan sekurang-kurangnya 1 eka nurani dan 1 swasa...

-nak baca lagi buku cerita...>_< (buku yang lain pun boleh gak...)

-hm...terlupak pulang...program n ekspo mun ada...

-Raya haji!!!

- lain-lain perkara yang wajar dan perlu dilakukan untuk mempersiap siagakan diri untuk sem depan...wahahahahaha...

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Saturday, November 15, 2008

Tiba-tiba???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam ini tidak dengan sia-sia...segala yang terjadi adalah aturan yang cantik oleh Allah s.w.t. Sanggupnya sesetengah orang mengatakan bahawa kejadian yang ada muka bumi ini adalah kejadian yang berlaku tanpa pencipta, bermula daripada satu zarah dan berevolusi sehinggalah sampai ke tahap menjadi benda hidup yang lebih rumit.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk melalui jalan hidup ini. Sepanjang semester yang lepas, mempelajari tentang 'Cell and tissue culture'. Apa yang menarik tentang pelajaran ini ialah, subjek mengenainya adalah sesuatu yang sangat baru kepada diri ini. Sebelum ini, sering ditujah persoalan, apa sebenarnya tumbuhan kultur? Terungkailah sudah persoalan itu setelah melalui semester yang lepas. Yang lebih menarik ialah kami diberi peluang untuk melakukan sendiri menanam tumbuhan secara kultur ini. (walaupun agak lambat untuk dapat menangkap erti keseronokan dalam mempelajari subjek ini...huhu...)

Tumbuhan kultur sebenarnya merupakan salah satu perkara asas dalam bidang bioteknologi. Demi menghasilkan tumbuhan dengan baka yang baik dan dalam kuantiti yang banyak, salah satu cara yang semakin diberi perhatian adalah melalui pengkulturan sel atau tisu daripada tumbuhan yang diinginkan. Tumbuhan yang lengkap boleh di'tanam' dengan menggunakan mana-mana bahagian daripada tumbuhan tersebut. Pada kebiasaannya, bahagian daun atau pucuk digunakan.

Setiap kali melakukan teknik ini di makmal, pasti akan terdetik dalam hati, betapa agungnya kuasa Ilahi. Hanya dengan menggunakan daun, pucuk kecil tumbuh daripada keratan daun itu bukan di atas tanah, tetapi di atas piring petri yang mengandungi media. Subhanallah...segalanya adalah dengan izin-Nya. pada waktu itulah, kita akan dapat melihat betapa segalanya adalah dengan izin-Nya dan tidak mungkin yang menghidupkan dan menumbuhkan pucuk dan akar daripada keratan daun itu tidak ada dan segalanya tidak logik dek akal andai berlaku secara tiba-tiba.... Gambar diambil pada 19.08.08
Tembakau yang berumur hampir sebulan...=)


Wallahualam

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Friday, November 7, 2008

Pejam celit pejam celit...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah...pejam celit pejam celit (pejam celik pejam celik), akhirnya, hanya berbaki sau kertas sahaja yang perlu dihadapi untuk menghabiskan tahun kedua semester pertama ini. Mudah-mudahan diri dan kawan-kawan yang telah berusaha bersungguh-sungguh akan dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang nanti...=)



















* kesian dinding...habis kenak tampal dengan stickies...hehehe...meja belajarku sepanjang peperiksaan akhir sem ini...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Friday, October 24, 2008

Jawapan kepada Que Sera...Sera...

I Wanna Be Somebody

Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid

Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Selamat Berjuang wahai teman2!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... =)

Pejam celik pejam celik...semester kali ini kian melabuhkan tirainya...sebelum tirai dilabuhkan, mahu tidak mahu, ilmu yang ditimba sepanjang semester ini pasti perlu dimanfaatkan di atas kertas di dalam dewan peperiksaan...=) Namun apa yang lebih penting adalah untuk kita memikirkan cara yang paling sesuai untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang ditimba itu agar menjadi ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan.

Mari kita sama-sama betulkan kembali niat kita untuk menuntut ilmu itu adalah kerana-Nya dan bukan semata-mata untuk mendapatkan perhatian setelah mendapat keputusan yang baik...=)

SELAMAT BERJUANG BUAT TEMAN-TEMAN YANG BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL DAN JUA BUAT DIRIKU SENDIRI!!!! hehehe...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Friday, October 17, 2008

Lega....

Subhanallah...

Segala puji hanya bagi Allah...akhirnya selesai sudah segala tugasan-tugasan yang bertindan-tindan... (bertimpak-timpak kata orang Sarawak! =p) Sekitar pukul 11 pagi tadi merupakan kerja yang terakhir berjaya dsiapkan. Walaupun terasa tak begitu berpuas hati dengan kerja sendiri...tapi ALHAMDULILLAH....syukur!!! Lega rasanya...selepas ni, bolehlah lebih menumpukan perhatian terhadap satu lagi ujian pertengahan penggal yang tak sudah-sudah ditangguh dan peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 29 Oktober sehingga 9 November...insyaALLAH....

Que Sera...Sera,,,

Que sera…sera…

When I was just a little girl,

I asked my mother

What would I be,

Would I be pretty,

Would I be rich,

That’s what she said to me,

Que sera sera,

What ever will be…will be…

The futures not ours to see,

Que sera sera,

What will be… will be…




Sunday, October 12, 2008

Pilihan Hati...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, penghulu anbiya’.

Minggu ini dan minggu hadapan merupakan minggu yang sibuk bagi diriku dan rakan sekelas yang lain. Bukannya sbiuk kerana menghadiri kuliah atau sesi makmal. Tetapi sibuk dengan tugasan-tugasan yang tertangguh yang perlu dihantar dalam minggu ini dan minggu hadapan. Hati bertambah runsing apabila mengenangkan ’carry mark’ yang kurang memuaskan dan itu bererti diriku perlu sehabis daya untuk peperiksaan akhir nanti. Hmm...

Kali ini, sebenarnya bukan nak merungut dengan timbunan kerja (kerna sesungguhnya, itu adalah hasil daripada sikap bertangguh sendiri. Padan muka!!!huhu...) tetapi ingin berkongsi rasa megenai pilihan hati...

