Thursday, December 24, 2009

Jual beli...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebagai renungan bersama...

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung" (At-Taubah:111)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, December 22, 2009

Blood type...

In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful...

Sharing...

Which blood type are u???



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, December 1, 2009

Semut merah...=D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya, diriku masih boleh lagi bernafas hari ini. Esok merupakan permulaan untuk bulan yang terakhir dalam tahun masihi kali ini. Hehe…sebenarnya diriku tiba-tiba teringin menulis tentang semut…=) entahlah mengapa. Tiba-tiba rasa rindu untuk membaca tentang mereka…

Semut merupakan salah satu benda hidup yang digolongkan dalam keluarga serangga. Juga merupakan salah satu serangga yang paling suka ditenungi dan hayati pergerakannya bila berkesempatan. Kadang-kadang, serangga ini juga menjadi mangsa usikanku. =p melihat tindak balas mereka terhadap kita, makhluk besar yang dikurniakan akal fikiran ini. kadang kala mereka membuatkan ku ketawa sendirian melihat telatah yang ‘tak habis-habis’…hehehe…tak tahulah bagaimana hendak menafsirkan erti telatah yang tak habis-habis itu. Namun, apabila kita melihat sesuatu yang anda suka, tentu ada juga akan mempunyai perasaan seperti itu.

Semut kini menjadi salah satu daripada nama samaranku. Bukan secara sengaja pun…Pada mulanya, diriku meminati kisah antara Nabi Sulaiman dan semut. Kisahnya tertulis di dalam Surah An-Naml (Baca: An-Namlun) yang bermaksud semut. Di dalam kisah ini menceritakan, ketika Nabi Sulaiman dan tenteranya ingin melintasi sebuah lembah semut, Nabi Sulaiman yang dikurniakan dengan kebolehan berkomunikasi dengan haiwan terdengar suara seekor semut yang berada di lembah semut itu kepada kawan-kawannya. Semut itu berkata, “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:

“ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”
(An-Naml, 27: 18-19)

Terkesan daripada itu, diriku menjadikan nama “An-Namlatun” yang menjadi sebutan perkataan “نَمْلَةٌ” dalam Al-Quran, yang merujuk kepada semut betina. =) Pada mulanya, nama itu hanyalah sekadar nama samaran di laman Friendster diriku satu ketika dahulu. Namun kini, nama itu tetap digunakan. Hehehe… Diriku tidaklah sehebat semut. Namun, sekecil-kecil makhluk Allah itu, tetap ada kehebatannya sendiri. Begitu jua dengan diriku… =D

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam
19:12 (30/11/09)

Tuesday, November 17, 2009

Syukur kepada ALLAH...=D

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...

Something that i would like to share...this is one of English Nasheed that i like. I dont really like to listen to English Nasheed group especially those with rapping...but this one is really nice one! =) enjoy!



(Alhamdulillah by Native Deen)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Saturday, November 14, 2009

Berfoya-foya di tepi tasik nan permai…

Dengan nama Allah yang pemurah lagi Maha Penyayang…

Hari, lepas sudah empat daripada enam kertas yang perlu ku ambil untuk semester ini. Lega sedikit melihat angka yang tinggal hanya dua. Namun, cabaran tetap terasa sebab banyak lagi yang belum diulangkaji. Kertas hari ini? Alhamdulillah…lega…kertas yang pertama daripada dua subjek yang dibuat pada waktu pagi. Mulanya ku ingatkan tidak sempat untuk habiskan semua pembacaan semula. Namun…diriku terasa paling berpuas hati untuk subjek ini. =D

(Ada apa-apa yang pelik tak berkenaan gambar ni???)

Apa pun, selepas ini sudah menjadi luar kawalanku. Tinggal tawakal dan doa mengiring kertas yang bakal disemak. Hehe. Dalam mengejar topic-topik yang perlu dihabiskan, petang semalam sempat lagi berfoya-foya (baca: mengambil udara segar) di hadapan kolam berhampiran dengan seorang sahabat…Air naik tinggi berbanding sebelum ini. Namun, ikan-ikan yang comel masih boleh kelihatan dengan melihat riak-riak air yang terbentuk. Jika sebelum ini, tumpuan kami pada ikan, semalam, seorang membawa nota dan seorang lagi berbekalkan buku “Quantum Change” oleh Amr Khalid. Otak terasa sesak dengan nota-nota teknikal tentang peralatan di dalam makmal.

Hehehe…biasalah..kalau dah tengok nota orang lain tu, cepat jelah tangan ni nak mencapai. Sajalah nak tahu apa yang dibaca. Tambahan lagi nota yang dibawanya berbeza dengan pelajaran ku seharian. Nota tentang hormon dalam badan manusia. Huhu…dah lama tidak menelaah tajuk ni. Kali terakhir adalah ketika diriku berada di matrikulasi. Jodoh tak berpanjangan dengan subjek berkaitan dengan tubuh manusia..hehe..Dalam mencari kaedah terbaik melepaskan tekanan ( =p ) akhirnya sahabatku menjadi ‘mangsa’. Tiba-tiba, tasik menjadi saksi kepada ‘pop-kuiz’ berkenaan tajuk nota yang dipegang. Bukan saja-saja, sekurang-kurangnya dua-dua boleh mengulang kaji dalam keadaan yang santai. Bukan setakat dia, dengan diriku sekali terhafal jawapan soalan daripada ‘pop-kuiz’ kendalian diriku sendiri. Hahaha…

(Rupa-rupanya ada semut...hehehe)

Semalam, yang paling menarik dan yang diriku ingat adalah tentang tajuk “Stress and General Adaptation Syndrome (GAS)”. Semalam baru tahu wujudnya istilah untuk stress yang baik (beneficial stress) dinamakan ‘eustress’ dan stress yang kurang baik (harmful stress) sebagai ‘distress’. Perkara-perkara yang boleh meransang ke arah stress adalah disebut sebagai stimuli yang diantaranya adalah emosi, keadaan panas, demam, keadaan sejuk dan sebagainya.

GAS mempunyai tiga peringkat.

1. The Alarm Reaction

- Stress menyebabkan maklumat saraf dihantar oleh hipotalamus kepada ‘symphatetic division of ANS’(?) dan ke adrenal medulla (Tak pasti).

- Ini menyebabkan tindak balas segera dan menghasilka ‘fight or flight reaction’.


2. The Resistance Condition (kalau tak silap)

- Hipotalamus merembeskan hormon.

- Iaitu, CRH (singakatan tidak ditemui semalam dalam nota, terima kasih), GHRH (Growth hormone- kalau tak silap) dan TRH (Thyroid Regulating Hormon- pun kalau tak silap).

- Hormon-hormon tersebut menyebabkan peningkatan kadar katabolisma untuk menghasilkan tenaga yang digunakan untuk penghasilan tindak balas terhadap stress.

- Semasa stress, kepekatan hormon glukokortikoid tinggi dalam badan sebagai anti-stress hormone.

3. Exhaustion (Keletihan)

- Stress adalah disebabkan oleh perubahan ketara (dramatic changes) disebabkan ‘alarm reaction’ dan __________. (Tak ingat, ada satu lagi) huhu..

- Keletihan berpunca daripada stress adalah disebabkan oleh kekurangan ion kalium (potassium ion), ‘depletion of adrenal glucocorticoids’ (maaf, tak tahu istilah yang tepat untuk diterjemah) dan organ yang lemah.