Pilihan hati? Dengan hanya membaca tajuk sekilas pandang, pasti anda menjangkakan bahawa saya akan menulis sesuatu yang berkaitan dengan entri yang sebelum ini kan? (alamak! Kedengaran skema.tap seronok!) Kenalilah hakikat bahawa jangkaan anda sebenarnya...meleset!!! hehehehe...=p

Pernah satu ketika, semasa berambeh di rumah ’kedua’ ku di Sungai Tangkas, Bangi. Sedangku menseterika baju untuk bersiap sedia pergi ke Usrah Umum Perkepisma di Masjid As-Syakirin, KLCC (rindunya...huhu) diriku sedikit tersentak dan tersentuh dengan satu soalan yang diajukan oleh salah seorang Kakak Trio (haha! Jangan marah a...) yang menjadi tempat ku bermanja pada masa itu. ”Wani, banyak-banyak surah...surah apa yang wani paling suka???” Fuh! Pada masa itu, dalam hati...kosong! tak pernah terlintas dalam fikiran akan surah yang menjadi pilihan hati. Sayu memikirkan betapa kurangnya diri ini. Kita selalu berkongsi-kongsi minat contohnya, warna yang menjadi pilihan hati kita, lagu yang menjadi pilihan hati kita, filem yang menjadi pilihan hati kita, majalah hiburan yang menjadi pilihan hati kita, malah berkongsi-kongsi tentang pilihan hati kita...(eh? Lain macam je!=p takde, gurau je.)


Tapi untuk membincangkan pilihan-pilihan hati kita yang seperti ini, sangat jarang sekali. Apalah surah pilihan hati kita...siapakah tokoh Islam yang menjadi pilihan hati kita...buku ilmiah yang mana menjadi pilihan hati kita??? Tepuk dada, tanyalah hati kita akan pilihan-pilihan yang ingin dibuat oleh si hati. Sejak daripada hari itu, rasa tergerak untuk melihat pilihan-pilihan buat si hati itu ada...saya sudah mempunyai surah pilihan hati saya! Anda pula bagaimana??? =)

Buku-buku peneman dibilik masa sem 1...(sekadar gambar hiasan..)

”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

12:58 pm 10.10.2008

Jumaat

Tuesday, October 7, 2008

Cinta Kerena Allah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

...tengah membelek-belek buku Ihya' Ulumuddin, karangan Imam Al-Ghazali semasa masih menikmati suasana rumah tempoh hari, tiba-tiba tangan ini secara automatisnya membuka helaian ini... "Cinta Kerena Allah"(ejaan lain sedikit kerana buku ini diterbitkan pada tahun 1988...huhu)...terdetik! hmm...mungkin ada sebab jariku terarah untuk membuka helaian ini...Semua yang terjadi hanya dengan izin Allah kan? Selama ini, sering kali meniti di bibir kita, biar kasih dan sayang kita terhadap sesuatu atau seseorang (?) adalah kerana Dia, kerana Allah yang Esa. Tapi, adakalanya hati ini sangsi, apa yang sebenarnya dimaksudkan apabila kita merasakan cinta dan sayang itu hanya kerana Allah.

Dalam buku itu, (maaf kalau ada yang tersalah...) menyebut tentang beberapa contoh rasa cinta yang dipusatkan kerana Allah Taala. Antara contoh yang disebutkan ialah, apabila kita mencintai guru kita kerana mereka akan mengajar kita ilmu yang insyaAllah akan membawa kita untuk lebih mendekati Allah. Terlalu banyak jenis cinta yang ada disekeliling kita...apapun rencam jenis cinta yang ada, semuanya seharusnya kita kembalikan kepada tuan punya cinta itu sendiri...Tentu sekali bagi yang membaca entri ini, terutamanya yang mengenali diri ini tertanya-tanya dan mungkin ada yang mempunyai prasangka atau persepsi masing-masing terhadap diri ini, apabila membaca tulisan ini. Apa yang mampu untuk diluahkan kini, biarlah...biarlah orang memasang prasangka...mudah-mudahan yang terbaik dkurniakan oleh-Nya kepada kita semua.

Teringat akan satu kata-kata yang seringkali digunakan oleh kita apabila membicarakan soal cinta, "cinta itu akan hilang dengan hilangnya sebab" (Ibn Qayyim)...dan orang sering kata, cinta itu adalah sesuatu yang tidak dapat dihuraikan melainkan perkataan cinta itu sendiri!! Betapa hebatnya definisi cinta itu...sedih kan? andai kita tidak mampu untuk memanfaatkan makna cinta yang cukup hebat tiu??? Sedih kan? andai kita mensia-siakan cinta yang cukup tulus itu? Dan sangat menyedihkan bukan? apabila kita menyalurkan rasa cinta itu kepada sebab yang tidak layak untuk kita sandarkan cinta? Kembalikanlah rasa cinta kita, hanya kerana Allah...kembalikanlah dan semaikanlah dan semarakkanlah percintaan kita kepada Allah...susah...memang susah, namun yang susah itulah yang manis, yang susah itulah yang akan membantu kita lebih mengenali diri...Marilah kita jadikan Yang kekal itu sebagai sebab kepada cinta kita, kerana Dia takkan hilang...agar cinta kita tetap bersemi kepada Dia yang abadi...

Bonds of love
Artist: Raihan
Album: Demi Masa


Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind

Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart

Oh falling in love
With Allah....

The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail

Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam....

Wednesday, October 1, 2008

Apa yang kita nantikan sebenarnya???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pertama-tamanya....

sekadar gambar hiasan...hehehe


Selamat Hari Raya Aidilfitri...=)


Bagi yang berada di Miri, jemputlah datang ke rumah, Lot 740, Jalan Pujut 9, Miri. =)

hari raya pertama tahun kebelakangan ini, agak lengang jika dibandingkan ketika ku masih berada di sekolah rendah. Kunjungan yang tidak putus yang menyebabkan pada penghujung hariku pasti akan merasa kepenatan yang teramat sangat. Mungkin juga dengan faktor usia yang kini sudah terbiasa dengan keperluan kerja yang perlu diselesaikan setiap kali tibanya hari raya.

Hatiku sering tertanya-tanya, apa yang sebenarnya yang kita nantikan setiap kali tibanya hari raya??? Adakah kita menantikan saat untuk berjumpa dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bersua muka??? atau kita menantikan saat berkunjung ke rumah jiran tetangga dan mengumpulkan sebanyak mungkin duit raya??? (hanya sah untuk yang berumur 18 tahun dan ke bawah...hehehe) ataupun saat tibanya raya adalah saat untuk kita menantikan filem-filem dan cerita-cerita yang bakal ditayangkan di kaca TV.

Sedih...kerana pada hakikatnya, peluang hari raya adalah peluang untuk kita mengeratkan tali persaudaraan dengan sanak saudara dan jiran tetangga. Namun, seolah-olah peluang ini secara tidak langsung kita gantikan dengan peluang menambahkan bil elektrik untuk menonton televisyen dan "mengeratkan tali silaturrahim" dengan artis-artis yang memang sah-sah tak mengenali siapa kita. Belum lagi habis Ramadhan, stesyen-stesyen TV kelihatan sungguh beria-ria menunjukkan deretan cerita-cerita yang bakal ditayangkan sepanjang Syawal yang menjelang. Sudah hilangkah rasa untuk menikmati Syawal setelah kita menempuhi sebulan berpuasa???

Terkedu...kerana kadang-kadang apabila saat berkunjung ke rumah sahabat handai, terutamanya yang mempunyai set TV di rumah tamu, mata ini sering kali menjadikan TV itu sebagai tumpuan utama kita. Mana perginya nilai ber'jarah' (jarah=ziarah) pada hari raya kita? Kita ingin berbicara dengan tuan rumah atau kita ingin mengadakan 'eye contact' dengan TV tuan rumah???huhu...

Adakah kita ingin menggadaikan usaha mengekang nafsu kita selama sebulan lebur dengan cerita-cerita yang kadang-kadang mampu untuk mengembalikan kelalaian kita semula??? Tepuk dada, tanyalah hati dan iman kita...

Semoga semangat untuk rajin beribadah yang dipupuk sepanjang Ramadhan kali ini kita masih mampu untuk pertahankan sepanjang Syawal dan seterusnya dibawa sehingga ke Ramadhan yang akan datang... Semoga ingatan ini, terutamanya adalah untuk mengingatkan diri yang lalai dan alpa...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"


Wallahualam...

Tuesday, September 30, 2008

KABOOOOM!!!!

Sekadar gambar hiasan....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang hanya Dia yang layak disembah, selawat dan selamat buat Rasulullah s.a.w serta para sahabat....

KAAAABOOOOMMMM!!!!!

ya Allah!!! Gugok jak sik jantung ku eh! (jatuh je tak jantung aku!) hehehe...itulah ekspresi yang patut anda alami setibanya anda di mana-mana rumah yang berhampiran dengan kawasan yang masih mempunyai anak-anak muda yang bersedia dengan meriam buluh ataupun meriam kabaitnya...itulah yang sering ku lalui setiap kali kembali ke Lot 740 yang serba serdahana ini... tak kira hari ini adalah hari raya, ataupun hari merdeka apatah lagi sambutan tahun baru cina, pasti mengundang keinginan di hati anak-anak muda ini untuk mencucuhkan api pada sumbu meriam rekaan mereka sendiri.

Keadaan reda sedikit, mungkin kerana keletihan ataupun ingin berehat lebih awal untuk menyambut hari lebaran yang dengan izin-Nya bakal kunjung tiba pada keesokkan hari. Maka, dengan kesempatan ini,

ingin ku susun sepuluh jari, (walaupun tidak mencukupi)
memohon ampun dan maaf,
atas segala salah silap,
yang diriku sengajakan,
lebih-lebih lagi yang tidak daku sengajakan,
maaf,
andai diri ini membuatkan dirimu terluka,
andai diri ini mengguris dan mendalamkan luka lama,
andai diri ini tidak sedar akan kesilapan dan kealpaan dirinya,
moga,
Syawal yang bakal kali ini,
akan membuatkan kita semakin leka,
tenggelam dalam permainan dunia,
sehingga kita semakin menjauhi dunia hakiki,
sedangkan kita,
telah berjanji pada diri,
setelah bermujahadah sepanjang ramadhan,
yang telah berlalu pergi lagi,
rindu,
kerinduan pasti menggamit akan ramadhan yang melabuh pergi,
andai ini ramadhan yang terakhir,
moga diampunkan dosaku,
dosa ibu bapaku,
dosa kaum keluargaku,
dosa guru-guruku,
dosa sahabat-sahabatku,
serta dosa kaum muslimin muslimat,
Selamat datang syawal..
Diriku tetap merinduimu,
wahai Ramadhan....

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"Wallahualam

Wednesday, September 17, 2008

Tiba-tiba jak....

Assalamualaikum w.b.t...

Setelah sekian lama blog ini rindu untuk dijenguk, akhirnya dia telah membuat keputusan untuk merajuk...tiba-tiba template yang lama mempunyai masalah. Maka, buat sementara waktu, saya akan menggunakan template yang lama tanpa ada kewujudan cbox dan counter serta jam...insyaAllah andai ada kesempatan, wajah blog akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa...

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Thursday, September 4, 2008

Selamat Berpuasa!!! =)


Ihya Ramadan!!!

Selamat Menghayati Ramadhan pada tahun ini...

Semoga kedatangannya kita rai dengan membanyakkan ibadah yang mudah-mudahan dapat mendekatkan diri kita kepada-Nya...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi..." =)


Maaf...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Maaf...Rasa macam dah terlalu lama membiarkan blog ku sepi...huhu...

Alhamdulillah terasa lega sedikit apabila minggu getirku telah berjaya dilalui...Bermula dengan membuat keputusanku menukar tajuk disaat-saat akhir sehinggalah cuti pertengahan semester yang baru sahaja berakhir semalam.

Dalam kekalutan kerja yang banyak dan deretan kuiz dan ujian pertengah penggal...diri ini masih mengambil peluang untuk meneruskan kembara ke Kota Kuala Lumpur. Tujuan asalnya adalah untuk menghadiri Muktamar Pusat PKPIM di Kisas. Namun, tekad semakin membulat apabila ibundaku turut berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat pada masa itu. Girang! Walaupun terpaksa menempuhi perjalanan ke sana seorang diri, namun semangat yang dibawa mendorongku untuk ke sana.

Kerinduan yang ku bawa untuk bertemu dengan sahabat-sahabatku daripada Kuching dan tidak lupa buat sahabat-sahabat yang menuntut ilmu di bumi Semenanjung ini terlerai saat menjejakkan kaki ke Kisas. Seramai 34 orang anak Sarawak berkumpul menyalurkan rasa kerinduan dan menyegarkan kembali semangat-semangat yang disemai membuatkan diriku terlupa akan bebanan pelajaran yang ku alami di Kuantan. Muka-muka yang dirindui dan muka-muka yang baru dikenali...Sukar untuk menggambarkan perasaan kala itu...Apa-apa pun,
Kesyukuran yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Ilahi kerana mengizinkan aku untuk menempuh jalan ini.