- Stress menyebabkan beberapa penyakit seperti gastric, migrain asthma.

Hehehe…kepada yang lebih mengetahui tentang perkara di atas, andai ada kesilapan (nota tidak ada ditangan ye…), silalah membuat pembetulan… Sekadar ingin berkongsi, hasil daripada foya-foya di tasik nan permai. =)

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

1:23pm (12/11/09)

(Tasik nan permai)

Wednesday, November 4, 2009

Si Comel...(bukan nama sebenar)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dalam keresahan masing-masing menghadap nota yang berkoyan-koyan…masih lagi ada kesempatan untuk mencoret sesuatu disini. Bukan kerana diriku sudah khatam dan ilmu sudah dihujung jari, namun mungkin inilah tabiat diriku yang sudah tidak dapat diubah lagi. Hehe…rasa nak menulis itu akan muncul apabila berada dalam keadaan tertekan ataupun kritikal!

(Halo bulan yang boleh dilihat di Kuantan malam 31 Oktober 2009...Subhanallah...=D)

Blog ku semester ini, ku kira sepi tanpa apa-apa coretanku…rupa-rupanya bukan sekadar blog, malah kamera ku pun kurang berfungsi semester ini. Mujurlah ada waktu peperiksaan, tanpa ada banyak perkara lain selain diri sendiri, dapatlah ku meluangkan masa untuk menaip dan berehat-rehat sambil menangkap keindahan sekeliling.

Hari ini, pohon rendang di luar tingkapku menerima kunjungan mesra si comel…=) Baru beberapa hari yang lepas, diriku dan seorang lagi sahabat teruja seketika saat ku terpandang si comel di celahan batu. Kata sahabatku, “Dia ni, susah sikit nak tangkap gambar dia…” Mungkin kerana fizikalnya dan karenahnya yang tidak pernah duduk diam menyukarkan kita apabila ingin menangkap gambar. Lain pula kisahnya hari ini, rezekiku agaknya, si comel rupa-rupanya sedang mengisi perut daripada hidangan lazat daripada si pohon rendang. Agak lama juga si comel berada di situ dan membolehkan diriku untuk mengambil satu dua gambar. Alhamdulillah…=D

Inilah si comelku…=D



p/s: Hari ini adalah hari pertama kertas peperiksaan akhir bermula...selamat berjuang wahai sahabat-sahabatku...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =D

Wallahualam

Sunday, November 1, 2009

Dalam kawalan & luar kawalan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dalam kawalan dan luar kawalan? Baru sahaja beberapa minit tadi melihat "carry mark" ku untuk salah satu subjek ku semester ini... Agak mengecewakan, namun, itu adalah sekurang-kurangnya setengah daripada usahaku semester ini untuk subjek itu. Bayangan A dan A- rasanya tak mampu untuk digapai dengan berbekalkan markah itu. Apa nak buat?

Hmm...saat inilah akan terngiang kata-kata ibuku tika di bangku sekolah menengah. Usaha sehabis baik selagi perkara itu masih dalam kawalan kita. Itulah yang ku amalkan daripada sekolah menengah lagi. Selagi kertas soalan peperiksaan itu masih ditanganku, akan ku pastikan segala daya ku curahkan untuk kertas itu.Huhu...

Mungkin jua aku terlena sejenak dan terhanyut dek cabaran-cabaran di alam universiti. Bangun!!! Bangun!!! Masa dah sampai!!! Setiap kali semester bakal berakhir, itulah masanya untuk melihat, apa yang kita lakukan dan pelajari sepanjang semester itu. Terhantuk sejenak..."Carry mark" ku, sungguhpun kurang memuaskan, namun itu adalah sesuatu yang sudah berada di luar kawalan ku. Apa yang lebih penting, adalah melipat ganda-gandakan usaha untuk apa yang masih berada di dalam kawalanku...

Mudah-mudahan diriku mampu menggarap dan memahami setiap pelajaran formal dan pelajaran kehidupan yang ku lalui semester ini. Semua orang ingin cemerlang...termasuk jua diriku...moga kecemerlangan dunia dan akhirat mampu ku raih. Siapa yang tak kejar pointer dan sijil??? Tipulah kalau tak ada perasaan sebegitu walaupun sekelumit...namun tetap ada hasrat dan harapan untuk kejar erti disebalik pointer dan sijil itu...Mudah-mudahan diriku dan rakan-rakan yang lain tidak kiralah dalam pelajaran mahupun perjuangan...Teruskan usaha selagimana peluang itu masih di dalam kawalan...apabila sudah di luar kawalan...bertawakallah kepada Allah...kerana Dialah yang lebih mengetahui apa yang kita perlukan...=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Dalam kebingungan untuk menelaah, tiba-tiba teringat satu hari itu...Hari itu merupakan hari untuk lepeh buster (kawan kepada ghost buster...cuma yang disedut adalah kawanan lepeh yang banyak...=p)semasa cuti hari raya yang lepas...hehehe...pembunuhan beramai-ramai lepeh di kawasan yang tertutup dan lama sudah tidak dijenguk... meriah!!! hehehe...tapi kasihan juga melihat mereka bergelimpangan setelah dikeluarkan daripada 'vacuum'...huhu...


Lepeh?




Lepeh merupakan daripada dialek Sarawak yang bermaksud lipas atau cockroaches (juga dipanggil DIPLOPODA oleh kakak ku...hehe). Seringkali menjadi musuh ketat kepada manusia kerana dianggap sebagai salah satu daripada serangga yang menganggu kehidupan. Serangga ini tergolong dalam order blattaria dalam dunia serangga.


Lipas menjalani kitar hidup metamorfosis tidak lengkap. Metamorfosis tidak lengkap bermaksud, serangga itu hanya menjalani tiga peringkat, iaitu telur, nimfa dan imago (dewasa).


Lipas dan serangga-serangga yang menjalani proses metamorfosis tidak lengkap akan menukar kulit untuk tujuan pembesaran.




Serangga ini merupakan serangga nokturnal, iaitu lebih kerap untuk keluar pada waktu malam dan tidak suka akan keadaan yang terang. Maka, lipas akan seringkali berada di dalam almari, di bawah almari ataupun di kawasan-kawasan yang lembap.

Walaupun lipas dikenali sebagai serangga yang 'menumpang' di rumah kita, namun, janganlah terkejut andai serangga ini, anda temui di kawasan yang lain contohnya di hutan, di dalam belukar ataupun di kawasan yang biasanya mempunyai serangga 'menginap' di situ...=D




Apabila melihat lipas, tentunya ramai yang akan menjadi histeria kecil ataupun tiba-tiba memanjat kerusi untuk menyelamatkan diri. Sesungguhnya setiap kejadiaan Allah itu, pasti ada sebab musabab mengapa mereka diciptakan. Bagi diriku, kehadiran lipas menjadi tanda aras sejauh mana kita menjaga kebersihan kawasan kita. Jadi, agar lipas tidak mengganggu kehidupan kita yang aman damai, pastikanlah kawasan kita bersih...=)

Satu-satu peristiwa dan kejadian itu pasti akan mendorong dan menguja kita untuk mengetahui tentang sesuatu perkara. Contohnya, kerana membantu membersihkan bilik stor yang lama ditinggalkan, akhirnya diriku membuat keputusan untuk berkongsi tentang serangga yang satu ini. Moga bermanfaat untuk semua...=)

p/s: maksud tajuk: bait juak aku bukan lepeh = nasib baik aku bukan lipas...=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"



Wallahualam

Tuesday, October 20, 2009

Berapa nilai ukhuwwah kita???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Baru kusedari, setiap semester, pasti akan ada perubahan terhadap pernilaian diriku terhadap definisi ukhuwwah ataupun lebih tepat, definisi persahabatan. Mungkin kerana semakin lama, semakin kenal, semakin kenal, kadang-kadang timbul pelbagai perasaan terhadap dia dan dia ni. Pelbagai tafsiran dan pemahaman terhadap tiap-tiap individu yang berbeza.

Keakraban diriku dan rakan-rakan sekelas boleh ku kira agak rapat. Namun, bagaimana ku melihat maksud rapat itu, menyebabkan banyak perkara yang kira tersilap pandang dan seterusnya memandang remeh terhadap perkara tersebut. Tatkala kita mengenali sahabat kita, pastinya ada tikanya kita akan faham, dan ada kalanya, pasti akan timbul perselisihan. Namun, bagaimana sebenarnya kita menghadapi semua ini??? Diriku faham, kini bukanlah masa untuk kita kenal tapi faham sahabat-sahabat kita… Faham??? Sejauh mana kita faham? Setelah kita faham, adakah kita bersedia untuk menerima atau mengabaikan sahaja andai ada perkara yang tidak sedap di hati. Oh…diriku terasa lemah…janganlah diriku berada di golongan orang yang hanya menulis, tanpa ada tindakan apa-apa andai perkara ini berlaku padaku.

Persahabatan??? Berapa nilainya??? Jika anda perasan, entri ‘sahabat lagi’, ada satu perenggan yang diriku ‘bold’kan… Kerana beredarnya waktu, kita akan semakin dapat melihat topengan-topengan masing-masing. Sama ada diri kita adalah diri kita di hadapan orang lain ataupun kita adalah orang lain di hadapan orang lain. Ya Allah, moga dijauhkan sahabat-sahabatku dan diriku daripada perkara-perkara sebegini. Mudah-mudahan aku bersahabat itu bukan kerana apa yang ada pada sahabatku yang mampu menyenangkanku tetapi kerana dirinya sendiri… Mohon dilindungi daripada kerapuhan ukhuwwah…

Ku mohon perlindungan-Mu ya Tuhanku…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Sahabat lagi...

Sahabat
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Pengirim : Sharil

Thursday, October 1, 2009

.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Hatiku macam tidak mampu untuk bertenang dua tiga hari ini. Mungkin sebab apa yang akan berlaku dalam empat hari yang mendatang. Tertekan? Mungkin juga. Bimbang. Namun, ku kembalikan segalanya kepada Maha Pencipta. Hatiku seolah-olah tidak berdegup sekata. Tidur yang tidak menentu…mudah-mudahan diriku sentiasa kuat dalam menghadapi apa sahaja yang perlu kuhadapi di hari-hari yang mendatang…=)

Ketika berada dilapangan terbang tempoh hari, sementara menunggu penerbangan ke Kuantan, diriku sempat berbual-bual dengan adik senegeri juga sekampusku. Biasalah, tatkala mempunyai peluang, pasti akan timbul isu-isu yang dibincangkan bersama. Salah satu perkara yang membuatkan ku sentiasa terfikir kini adalah mengenai soal membuat pilihan. Jika pada hari itu, perbincangan adalah sekitar membuat pilihan dalam menentukan hala tuju kehidupan. Antara minat dan keperluan… Saat itu aku sedar, betapa tidak mampunya aku menjawab soalan itu…Diriku akui, diri ini bukanlah seorang yang suka membuat pilihan dengan kata lain, diriku tidak suka memilih dan bukanlah jenis yang pemilih. Hehehe…macam berbelit-belit…=p

Antara minat dan keperluan, seringkali keperluan itulah yang akan menjadi teman yang mengejarku. Antara minat dan keperluan, seringkali minat pasti menjauhi dan kadangkala lenyap dalam ingatan. Mungkin ini satu kebetulan atau suratan…=) buku yang sedang ku baca iaitu “The Alchemist” karya Paulo Coelho bercerita tentang seorang yang berani dan sanggup untuk mengejar cita-citanya. Menempuhi rintangan hidup, sanggup meninggalkan keselesaan, demi untuk mengejar kata hatinya. Dalam perjalanan mengejar mimpinya, persekitaranlah yang mengejarnya mengenali lebih banyak tentang kehidupan. Adakah dia akan mencapai cita-citanya? Sama-sama kita nantikan sehingga diriku mempunyai kesempatan menghabiskan buku ini…hehehehe…

Impian kah yang aku cari? Atau keperluankah yang patut aku penuhi? Mudah-mudahan diriku dan juga sahabat-sahabatku sekalian, agar diberikan petunjuk untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan. =)

Diriku mendoakan kejayaan kalian dalam menggarap erti kehidupan dan perjuangan.

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Monday, September 21, 2009

Maaf Zahir dan Batin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

SYAWAL MUNCUL LAGI!!!!!

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi dan setiap yang berada di antaranya...selawat dan salam buat Rasul junjungan dan para sahabat baginda...
Jari jemariku terasa agak keras, mungkin kerana sudah lama tidak menaip dan melontarkan buah fikiran-buah fikiran ku...Terasa agak kekosongan sebenarnya...bukan kerana tidak punya apa yang ingin dikongsikan, malah terlalu banyak...malah sebenarnya, ada yang mampu ku coretkan di atas kertas-kertas yang kugunakan untuk menulis nota-nota ulangkaji pelajaranku.=)

Terasa rindu dengan alam blogging...teringat akan satu peristiwa yang terjadi di dalam kelas ku pada awal semester ini tadi. Salah seorang pensyarahku mengeluarkan sebuah pernyataan (hehe...bukan penyataan akhbar ye...=D) bahawa "bloggers are mind-illness people"...maksudnya, orang yang membuat dan menulis di dalam blog adalah orang yang mempunyai masalah mental. Katanya, dia mengeluarkan pernyataan itu disebabkan orang yang menulis blog ini, dengan tidak segannya berkongsi perkara-perkara peribadi dan persendirian yang mungkin padanya tidak patut dikongsikan dengan orang lain. Pada mulanya, diriku juga teruja (lebih kepada geram) dengan pernyataannya. Namun, itulah yang harus kita terima. Tidak semua manusia itu sama. Dan tidak semua yang membaca atau berminat untuk membaca blog. Dan bloggers pada diriku, mempunyai objektif menulis yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada kita adalah mental-illness people atau tidak, tapi itulah pilihan yang semua orang ada. Baca atau tidak, ambil pengajaran atau tidak, itu semuanya bergantung kepada individu kan?
Semester ini hampir berakhir tanpa diriku sedari. Mungkin perkara-perkara yang berlaku disekelilingku membuatkan diriku seolah-olah mengejar persekitaranku semampunya. Akan tetapi, dalam sesi kejar-mengejar itu, blog ku agak bersesawang semester ini...Maafkan daku wahai blog...T.T

Akhir sekali, sempena Syawal yang kedua ini, di dalam ruang tamu yang kosong ini, ingin diriku menyusun enam kaki (kaki semut...semut mana ada jari...haha) memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan jika ada kekasaran bahasa sepanjang saya menulis di dalam blog anNamLatuN ini...moga sentiasa mendapat manfaat dan doakan agar diri ini terus-menerus menulis tanpa mengharapkan balasan daripada yang lain selain daripada Yang Maha Esa...