Selesai sahaja muktamar...perjalanan perlu diteruskan untuk melengkapkan siri perjalananku kali ini...Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam daripada stesen Klang ke stesen Bank Negara (menggunakan komuter) digunakan sepenuhnya untuk mendengar celoteh abang yang tak pernah kering andai bersama dengan adiknya (hehehe....). Satu lagi kerinduan yang terlerai...kerana sejak berada di Kuantan, peluang seperti saat itu jarang didapati. Walaupun penat, namun kepenatan yang berbaloi...Sekitar pukul 6 petang, kami sampai di Sogo, berjanji untuk bertemu dengan ibu di sana...Kerana terlalu penat, malam kami dihiasi mimpi-mimpi indah...=)

Peluang untuk bersama ibu dimanfaatkan dengan sebaiknya...Membeli keperluan kakak di Lorong Haji Taib, Chow Kit dengan hanya berjalan kaki dari hotel pergi balik. hehehe...andai bersama keluarga kami, berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam erti kata melancong adalah satu kemestian...Dua kedai buku yang menjadi tumpuan kami berdua (owh...shopping di kedai buku juga menjadi satu kemestian!!!) adalah Toko Buku Indonesia dan kedai buku Mukmin...Walaupun hanya pertemuan yang singkat...namun mencukupi untuk mengubat kerinduan dan memujuk hati untuk menempuh hari-hari sepi semasa cuti 5 hari nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar berkongsi rasa...

Pembentangan yang pertama telah berjaya dilalui pada 29 Ogos yang lepas. Dengan kehadiran yang cukup untuk dihitung dengan jari tangan. Walaupun tidak berpeluang untuk dihujani dengan soalan daripada kawan-kawanku (sebab mereka sudah balik untuk bercuti), namun mudah-mudahan agar pembentangan hari itu membawa input yang baru untuk yang mendengar. Pembentangan yang diperuntukkan selama 5 minit berakhir dalam masa 8 minit. Huhu...pengurusan masa yang kurang cekap aku kira. Seterusnya adalah menyiapkan laporan penuh berkenaan tajuk yang dipilih dan akan ada satu lagi pembentangan penuh yang perlu ditempuhi kelak. Doakan diri ini berjaya dan diberikan kekuatan oleh-Nya, agar ilmu yang disampaikan itu bukanlah sekadar pembentangan untuk meraih markah tetapi pembentangan untuk berkongsi ilmu kepada semua ...=)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Menghayati Ramadhan tahun ini...=)

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Tuesday, August 19, 2008

Akhirnya diriku terpaksa berundur...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Akhirnya diriku terpaksa berundur daripada meneruskan perjuangan dalam meneruskan tajuk "Yeast is the best leavening agent in bread making" untuk tajuk EAP...penukaran tajuk yang ku kira di saat-saat akhir menyebabkan diriku serabut sedikit minggu ini...insyaALLAH kami perlu membentang pada hari Khamis ini...banyak perkara yang perlu dilakukan...

Chaiy chaiyo!! diriku!!! hehehe...bagi semangat berjuang untuk diri sendiri...

VS



Mudah-mudahan, dengan tajuk yang baru "Insects is the best biological control agent in crops production" akan dapat dibuat dengan sebaik mungkin...lebih-lebih lagi tajuk ini sepatutnya tajuk yang menjadi nyala rasaku...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Tuesday, August 12, 2008

Setelah sekian lama...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Setelah sekian lama, akhirnya jari jemari ini kembali menari di atas papan kekunci komputer riba milik kawan sekelas. Huhu...bakunya...

Dua program yang ku kira, menuntut banyak tenaga dan komitmen akhirnya berjaya ku lepasi. Terasa lega sedikit walaupun diri ini masih belum berpijak di bumi nyata lagi...keserabutan masih dirasakan dan merisaukan diri sendiri.

28 Julai yang lepas merupakan program yang diberi nama GASS VII (Gathering Of Science Student).

dan yang baru sahaja dilepasi hari sabtu yang lepas,

9 Ogos yang lepas merupakan program Konvensyen Tamadun Malaysia dan Bahasa Melayu.

Perubahan jadual waktu yang tidak menentu juga menambahkan tekanan yang dirasai untuk semester ini. Minggu ini merupakan minggu permulaan untuk kami (biotech second year 1st sem) mempunyai kelas di hujung minggu. Mudah-mudahan apa sahaja yang kami tempuhi ini akan membuahkan kemanisan dalam menuntut ilmu di masa akan datang...

Mudah-mudahan, kesempatan masih mampu untuk diperoleh dalam keadaan yang serba mencabar ini...wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Thursday, July 31, 2008

Sebelum...KBS 3

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Setiap kali bermulanya semester yang baru, pasti diri ini akan menerima mesej yang mengajak untuk ke program Kem Berambeh Selasih anjuran PERKEPISMA. Untuk dua kali, diriku terpaksa merelakan keadaan yang tidak mengizinkan diri ini untuk mengikuti program tersebut. Alhamdulillah...Allah memberi kesempatan yang tidak terhingga nikmatnya untuk Kem Berambeh Selasih yang ketiga (KBS3).

Kali ini, KBS telah diadakan di Kem Raudah Gombak, katanya berada di belakang UIAM, pada 18 hingga 20 Julai yang lepas. Perjalanan daripada Kuantan hanya dapat dimulakan pada hari Sabtu dengan bertemankan tiket 9 pagi. Kekangan masa yang disebabkan oleh jadual kelas yang berubah-ubah disebabkan Kampus Kuantan mengalami masalah kekurangan pensyarah untuk mengajar beberapa subjek. Pada mulanya, kebanyakan daripada rakan-rakan ku yang lain turut berangan-angan sem ini lebih baik daripada sem yang lepas...dalam erti kata, hujung minggu kami tidak akan diisi dengan kelas. Namun, melihat kepada situasi kini, kami perlu menyedari hakikat bahawa...kesemuanya menuntut kesabaran dan pengaharapan yang tidak terlalu tinggi untuk angan-angan itu akan terlaksana. Insya-Allah...semua ini harus dilihat sebagai satu proses tarbiyah diri yang baik...