Salam lebaran, salam aidilfitri...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Saturday, September 5, 2009

Animal loves to hear the Quran

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...

Alhamdulillah...at last, i get the chance to post something here... Something for us to ponder...=D



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, August 18, 2009

Fikir...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Pernahkah anda berada dalam keadaan di mana anda tidak mampu untuk berhenti berfikir? Berfikir tentang banyak perkara, berfikir tentang pelbagai benda. Tidak kiralah yang sekadar terlintas di fikiran, mahupun yang menjadi perbualan…

Diriku sedang keliru, diriku tahu, berfikir itu baik, tetapi bagaimana jika terlalu banyak berfikir? Daripada semalam, banyak perkara yang menerjah di mindaku. Perkara-perkara biasa yang berlegar di sekitar hidupku. Berlegar di bibir sahabat-sahabatku. Keadaan ini membuatkan diam seribu bahasa. Seolah-olah tidak mahu berkata-kata. Dan pabila saat diriku berkata-kata, terasa seperti ada yang tidak kena dan kadang kala kesabaranku semakin nipis entah kenapa.

Sekadar menyatakan apa yang diriku rasa…

Dua perkara yang sering muncul adalah:

1) Adakah sekadar hafalan yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan dan memberikan markah yang tinggi itu cukup memuaskan?

2) Bagaimana sebenarnya perasaan orang yang hanya berlegar sekitar 3K (Katil, kafe dan kelas)?

Kesan kafein di dalam pembuluh darahku bakal berkekalan memandangkan diriku menambah lagi setengah dos daripada neslo buatan makcik kafe…=)

Moga diriku mampu memanfaatkan waktu-waktu ku dengan sebaiknya…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Monday, July 27, 2009

Penat...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sambil-sambil menunggu kawan-kawan yang lain, setelah selesai mathurat di baca, diriku yang ditemani seorang sahabat tiba-tiba teringin mendengar apa kata sahabatku tentang penat atau letih...Katanya, letih adalah apabila dia tidak cukup tidur...Andai dia tidak cukup tidur, dia ada kemungkinan untuk tertidur di tempat-tempat yang tidak sepatutnya kita sebagai seorang pelajar tidur. Setelah bertanyakan beberapa soalan padanya...akhirnya, dia pun berkata, "Letih tu, subjektif kan?"

Pagi tadi, di dalam kelas, diriku duduk di samping salah seorang rakan sekelasku dan dia mengantuk...kataku, "eh, dah mengantuk dah?" jawabnya, "ha'ah, itulah...padahal aku dah tidur awal dah semalam"...penat kah dia?

semasa usrah yang lepas, ketika sesi soal jawab, sahabatku bertanyakan tips-tips yang boleh menyebabkan dia mengantuk di dalam kelas...dan persoalana itu telah diberi pandangan oleh salah seorang ahli usrah yang menjawab dari sudut perkaitan antara mengantuk dan peredaran darah...adakah dia mengantuk kerana letih dan penat?

Apa maksud penat dan letih pada anda???

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Ku temui dia di Bukit Bintang...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Penantianku berakhir...bukan hanya satu, tapi kedua-dua sekali...terima kasih Allah...kerana menemukan aku dengannya...=)

Disebelah kanan: Dunia Sophie yang dibeli oleh abangku di Pesta Buku di CAC Gombak.
&
Disebelah kiri: Sophie's World!!!! hehe...akhirnya...alhamdulillah...di MPH Bukit Bintang...=)

Wallahualam

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Thursday, July 16, 2009

The Allegory of the Frog

In The Name of Allah, The Most Gracious the Most Merciful...

Praise be to Allah, i'm already starting another exciting semester. There are a lot of things to be cover and things to be balance day by day. It is always the time to be positive right? Having new dreams and planning.=) From my previous entry, i mentioned about two things that can keep me think positvely and one of them is "The allegory of the frog".

To me, i consider this story is a well known story since i've listened to this story again and again during my school days during assembly..=p I guess that assumption can be applied for those who is in my school those days...hehehe...Thus, i present to you, the story of the frog...

The Allegory of the frog...=)

Once upon a time there was a race of frogs

The goal was to reach the top of a high tower.

Many people gathered to see and support them.

The race began

In reality, the people didn't believe that it was possible that the frogs would reach the top of the tower, and all the phrases that one could hear were of this kind:

"What pain!!! . They'll never make it!"

The frogs began to doubt themselves.

The people continued:

"... What pain!!! They'll never make it! ..."

And the frogs, one by one, admitted defeat,

except for one frog that continued to climb. At the end he, alone, and with and enormous effort, reached the top of the tower.

One of the quitters approached him to ask him how he had done it, to finish the race.

And discovered that he...

.was deaf!

...Never listen to people who have the bad habit of being negative... because they steal the best aspirations of your heart!

Always remind yourself of the power of the words that we hear or read - always think positive

POSITIVE!

Conclusion: Always be deaf to someone who tells you that you can't and won't achieve your goals or make come true your dreams.

May We ALL gain benefit from this story...=) And be positive always!!!

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Sunday, July 12, 2009

Positif atau negatif...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Positif atau negatif? Apabila disebut dalam konteks fizik, positif atau negatif boleh diertikan sebagai cas-cas yang saling menarik jika bertemu dua cas yang berbeza...

Positif atau negatif? Kalau dilihat dari sudut kimia, hmm...mungkin boleh dikaitkan dengan sifat alkali atau keasidan sesuatu benda.

Orang kata, kita seharusnya sentiasa positif dan menjauhi pemikiran ataupun perangai-perangai yang negatif.

Kata-kata motivasi yang sentiasa ke arah yang positif sentiasa disarankan oleh pakar-pakar motivasi..."Be positive always!"

Hmm...apa sebenarnya positif dan negatif dalam kehidupan kita?

Sungguh, kadang-kadang kita sendiri keliru sama ada kita sedang berfikiran positif atau negatif.

Apa sebenarnya yang membuatkan kita berfikiran positif atau negatif?

=) Diriku bukanlah seorang pakar motivasi atau seorang kaunselor (kerana diriku sering tidak sebulu dengan kaunselor...hehe)=p

Inilah cuma coretan peribadi diriku yang kecil ini.Apa yang menentukan kita positif atau negatif?Benar, bahawa persekitaran, kata-kata orang persekitaran kita amat mempengaruhi kita terutamanya orang yang 'rapih' (baca:rapat) dengan kita.

Akan tetapi, apa yang lebih penting adalah cara kita menerima kata-kata atau informasi yang lahir daripada persekitaran kita itu. Dua perkara yang selalunya diriku ambil sebagai iktibar adalah seperti ikan dilaut. Sungguhpun dirinya dikelilingi air laut yang masin, namun dirinya tetap tawar dan tidak dipengaruhi oleh persekitarannya dengan sewenang-wenangnya. Dan yang kedua adalah cerita katak- "the allegory of the frog". Kisah katak ini sering kali ku dengari di zaman sekolah...=) Kedua-duanya tentang betapa pentingnya kekuatan dalaman yang ada dalam diri dan perlu dimanfaatkan. Penting apabila kita punya pendirian, dan sentiasa bersangka baik dengan Pencipta kita. Kerana sesungguhnya, segala yang kita lalui dalam hidup ini adalah aturan daripada-Nya. Aturan-Nya lah yang paling ideal.

Sungguhpun negatif, perkara itu tetap ada hikmah disebaliknya...Moga kita sama mampu untuk memanfaatkan perkara-perkara atau kata-kata yang negatif yang sentiasa berlegar disekitar kita dengan mengimbangkannya dengan perkara-perkara yang positif...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Sunday, July 5, 2009

Terkesima...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Subhanallah...Maha Suci Allah...hanya Dialah yang mampu untuk menciptakan dan membuatkan ulat beluncas mampu untuk berubah menjadi pupa sedemikian rupa...



buat diriku terkesima...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam..

Friday, July 3, 2009

Ironi...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

...IRONI...
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan ironi? Mari saya bantu anda untuk membelek kamus dewan edisi ke-3: (walaupun ada edisi yang lebih tinggi..huhu...)

Ironi merupakan keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya...

Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku di sekelilingku mengajak diriku untuk lebih memahami erti perkataan ini dalam kehidupan seharian. Salah satunya? Ini dia...

Bagi sesiapa yang tidak mengenali alat ini, mari saya perkenalkan...

Ini merupakan sebuah alat yang digunakan untuk menarik perhatian sekaligus menghukum mati mandatori serangga-serangga terutamanya lalat. Serangga-serangga, terutamanya yang terbang mudah tertarik kepada cahaya. Maka, alat yang mempunyai dua lampu ini akan menarik perhatian serangga-serangga tersebut. Apabila perhatian diperoleh dan serangga ini mendekati pagar-pagar besi yang berada mengelilingi lampu itu. Apabila serangga itu terkena pada besi itu...zzzztttt....renjatan elektrik berlaku...jika serangga itu besar dan tersekat pada besi contohnya langau, langau itu akan terbakar...-_-" huhu...

Ironinya...walaupun diriku sentiasa menyayangi serangga-serangga termasuklah lalat, namun diriku merupakan antara orang yang bersemangat memerhatikan gelagat-gelagat lalat-lalat dan serangga lain contohnya semut yang mengambil kesempatan dengan mengutip lalat-lalat yang telah mati sebagai makanan...

Hidupku penuh dengan perkara yang ironi...huhu...@_@

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Friday, June 26, 2009

....

Mengemis kasih

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Wednesday, June 24, 2009

People, process and nature...

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...

Taking the opportunity, waiting for the mixer to rotate, mixing the ingredients for the loaf bread's dough. Relaxing myself listening to nasyid "Ku hadir pada-Mu" from my walkman Sony Ericsson phone...=)

What could it be? Hmm...while sitting i the car, and not talking to the 'pilot', what would you do? For an always a passenger like me, I will start to observe things around me. Then, I suddenly realized that most of the time, things that would be most likely that I will observe would be the same..hehe...

As for you? Yes, I mean YOU, the one who is reading...hehe...What do you like to observe?

Along the way (while in the car), I manage to list three main themes that i like to observe regardless where i am. Below is the short listed category...=p

(i) People / Society - I am referring to the attitude of the people, how they interact with each other, their clothing etc. But i usually observe little kids and old folks more.hehehe...

(ii) Process - I am someone that is easily amazed with things (even a parafilm; that is a sort of elastic selotape that can be found in lab can make me amazed..=p). This is especially things that are in their processing phase like a big machine which use to print newspapers...with those huge reels...huhu...

(iii)nature -
most likely, this would be the biggest category..hehe...I love to observe animal behaviour especially, ehem...ehem... INSECTS!!!hehe... watching the ants crawling, searching for foods for its siblings, watching the flies collecting food as the source of energy to produce more progeny, watching the butterflies flying around freely maybe searching for flower to collect nectar...=)


Other than that, not to forget, watching friends of birds on the cabels and some flying, making beatiful and perfect formations..and watching cat(s) who is amazed and playing around with the moving automated gate..=p

Apart from that, i also love to observe the clouds...theshapes of the cloud, imagining what the shape resembles...

But what ever we wish and like to observe, we must at least take 'something' from it. Meaning, like for me, when i observe people, at least it can make me feel i want to contribute to the society, when i observe the process, it triggers my curiosity and observing the nature, it can make me appreciate more the greatness of Allah's creation...By observing all this, i really hope and i don't wish to stop to hope that i can get nearer to Allah...Let us observe to see the sign of Allah...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Saturday, June 20, 2009

Wahai Saudaraku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Wahai saudaraku,
Kita hanya manusia biasa yang lemah, penuh dengan kekurangan. Penuh kecenderungan sama ada ke arah kebaikan mahupun keburukan...

Wahai saudaraku,
Kita tidaklah sempurna, kerana hanya Allah yang Maha sempurna...Maka mengapa kita sering berlagak seolah-olah kita sempurna? Berlagak seperti betul segalanya?

Wahai saudaraku,
Dalam kehidupan ini penuh dengan kebaikan, namun mengapa mesti keburukan yang didahulukan? Mengapa mesti bersalah sangka pada orang lain? Mengapa tidak dahulukan kebaikan dan baik sangka terhadap kehidupan?

Wahai saudaraku,
Mengapa perlu ada sengketa, andai kita mengaku bersaudara? Mengapa kita tidak menerima dan menimbang sebaiknya? Mengapa perlu kehendak diri dan bisikan nafsu membutakan mata hati kita? Enggan redha dan berlapang dada sesama kita?

Wahai saudaraku,
Kita seorang hamba dan jua khalifah Allah di muka bumi, yang diutuskan membawa panji-Nya mengikut kemampuan kita. Allah tidak melihat berapa banyak yang kita lakukan tetapi berapa banyak perkara yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan...Ikhlas, tanpa mengharap ganjaran selain dari-Nya. Sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia antara kita dengan-Nya...

Akhir kalam,
Moga kita semua diberikan kekuatan wahai saudaraku...=)


"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Saturday, June 13, 2009

Ayuh berlapang dada...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Apakah yang ada di dalam hati kita kini? Marah? Benci? Dendam? Tak puas hati? Kecewa?

Adakalanya, diriku juga terjebak dengan perasaan-perasaan sebegitu yang mampu untuk membebankan hati kita. Sebab itulah, diri ini ingin mengajak sahabat-sahabatku untuk berlapang dada. Ataupun bahasa yangs sering diguna pakai, iaitu redha dengan ketentuan-Nya...

Berlapang dada memang adakalanya payah terutamanya apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita. Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada keluarga mahupun sahabat terdekat kita, kita seringkali menjadi orang yang pertama meletakkan syak wasangka kepada mereka. Ayuh kita berlapang dada...agar kita mampu untuk bergerak dengan lebih teratur. Bukankah kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita? Mengapa perlu kita ada perasaan yang bakal mengganggu fikiran dan hati kita, dan itu juga mungkin bakal menjadi hijab atau penghalang kepada mereka.