Hmm...tiba-tiba membebel tentang kelas di Kuantan lah pulak... Perjalanan selama 4 j daripada Kuantan ke Kuala Lumpur kebanyakannya dihabiskan dengan menutup muka dengan baju sejuk (zzzz....hehehe) rasanye, 3/4 daripada keseluruhan perjalanan.. Perasaan ketika itu, tidak dapat dibayangkan..sebab tak tahu pun apa yang perlu dirasakan saat itu. Kembara KBS 3, ditemani oleh seorang adik yang baru sahaja menjadi warga UIAM Kuantan. (huhu...ini kali ketiga dia telah mengikuti KBS...) Dan kembaraku diserikan lagi dengan kehadiran rakan sekelasku yang lain..(terima kasih yang tidak terhingga sebab berjaya memperoleh tiket pada malam sebelum bertolak ke KL...) =)

Kami sampai di Stesen Bas Pekeliling lebih kurang pada pukul 12++ hampir pukul 1, dan terus membeli tiket untuk balik keesokan harinya. Alhamdulillah...bas yang akan bertolak pada pukul 4 petang masih ada kekosongan untuk 2 orang...(walaupun ketika membeli tiket, mungkin dalam keadaan mamai, dan terbeli tiket pukul 6...nasib baik dua rakan yang bersama-sama kami belum beli tiket lagi...huhu...maafkan diriku...) Perjalanan diteruskan...


Hehehe...kerinduan kami terlerai untuk menatap 'wajah' pak cik Kino...=p walaupun hanya sebentar tapi masih sempat untuk membeli 2 naskhah di buku...
1. Bujang Senang- Lagenda Sebuah Cinta
2. Ombak Bukan Biru - Karya Fatimah Busu

Perjalanan ke Gombak diteruskan setelah usai solat Zohor dan Asar secara jamak dan qasar. Sampai Taman Melati kira-kira pada pukul 3 petang. Kami perlu menunggu untuk dijemput ke Kem Raudah Gombak...

Kita sambung yang lain pulak untuk "semasa" dan "selepas" ye...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, July 29, 2008

Should or shouldn’t I proceed???

In the name of Allah, The Most Merciful, the Most Compassionate…

English for Academic Purposes or a.k.a EAP is one of the subjects that would help me in writing scientific writing later on especially during writing my thesis. Every one in the class should have a topic on their own right now.

During mass lecture, the lecturer told us to pick a topic of our interest. I did! But it was my second interest; an interest that I hope will lead me for better understanding in doing my final year project later. Sometimes I doubt, is it the best decision on picking this topic? Em…now…it is all about YEAST…everywhere YEAST…everyday YEAST…YEAST…YEAST…YEAST…

Last tutorial, we were supposed to do our thesis statement. But, since the topic have not been covered in previous mass lecture, thus our madam told us to have a suggested thesis statement so that we will have clearer picture on how to do it during next mass lecture. I just don’t know why, I’m not myself that day… those were the gloomiest day I’ve ever had since I arrived Kuantan. During the open discussion I just couldn’t make myself share with the others. And when, my group turn to discuss our thesis statement with the lecturer, I have a hard time to explain to the lecturer what my topic is all about… “hmm…this is a very complicated topic”…that sentence keep mingling in my mind until today. That was what my lecturer told me that when I explain what had I plan to do and what my points are.

I felt that I haven’t got the main idea of what a term paper should be. Argumentative essay is totally different with comparative essay…all I know, I had myself misunderstood all this while. Most of my points is comparing between the effect of yeast and baking soda. The points should let the people who are reading your essay about your firm stand on one side even though there are people who argue them.

Now…I just feel that I need your feed back, should or shouldn’t I proceed this topic???

Let see how you people understand my points and I do really need some comments so that I don’t feel that I will regret by decision on doing this topic.


Yeast is the best leavening agent in bread making.


Argument 1: Yeast gives the definite effect.

- The ‘reaction’ of yeast in bread making can be control by controlling the temperature, pH and humidity.

- Yeast is very sensitive because it is a living being.

Argument 2: Yeast can be genetically improved in the lab.

- Factors that allow yeast to be an excellent leavening agent.

- Natural product most likely brings less harm to human health.

(S.cerevisiae had been used for bread making since? – find evidence)

- There are – improvement for the yeast to function well.

Counter Argument: Chemical leavening agent can reduce the fermentation time.

- Example of chemical leavening agent: Baking powder, baking ammonium,

- baking powder does not need to be prove or leaven in a longer period of time.

- Process that took place is not fermentation but neutralization of acid and base (the baking powder itself).

- Usually used in ‘Quick bread’, muffin and other pastry.

Refutation: Yeast will give the largest increase in volume of any leavening agents.

- The quality of the bread depends on the texture and the aroma of the bread.

- The reaction of fermentation creates texture & flavour to the bread produced.

- Bread dough has a strong gluten structure depends on the ingredients used.

- Gluten is developed and strengthens through mixing, kneading, and rising which could not be seen in the process where chemical leavening agent is used.

Islamic Perspective

  1. Islam encourages us to use sources that will bring less harm to us.
  2. Every living being in this world is ‘Taskheir’ to human being, meaning that, every living beings is created to ‘serve’ human and with such privilege, human should know their role as slave to our Khaliq, and as a khalifah that will use our sources wisely.

p/s: This question might appear in your mind when you read the topic:

What is leavening agent?

(Hope this will help you to understand more…)

Leavening agent (sometimes called just leavening or leaven) is a substance used in doughs and batters that cause a foaming action intended to lighten and soften the finished product.


"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"...=)

Wallahualam…

Thursday, July 24, 2008

lamaknya dah sik update blog...(lamenye dah tak update blog...)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah...terasa kosong dua tiga hari ini kerana sibuk dengan pelbagai komitmen yang baru dan lama. Usia semester 1 sesi 08/09 yang baru sahaja menjengah masuk minggu yang ketiga, terasa begitu menguji kemampuan ini untuk meneruskan perjuangan ini...

Kadang-kadang terdetik dalam diri, "aduhai...penatnya..." kadang-kadang terasa ingin berhenti dan meninggalkan segala komitmen yang ada. Tapi, bukankah kita seharusnya sentiasa yakin bahawa janji Allah itu pasti? Allah sudah berjanji bahawa Dia tidak akan menguji kita lebih daripada kemampuan. Ya Allah..berilah hamba-MU ini kekuatan dalam menempuhi hari-hari yang berlalu...