Ayuh kita berlapang dada...sungguhpun payah, jika kita cuba dan sentiasa mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam diri bukan? Seringkali dikatakan bahawa perbuatan yang diulang sebanyak 21 kali itu akan menjadi sifat kekal di dalam diri kita. (dengan izin-Nya tentunya...)

Ayuh kita berlapang dada...kerana dengannya kita mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita senangi.

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)

Selamat berlapang dada wahai diri dan selamat berlapang dada wahai sahabat-sahabatku....=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Thursday, June 11, 2009

Something nice...

In the name of Allah, The Most Gracious the Most Merciful...

This was from one of my mother's email...I thought that i should share them with everybody...=)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie. She said I love you but I know this other woman loves you and would love to spend some time with you.

The other woman that my wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three children had made it possible to visit her only occasionally.

That night I called to invite her to go out for dinner and a movie.

'What's wrong, are you well,' she asked? My mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news.

'I thought that it would be pleasant to be with you,' I responded. 'Just the two of us.'

She thought about it for a moment, and then said, 'I would like that very much.'

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous.

When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited in the door with her coat on. She had curled her hair and was wearing the dress that she had worn to celebrate her last wedding anniversary.

She smiled from a face that was as radiant as an angel's.

'I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed, 'she said, as she got into the car. 'They can't wait to hear about our meeting'.
We went to a restaurant that,although not elegant, was very nice and cozy. My mother took my arm as if she were the First Lady.

After we sat down, I had to read the menu. Large print. Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me. A nostalgic smile was on her lips.

'It was I who used to have to read the menu when you were small,' she said.

'Then it's time that you relax and let me return the favor,' I responded.

During the dinner, we had an agreeable conversation – nothing extraordinary, but catching up on recent events of each other's life. We talked so much that we missed the movie.

As we arrived at her house later, she said, 'I'll go out with you again, but only if you let me invite you.' I agreed.

'How was your dinner date?' asked my wife when I got home. 'Very nice. Much more so than I could have imagined,' I answered.

A few days later, my mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I didn't have time to do anything for her.

Some time later, I received an envelope with a copy of a restaurant receipt from the same place mother and I had dined.

An attached note said: 'I paid this bill in advance. I wasn't sure that I could be there; but nevertheless, I paid for two plates - one for you and the other for your wife. You will never know what that night meant for me. I love you, son.'

At that moment, I understood the importance of saying in time: 'I LOVE YOU!' and to give our loved ones the time that they deserve. Nothing in life is more important than God and your family. Give them the time they deserve, because these things cannot be put off till
'some other time.'
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Tuesday, June 9, 2009

Kamisama

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

pada mulanya diriku menjangkakan lagu ini adalah lagu nasyid yang dinyanyikan dalam bahasa indonesia memandangkan penyanyinya daripada negara jiran kita itu. Sekali lagu Jepun da...agak terkejut sebenarnya saat mendengar lagu ini setelah di muat turun...dengan terujanya terus bertanya dengan seorang sahabat yang minat dan belajar bahasa Jepun untuk kepastian...rupa-rupanya "Kamisama" bermaksud "Tuhan"...

sekadar perkongsian bersama...video dan lirik dalam bahasa Jepun dan terjemahannya...



KAMISAMA (Japanesse)
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com


Tai you ga nishi no, tai you ga nishi no, suiheiseng ni sizunda toki 2x
Watashi wa jibun no sitekita koto hitotsu-hitotsu o omoi dasitemita

Reff :
Kamisama, yoruga otozureta toki
Kamisama, tai you ga sizumu to doujini
Jibun ga nandomo kurikaesitekita ayamichi o kuyande
Noitemo douka oyurushi kudasai

Lagu/lirik : Deden Supriadi/Irsa/Sekar

Terjemahan :

Ketika matahari terbenam
di ufuk barat

Ku mencoba mengingat satu-persatu
Apa yang telah kuperbuat hingga kini

Reff.
Tuhan, ketika malam tiba
Tuhan, bersamaan dengan tenggelamnya mentari
Aku menangis menyesali dosa-dosa
Yang telah berulangkali kuperbuat
Maka ampunilah aku..


Catatan :
Padanan langsung Tuhan dalam bahasa Jepang sebenarnya kurang tepat
Kamisama. Karena Kamisama (Tuhan) dalam konteks bahasa Jepang adalah untuk
Dewa (salah satu dewa). Namun kami tidak menemukan padanan langsung
Tuhan seperti halnya God dalam bahasa Inggris. Oleh karena itu Kamisama
dalam hal hal ini maksudnya adalah Tuhan (Rabb).
(lirik diambil daripada liriknasyid.com)

p/s: video tu, ku kira ekpresinya macam kurang sesuai untuk orang yang sedang berharap...tapi tidak mengapalah...mudah-mudahan mesejnya sampai...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Ingin ku jatuh cinta...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

ingin ku jatuh cinta,
jatuh cinta pada Pencipta cinta,
ingin ku hayati cinta,
cinta yang kata orang mengasyikkan,
cinta yang kata orang menyegarkan,
biarkan aku jatuh cinta,
jatuh cinta pada si Dia,
jatuh cinta,
jatuh cinta pada yang Esa,
moga ku jatuh cinta,
bukan hanya kini,
tapi selamanya...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...


Monday, June 8, 2009

Aku ingin mencintai-Mu




"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

1+1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sungguhpun diriku tidak dapat ke sana, namun, aura kegembiraan ku, dan ku yakin seluruh rakan kelasku sangat hangat terasa dengan berlangsungnya akad dan walimah rakan kami, Along dengan Mat Min...

Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada Along dan Mat Min untuk melengkapkan separuh daripada iman mereka...

Tahniah Along dan Mat Min...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Sunday, June 7, 2009

Unik...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Unik...apa yang kita faham tentang unik? Padaku, unik adalah satu kriteria yang membezakan antara kita dengan orang lain, membezakan antara satu benda dengan benda yang lain. Bagiku, unik itu adalah perkara yang membuatkan kita lain daripada yang lain...

Setiap kita mempunyai keunikan yang tersendiri, itu pasti...teringat satu kata-kata ketika diriku berada di Pusat Matrikulasi dulu dalam satu program yang diwajibkan untuk kami hadiri ketika berada di sana- Leadtrain; ataupun Leadership Training. Dalam salah satu pengisian, ada menyatakan "It is important to value our differences"...maksudnya, adalah penting untuk kita menghormati dan menghargai perbezaan antara kita dan orang lain.

Padaku, setiap orang itu unik, tanpa kita menyedari hakikat keunikan diri kita. Andai dalam satu keluarga itu mempunyai lima orang ahli, pasti, di dalam rumah itu, ada sekurang-kurangnya lima keunikan yang berbeza...

"Unik", sebenarnya, ini merupakan antara perkara yang pernah ayahku kongsikan bersamaku yang sering kali membuatkan ku terfikir. Pentingnya untuk kita tahu dan sedar bahawa kita punya keunikan yang tersendiri dan patut tahu yang kita ada potensi untuk dikembang baikkan dan bukan hanya kita sedar bahawa orang lain adalah jauh lebih baik daripada diri kita. Diriku, bukanlah berhasrat mengajak anda membanggakan diri, namun, bagiku, penting untuk kita ada rasa syukur dan mampu untuk menjadikan unik di dalam diri kita sebagai satu pendorong untuk berusaha lebih dalam apa jua bidang yang kita inginkan...