Setiap yang berlaku pada kita sememangnya mempunyai hikmah yang tersirat yang mungkin bukan untuk kegunaan kita kini, mungkin pengalaman daripada apa yang kita lalui kini adalah untuk kegunaan kita 5 atau 10 tahun yang akan datang. Tiada guru yang lebih baik melainkan guru yang bernama pengalaman. Tanpa pengalaman untuk jatuh, kita tidak akan merasai kesakitan akibat jatuh, jika kita tidak mempunyai pengalaman untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, kita tidak akan tahu manisnya apabila kita mampu memberikan manfaat kepada orang lain. Segalanya menuntut kita untuk lebih berani, memecahkan benteng ego dan meraih keberanian diri dalam melakukan sesuatu yang baru.

Syukur kepada-Mu ya Allah kerana telah mengizinkan aku untuk berada di jalan ini...mudah-mudahan kaki ini tetap istiqamah di jalan-Mu. Mudah-mudahan aku bukan antara mahasiswa yang hanya berlegar antara 3 K...iaitu Kelas, Kantin dan Katil semata-mata...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Monday, July 14, 2008

Jejak-jejak ku...(2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

jejak-jejak ku diteruskan lagi...perjalanan kali ini berbeza daripada biasa. Jika mengikut kebiasaan, aku dan abang ku akan mengikut arah masing-masing bermula di LCCT. Namun, perjalanan kali ini, dia menemaniku sehingga ke KLIA dan beredar untuk meneruskan perjalanan ke Gombak selesai solat zohor. Hmm...tekak terasa kering, dan perut mulai berkeroncong...langkah dihayun ke Air port shop untuk membeli susu coklat dan minuman 100 plus (teringat lawak air seratus...hehehe).

Setelah menunaikan solat zohor, aku mengambil keputusan untuk mengunjungi kedai buku yang terdapat di KLIA. Ingatkan kunjungan kali ini diakhiri dengan tangan kosong...nampaknya kurang berjaya...=p Ole2 dari KLIA untuk diriku sendiri kali ini merupakan paperback yang ada unsur serangga..=) dan sebuah buku bertajuk The Kite Runner karya Khaled Housenni. rasa tidak rugi membelanjakan duit untuk buku tersebut kerana menurut kawanku, buku tersebut mampu untuk menyentuh perasaan kita ketika membacanya. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam...masih belum berkesempatan untuk membaca dengan serius.huhu....

Kata orang. penantian itu satu penyeksaan...tak tahulah nak kata betul atau tidak kerana terlalu kerap menjadi orang yang menanti. Maka, setiap penantian itu pasti diusahakan untuk dimanfaatkan.=) Teringat janji untuk menghantar e-mail proposal program yang bakal dijalankan untuk dibetulkan oleh senior ku di Kuantan. Sambil2 melayari laman yang lain, usaha menghantar akhirnya tidak berjaya mungkin kerana banyak gangguan terhadap WiFi di KLIA.
Kadang-kadang rasa kurang sabar itu muncul tetapi, apa nak buat...itulah yang perlu dihadapi.

Satu perkara yang menarik berlaku ketika aku sibuk melayari internet. Ketika itu, aku perasaan bahawa orang yang duduk di bangku sebelahku juga merupakan orang Sarawak dengan mendengar dialog antara mereka. 4 orang semuanya. Dua pasang suami isteri. Terasa ingin menegur, tapi tak tahu cara yang terbaik untuk melakukannya. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menghubungi kawanku di Gombak. Dengan harapan mereka mendengar perbualanku dan mengajakku berbual selepas itu. Huhu...harapan ku ternyata meleset. Misi tidak mencapai objektif.hehe...

Namun, cantiknya aturan Allah...Dia telah mengatur pertemuan itu. Akhirnya, ketika
salah seorang daripada mereka ingin membaringkan diri di atas bangku yang agak panjang itu, tiba-tiba dia kelihatan segan denganku kerana kakinya akan menghala kepadaku. Mungkin pada dirinya perlakuan seperti itu kurang sopan kepada orang lain barangkali. Aku kurang mendengar apa yang dikatakan olehnya, tetapi aku pasti dia menggunakan bahasa Melayu standard. Geli hati pun ada pada ketika itu. Namun, kerana yakin bahawa mereka berasal daripada Sarawak, aku membalas dengan menggunakan bahasa Sarawak. Jelas, pada muka mereka ada riak terkejut mungkin kerana tidak menyangka ada orang Sarawak yang sama-sama menunggu masa untuk terbang ke destnasi masing2.

Pada saat itu, barulah kami berbual dengan rancak. Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka pernah ku temui ketika ziarahku ke Kuching. Pada malam terakhir ku di Kuching, sebelum ke usrah Umum Perkepis pada malam itu, aku menunaikan solat Maghrib di Surau di Taman Surabaya tempat abang ku tinggal sepanjang tempoh praktikal. Di surau itulah aku menemui mak cik itu (huhu...terlupa pulak nak bertanya nama). Katanya, dia memang cam muka ku sebelum itu, tetapi ragu2 sama ada betul atau tidak akulah orang yang pernah ditemuinya...indahnya sebuah pertemuan...tidak sangka aku akan menemuinya lagi...ada terdetik rasa syahdu kerana dia masih mengingatiku...dan pada saat ini, aku tetap menghargainya...satu peristiwa yang manis bagiku. Ya Allah, istiqamahkanlah hati mereka, agar hati mereka ikhlas melakukan sesuatu demi untuk-Mu...

Sekitar pukul 4++, aku beredar untuk pergi ke pintu B7 untuk menaiki pesawat. Dalam hatiku ada debaran, kerana tidak tahu apakah yang menanti diriku di Kuantan kelak. Pasti ada yang mengejutkan dan tentunya memberikan manfaat yang tidak ternilai dengan wang ringgit yang bakal aku peroleh. Perjuangan ku di bumi Semenanjung ini adalah perjuangan untuk mendapatkan sebanyak-banyak ilmu dan sebanyak-banyak pengalaman buat bekalan ku menempuhi jalan dakwah ku di Borneo khususnya di Sarawak dan yang lebih penting, sebagai bekalan ke dunia yang abadi, dunia yang hakiki, yakni dunia akhirat nanti...

Semoga kepulangan ku kali ini, lebih bermanfaat daripada sebelum ini...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"...=)

Wallahualam...

Thursday, July 10, 2008

Jejak-jejak ku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana diizinkan untuk pulang semula ke Kuantan untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini. Perjalanan yang boleh dikatakan perjalanan selama setengah hari atau lebih ini sudah ku tempuhi sejak setahun yang lalu. Bagai tidak menyangka, sekarang diriku sudah berada di tahun dua. Subjek-subjek yang diambil pun semakin menarik...

Coretan ini ingin ku kongsikan perjalanan atau jejak-jejak ku kembali ke kuantan 6 julai yang lepas...

malam 5 julai yang lepas, rutin yang membosankan terpaksa dilalui setiap kali perlu berangkat balik...PACKING!!! wargh...memikirkan keperluan yang mana lebih penting untuk dibawa semula ke kampus. beg yang sudah lebih 3 tahun yang digunakan sudah padat dan mampat sedangkan banyak lagi barang-barang yang ingin di bawa balik. Hmm...macam mana ni? Air Asia cuma membenarkan beg seberat 15 kg seorang. jika tidak...terbang melayang lagilah duit...beg abang nampak jauh lebih besar daripada beg yang ku gunakan. tak apalah...bawa yang penting, insyaALLAH kalau benar2 diperlukan, boleh mintak tolong keluargaku di Miri mengeposkan ke Kuantan. Jika tidak, tunggulah kepulanganku ke Miri yang akan datang.

Penerbangan dijadualkan pukul 10.05 pagi. Namun, kami sekeluarga keluar untuk bersarapan bersama sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Miri. Sampai sahaja di situ, terus cek in...dengan penuh rasa berdebar dan tawakkal...ingatkan beg2 kami melebihi had...alhamdulillah...beg ku cuma 10 kg dan beg abang 14 kg...

kegembiraan berganda2 (walaupun dalam hati pilu kerana perlu berpisah sementara dengan kluargaku...) apabila kawan-kawanku yang sudah berjanji untuk menghantar ku ke a-port diizinkan oleh-Nya mengotakan janji mereka. Seorang belajar di US tetapi keluarganya kini menetap di Oman, seorang lagi belajar di Perancis dan seorang lagi baru sahaja menamatkan pengajian Diploma di UTM KL. Pertemuan yang walaupun sekejap, namun penuh erti. Tika itu, aku kembali mengingatkan diri bahawa setiap daripada kami mempunyai perjuangan masing-masing...walaupun di mana pun kita berada, kita punyai perjuangan yang tersendiri. Tapi yang penting, biarlah perjuangan kita itu perjuangan yang mampu merapatkan kita kepada ALLAH...perjuangan yang dilakukan demi menegakkan syiar-Nya di muka bumi.

Penerbangan yang mengambil masa selama 2 jam setengah digunakan untuk melelapkan mata...hehehe...cuma lebih kurang 15 pertama digunakan untuk merebut peluang mengambil gambar awan yang cantik dari dalam kapal terbang. Huhu...walaupun dalam keadaan 'bersaing' dengan abang untuk mengambil pemandangan yang cantik, tetapi diriku puas! indah yang tiada tandingan. Entah kenapa diriku begitu gemar melihat bentuk awan, tidak kira di mana diriku berada. Bagiku.. awan sukar untuk dimengerti...=)

Kami mendarat di lapangan terbang LCCT...berjalan dan mengambil barang...dan diriku perlu meneruskan perjalanan ke Kuantan. dan sebelum tu...perlu ke KLIA kerana kapal terbangku hanya akan berlepas daripada situ...

perjalanan ku akan bersambung...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =)

Wallahualam...

Translated version of "Ada kedak muka orang sik?"


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih memberikan kesempatan untuk bernafas dan menikmati nikmat kesihatan...

Dirasakan perlu untuk menterjemah semula entri "Ada kedak muka orang sik?" memandangkan kak afi (hehe) tidak dapat memahami isi yang ingin disampaikan...tidak mustahil kalau ada sahabat-sahabat yang lain tidak memahami bahasa yang digunakan tapi malu untuk menyuarakan...hehehe...apa-apa pun, seribu kemaafan dipohonkan. =)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasanya lebih elok kalau saya terjemahkan perenggan demi perenggan kan? Untuk memudahkan sahabat-sahabat yang berusaha untuk mempelajari bahasa Sarawak.=) Selamat mempelajari perkataan-perkataan baru...=)

Tulisan biru: Bahasa Sarawak
Tulisan hitam: Bahasa Melayu standard
------------------------------------------------------------------------------------------------

huhu...rasa ingin mok nulis dengan bahasa sarawak boleh sik? kawan2 yang sik faham ya, cuba-cubalah memahamkan dirik anda k.hehehe...kan kitak orang mok blajar bahasa Sarawak tek nak? =)

huhu...rasa ingin nak menulis dalam bahasa Sarawak boleh tak? kawan-kawan yang tak faham tu, cuba-cubalah memahami ye.hehehehe...kan korang nak blajar bahasa Sarawak kn?

Masa kitak orang mula2 nangga muka ikan tok, apa yang berlegar di palak kitak orang?

Masa mula-mula tengok gambar ikan ni, apa yang berlegar di minda korang?

masa kamek kali pertama nangga ikan tok dalam sinki, (masa ya ada bapak kamek skali)..dengan penuh excitednya, nanyak kamek nanyak ngan bapak...

masa kali pertama tengok ikan ni dalam sinki, (masa tu ayah saya ada skali).. dengan penuh excitednya, saya pun bertanya kat ayah saya...

"aih...kedak muka urang! ikan apa ya pak???"

"wah...macam muka orang! ikan apa tu pak???"

hehe...dengan rileksnya bapak melayan kerenah anak perempuannya sorang tok...


hehe...dengan rileksnya seorang ayah melayan karenah anak perempuannya yang sorang ni...

"owh...ya namanya ikan CERMIN"...lekak ya, terus sesi ta'aruf bersama ikan-ikan yang lain dijalankan...

"owh...tu namanya ikan CERMIN"..lepas tu, terus ada sesi ta'aruf bersama ikan-ikan yang lain dijalankan...

indahnya ciptaan Ilahi, dan betapa halusnya cara orang-orang zaman dolok memberikan nama kepada sesuatu benda...

indahnya ciptaan Ilahi, dan betapa halusnya cara orang-orang zaman dahulu memberikan nama kepada sesuatu benda...