Unik? Sekadar satu perkongsian buat semua...di rumahku ada seekor kucing yang datang dan diberikan makanan dan menyebabkan ia setia berada di rumah kami. andai ada pertandingan kucing yang paling unik, pasti diriku meletakkan ia di tangga yang pertama. Kenapa? Sebab ia terlalu unik. Penuh emosi, apabila di marah, pasti ia menarik muka masam dan marah kembali kepada kita persis seorang budak yang berkecil hati dan memberontak. Air adalah musuh ketatnya, buka sahaja pili air, pasti ia akan melompat dan berlari ke tempat yang dirasakan selamat...dan jika ada pilihan, tak usahlah berangan nak tengok ia menginjakkan kaki ke tanah yang lembap atau basah...ia akan mengetis-ngetiskan (em...) kan kakinya seolah-olah geli...hehehe...unik? begitulah karenah kucing itu...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Sunday, May 31, 2009

Tertarik diriku pada sepotong hadith...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Semoga anda semua dan diriku sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat daripada Allah...

Tertarik ku pada sepotong hadith yang muncul kala diriku membuka komputer riba ku yang inginku kongsikan bersama;

Hadis Ketigapuluh Enam :

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda :
" Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.

Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.

Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya."

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Friday, May 29, 2009

ku hadir pada-Mu...

Kuhadir Pada-Mu

Tuhanku...daku hadir..daku pasrah...
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa..
Tuhanku...ku sedari...
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu...

C/O:
Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu...


Tuhanku...Kau pengasih...Kau pemurah...
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasih

C/O:

Bridge:
Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi
Engkaulah...engkaulah....ooo...

C/O:

oleh: Mirwana

Thursday, May 28, 2009

Arkitek yang berjaya...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Arkitek yang berjaya??? Siapa??? Nak kenal? Ok...ini gambarnya...=)


comel kan?hehe

saat melihatnya, pasti diriku terimbau kembali rumah lamaku, kuarters guru yang kami diami selama 9 tahun...sejak diriku berada di tahun 2 sehinggalah penghujung tingkatan empat. Mahu atau tidak, pada masa itu, kami 'berkongsi' tempat tinggal dengan serangga comel tetapi em...merosakkan ini...sebenarnya diriku kurang senang melabel mana-mana serangga sebagai perosak...kerana mungkin bagi mereka, kita ini dianggap sebagai raksasa perosak..hehehe...

perkongsian tempat tinggal itu membuatkan diriku peka dan tahu jika tercium bau 'ubat' untuk menghapuskan si kecil ini, tanda-tanda arkitek hebat ini membina rumah...

apa-apa pun, ingin diriku berkongsi satu video yang kutemui di You Tube tentang kehebatan arkitek yang kecil namun telah diberikan petunjuk oleh Allah...jika dibayangkan oleh dek akal, mana mungkin daripada otak yang bersaiz lebih kecil daripada kepala pin ini mampu untuk menghasilkan rumah yang gah, yang siap dengan penghawa dingin (suhu yang terkawal dan sesuai dengan penghuninya), kebun-kebun kulat yang mendatangkan hasil...namun itulah kuasa Allah yang Maha Bijaksana...subhanallah...

selamat nonton! =)



"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Cukuplah sekadar kecukupan...

Maksudnya ialah :
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikanku segala nikmat yang aku peroleh selama ini, bermula roh ku ditiupkan sehinggalah ke saat ini...

Bagiku, cukuplah sekadar kecukupan yang Allah berikan padaku selama ini...

Sudah tidak ada ruang sebenarnya, untuk aku mengeluh mengatakan kecukupan itu tidak mencapai apa yang diriku kehendaki...

ya Allah,
ampunilah aku...
andai aku terlalu banyak mengeluh,
seolah-olah kecukupan itu tidak ada...
cuma adakalanya,
diriku insan yang lalai dan lemah,
tetap manusia yang tidak punya rasa puas...
amin ya Allah...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi..."

Wallahualam

Tuesday, May 26, 2009

aKan Datang...(insyaALLAH)


apa yang kau cari???

....


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Subhanallah...
moga dengan mengenali dirinya,
mampu lebih merapatkan diriku pada-Mu,
kerana ia adalah tanda-tanda kebesaran Mu ya Allah...
tenang itu ku rasai,
saat aku menelaah tentang ia dan mereka..
terima kasih ya Allah,
diriku bersyukur,
bersyukur atas nikmat-Mu yang menggunung,
nikmat Iman dan Islam...
nikmat saat diri-Mu mengenalkan ku padanya...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Wednesday, May 20, 2009

Alamak!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Memandangkan keinginan menukar 'header' terlalu berkobar-kobar dan tiba-tiba idea untuk menukar 'template' menerjah, maka beberapa perkara tambahan yang tidak terdapat di dalam template lama telah hilang. huhu...

Andai terasa ingin menyapa, silalah meninggalkan komen anda terus kepada entri-entri yang ada buat sementara waktu...Terima Kasih...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Tuesday, May 19, 2009

Maaf...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Maaf...
Satu kata yang ingin aku ungkapkan,
Kata yang menyesakkan,
Jua melegakan...

Maaf...
Ada kalanya,
Mulutku teringin berbicara sehendaknya,
tanpa sedar ada yang terluka kerananya...

Maaf,
Kerana kadang kala,
Diriku terasa tidak mampu,
Tidak mampu melakukan apa-apa,
Hanya mampu menjadi pendengar...

Maaf,
hanya kerana mampu tersenyum,
walau hatiku terluka,
terluka kerana tidak berdaya untuk berbuat apa-apa,
diriku hanya mampu untuk tersenyum,
agar hatimu terubat walau seketika...

Maaf,
Kerana diriku tidak mampu,
Kerana diriku terlalu banyak kekurangan,

Maaf,
Andai diriku membuatkan pundakmu semakin berat,
maaf...
maaf...
maaf...
....

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Saturday, May 16, 2009

Diriku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memerintah dengan penuh bijaksana...Tiada yang lebih berkuasa melainkan diri-Mu ya Allah...

Terasa kosong seketika, huhu...masih dalam proses membiasakan diri dengan kondisi tugas kini. Kadang kala perlu bekerja 12 jam sehari demi menyediakan roti untuk semua..=)

Apa-apa pun, diriku redha, kerana inilah pendedahan yang diriku perlu supaya aku mampu untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan tahu apa yang aku perlu dan apa yang masyarakat ku perlu di masa hadapan.

Terdetik difikiranku, tahun depan, giliran diriku untuk menjalani Latihan Pratikal...di mana? diriku masih belum pasti. Harapnya, di satu tempat yang mampu memberikan dimensi yang baru untuk diriku...

Jika diriku menjalani latihan praktikal, ini bermaksud, diriku sudah tidak akan dapat memberikan komitmen seperti yang ku lakukan kini...Mudah-mudahan, pada waktu itu, pekerja mereka sudah mencukupi dan bantuan peralatan dan mesin juga sudah lengkap sehingga mampu untuk menghasilkan hasil yang jauh lebih banyak...amin...