Perkara yang selalu kita dengari, orang adalah cermin kepada diri kita. Pada hakikatnya, kita sik pernah melihat wajah sendiri. Bila nangga cermin, bila nangga kolah aek...sebenarnya kita hanya mampu untuk menatap imej wajah kita yang terbentuk pada cermin dan aek...Selalu orang akan berbangga bila dipadah dirik kita kiut, dipadah hensem, dipadah kulit licin...namun apa yang pentingnya ialah betapa cantiknya hati kita...betapa cantiknya budi bahasa kita dan betapa cantiknya akhlak kita. Yalah nilai-nilai yang semakin terhakis dalam diri kita kinek tok yang kita perlu pupuk semula... saranan buat diri sendiri yang masih terlalu banyak ruang untuk diperbaiki dan mudah-mudahan kita sama-sama perbaiki diri sedikit demi sedikit dan berterusan...

Perkara yang selalu kita dengaro, orang lain adalah cermin kepada diri kita. Pada hakikatnya, kita tidak pernah melihat wajah kita sendiri. Bila melihat cermin, bila melihat pada takungan air, sebenarnya kita hanya mampu untuk menatap imej wajah kita yang terbentuk pada cermin dan air. ..Selalu orang akan berbangga apabila dipuji comel, hensem, ade kulit yang licin...namun apa yang penting ialah betapa cantiknya hati kita..betapa cantiknya budi bahasa kita dan betapa cantiknya akhlak kita. Itulah nilai-nilai yang semakin terhakis dalam diri kita kini yang kita perlu pupuk semula...saranan buat diri sendiri yang masih terlalu banyak ruang untuk diperbaiki dan mudah-mudahan kita sama-sama perbaiki diri sedikit demi sedikit dan berterusan...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa parasmu, tetapi Allah melihat kepada hatimu...

Wallahualam

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"...=)

Saturday, July 5, 2008

Senja menyinsing....

Dah tiba masanya untuk menaikkan sauh dan layar kembali untuk meneruskan satu lagi episod perjalanan kehidupan...

Semoga 3 bulan yang sudah berlalu membawa manfaat kepada orang lain dan mudah-mudahan manfaat yang lebih banyak mampu untuk diberikan di sana nanti dan mudah-mudahan lebih lebih banyak manfaat yang mampu dicurahkan andai diizinkan untuk berada di bumi tanah tumpah darah ibu ketika melahirkan ku ini...

buat sahabat yang saya janjikan untuk mengeluarkan entri tentang pengalaman menjaga booth untuk 2 ekspo dalam 2 minggu berturut-turut...insyaAllah ada kesempatan, saya akan tunaikan janji saya...

Buat sahabat-sahabat yang akan meneruskan perjuangan semoga sentiasa berada di jalan-Nya...maaf atas segala salah dan silap...

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"...=')

Ada kedak muka org sik?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

huhu...rasa ingin mok nulis dengan bahasa sarawak boleh sik? kawan2 yang sik faham ya, cuba-cubalah memahamkan dirik anda k.hehehe...kan kitak orang mok blajar bahasa Sarawak tek nak? =)

Masa kitak orang mula2 nangga muka ikan tok, apa yang berlegar di palak kitak orang?

masa kamek kali pertama nangga ikan tok dalam sinki, (masa ya ada bapak kamek skali)..dengan penuh excitednya, nanyak kamek nanyak ngan bapak...

"aih...kedak muka urang! ikan apa ya pak???"

hehe...dengan rileksnya bapak melayan kerenah anak perempuannya sorang tok...

"owh...ya namanya ikan CERMIN"...lekak ya, terus sesi ta'aruf bersama ikan-ikan yang lain dijalankan...

indahnya ciptaan Ilahi, dan betapa halusnya cara orang-orang zaman dolok memberikan nama kepada sesuatu benda...


Perkara yang selalu kita dengari, orang adalah cermin kepada diri kita. Pada hakikatnya, kita sik pernah melihat wajah sendiri. Bila nangga cermin, bila nangga kolah aek...sebenarnya kita hanya mampu untuk menatap imej wajah kita yang terbentuk pada cermin dan aek...Selalu orang akan berbangga bila dipadah dirik kita kiut, dipadah hensem, dipadah kulit licin...namun apa yang pentingnya ialah betapa cantiknya hati kita...betapa cantiknya budi bahasa kita dan betapa cantiknya akhlak kita. Yalah nilai-nilai yang semakin terhakis dalam diri kita kinek tok yang kita perlu pupuk semula... saranan buat diri sendiri yang masih terlalu banyak ruang untuk diperbaiki dan mudah-mudahan kita sama-sama perbaiki diri sedikit demi sedikit dan berterusan...


Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa parasmu, tetapi Allah melihat kepada hatimu...

Wallahualam

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"...=)

Wednesday, July 2, 2008

23 Julai??? Sama-sama kita nantikan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan penerbitan buku yang selama ini ditunggu-tunggu kemunculannya...

Sinopsis:

Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa tetapi bersatu. Mereka maju tetapi bertakwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: menyebarkan rahmat ke serata alam.

Tahun 2205. Keamanan galaksi ini mula tergugat. Orang Zion sentiasa mengintai peluang. Liga Lanun mahukan maruah mereka kembali. Maharaja Legion pula berikrar melunaskan sumpah maharaja Empayar Sibernatik Cyborg yang pertama.

Konflik tercetus apabila salah sebuah planet yang berlindung di bawah
Galaksi Muhsinin cuba dijajah oleh pihak musuh. Konflik dilanjutkan lagi apabila kapal angkasa yang membawa rombongan haji hilang selepas diserang oleh pasukan yang tidak dikenali.

Kemakmuran yang dahulunya tiada tolok banding kini di ambang kehancuran. Di bawah kepimpinan Khalifah Zulqarnain, mampukah Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mempertahankan kedaulatan
galaksi?


Tentang Penulis:

Azrul bin Jaini dilahirkan di Miri, Sarawak. Mendapat pendidikan di Kolej T.D.T Haji Bujang sebelum melanjutkan pelajaran di Matrikulasi UIAM PJ dalam bidang Kejuruteraan. Kini beliau berada dalam tahun akhir pengajian di Kuliyyah Kejuruteraan, jurusan Mekatronik di UIAM Gombak.

Terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau diamanahkan sebagai Naib Yang Dipertua II Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sejak 2006. Novel sai-fai Galaksi Muhsinin merupakan novel sulung beliau bersama PTS.

Blog beliau boleh dilayari di http://mujahidnusantara85.blogspot.com.

sumber: www.pts.com.my

Jom pakat ramai-ramai beli 23 julai ini!!!

Wallahualam...=)