Dua tahun lagi...bukanlah satu jangka masa yang lama terutamanya kala akhir zaman ini. Jangka diriku berada dirumah juga sudah masuk satu bulan. Apa yang bakal ku hadapi nanti? Sememangnya dunia luar takkan semudah yang ku sangka...Adakah diriku harus terus dan terus belajar? Itu yang ku inginkan, tapi apa yang mereka perlukan? Itu juga harus dan sangat perlu untuk aku fikirkan...

Dua tahun, akan ku jadikannya detik-detik yang bermakna...akan ku cuba dan usaha untk penuhi cita-cita ku... Cita-cita yang telah ku nyatakan kepada adik-adik tahun 6 ketika diriku diberi peluang menyampaikan kuliah maghrib tempoh hari... Tika itu, ada seorang adik yang comel bertanya, "Apa cita-cita akak???" Tak ku sangka soalan itu rupa-rupanya sukar untuk ku jawab...akhirnya diriku berkata- "Akak nak menjadi seorang hamba yang merindu dan mengejar redha_nya"... Tak tahulah adik-adik ini faham atau tidak maksudku kala itu... Tapi tak mengapa, mereka boleh bawa frasaku itu ke hadapan untuk difahami...=)

Mudah-mudahan setiap daripada kita bersabar dan menempuhi dengan sebaik yang boleh kehidupan yang di atur ini...Andai kita sentiasa mengeluh, ingatlah bahawa tenaga daripada keluh resah kita itu pasti dapat kita manfaatkan untuk kebaikan orang lain. Andai kita terasa tidak mampu, ingatlah, setiap orang diuji selari dengan kemampuan yang ada pada diri kita...

Moga rezeki kita sentiasa dicukupkan, agar kita tidak meminta-minta kepada yang lain melainkan Al-Khaliq kita...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Thursday, May 14, 2009

Somet jernihku...=D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

“Alex(bukan nama sebenar), somet jernih kamek dah tumbuh lagik!!!” (Alex, misai jernihku tumbuh lagi!!!), kataku dengan penuh semangat!!! Hehehehe…

Itulah persamaan antara diriku dan dia. Juga sebenarnya persamaan yang dimiliki oleh setiap insan. Misai jernih??? Apakah itu??? Hehehe...

Somet ataupun misai jernih sebenarnya ku gunakan untuk merujuk kepada butiran-butiran peluh yang terbentuk di kawasan bawah hidungku...

Miri kurasakan lebih panas berbanding dengan cuti-cuti sebelum ini. Ataupun disebabkan tempat kerjaku yang 'bermain' dengan oven...hehehe...Itulah yang menyebabkan diriku semakin hari semakin kuat berpeluh dan menyebabkan diriku teringin untuk menulis tentang peluh.hehehe...

Peluh? Sistem perpeluhan merupakan sistem yang digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya apabila hari panas. Peluh keluar dalam bentuk cecair jernih melalui rongga-rongga yang terdapat pada badan kita. Apabila kita banyak berpeluh, kandungan air yang terdapat di dalam badan kita akan semakin berkurangan. Adalah sangat perlu untuk kita minum air (air kosong yang paling baik...hehehe) untuk menggantikan air yang 'hilang'. Peluh terdiri daripada air dan beberapa bahan lain contohnya ammonia, urea, garam dan gula.=)

Hari ini juga merupakan hari yang dijangka untuk berpeluh dengan 'meriahnya'...tapi tak mengapa, kerana sekurang-kurangnya diriku tahu sistem badan ku masih berfungsi dengan jayanya...alhamdulillah...=)


"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"


Wallahualam...


Saturday, May 9, 2009

Buku dan buku lagi!!! =))

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...akhirnya selesai satu lagi buku sepanjang cuti ini...hehehe..walaupun pada hakikatnya, buku Jodi Picoult - Perfect Match itu telah mula ku baca ketika diriku masih berada di Kuantan lagi...=p Saya seorang yang 'slow reader' yang kalau mampu, ingin menghayati setiap patah perkataan yang digunakan.
akhirnya abis...hehehe...

Buku yang pertama dihabiskan pada cuti kali ini ialah buku Mantera Hitam karya Serunai Faqir terbitan Alaf 21. Sungguh, diriku puas kerana berjumpa dengan buku cerita yang tidak berkisar sepenuhnya tentang cinta. Tapi sayangnya, diriku sebenarnya geram dengan penghujung cerita itu yang ku kira seperti tidak lengkap...huhu...
Penghujung cerita yang menimbulkan rasa geram!!!

Selepas ini? Hehehe...mestilah...buku lagi!!! =p hehehe...nak baca buku apa ya??? Rasanya nak baca buku Moga Bonda Disayang Allah oleh Tere Liye yang telah diterjemahkan oleh PTS...buku ini merupakan salah satu buku yang ku beli daripada Pesta Buku tempoh hari...=)

Apa-apa pun, diriku bersyukur walaupun terasa lambat untuk menghabiskan satu buku, namun diriku masih mampu konsisten sekurang-kurangnya membelek semuka dua setiap hari..Curi-curi masa ketika berada di tempat kerja... (sebab bila dah balik rumah...kalau baca buku...akhirnya, buku yang akan baca si pembaca..hahaha...) kalau tidak pun membaca dalam satu hari, sekurang-kurangnya dalam begku insyaALLAH akan ada sebuah buku buat bekalan di kala kebosanan....=)

Moga diriku boleh terus istiqamah terutamanya apabila kembali meneruskan kuliah...kerana kala itu, lebih banyak lagi buku lain yang perlu ku telaah. Apa-apa pun, mudah-mudahan cuti ini mendatangkan hasil dari segi bilangan pembacaan dan input yang ku peroleh.Ameen....=)

Semoga anda juga memperoleh kekuatan yang sama...=)

Membaca jambatan ilmu...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Friday, May 8, 2009

Sekian lama kan?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Rasanya hampir sebulan tidak menulis...maaf maaf...maaf untuk diri dan maaf untuk sahabat-sahabat yang mengunjungi tanpa jemu...=)

Hari ini kebetulan perlu balik ke rumah awal disebabkan selepas solat maghrib nanti perlu berhadapan dengan 200+ orang pelajar tahun 6 di Kampung Sukan, Petronas, Miri...@_@ baru diberitahu semalam...maka masa mencari-cari, isi yang terbaik untuk disajikan buat adik-adik itu nanti...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Wednesday, April 29, 2009

Salahkah aku menjadi pemalu???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Pernahkah anda dilabelkan sebagai seorang yang pemalu? Malu? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan malu? Malu dari segi apa? Malu dengan siapa? Salahkah menjadi seorang pemalu???

Hari ini, bukanlah sebenarnya hari yang memalukan sehingga perlu untuk menulis tentang malu. Tetapi malu menjadi perbincangan utama diriku bersama-sama empat rakan yang lain. Saja, mengambil peluang berkumpul antara maghrib dan isyak, berkongsi maklumat dan pengalaman, lari sejenak daripada kesibukan belajar untuk peperiksaan.

Ingin sekali diriku melontarkan persoalan ini sekali lagi…

Salahkah untuk menjadi seorang pemalu???

(Berkongsilah wahai sahabat-sahabatku, jangan malu untuk berkongsi rasa…=D)

Sebenarnya, perbincangan kami ada berkisar dengan satu hadith, iaitu hadith yang ke-20 dalam Buku Hadith 40, syarahan Mustafa ‘Abdul Rahman. Hadith ini menyebut tentang perihal malu.

Semasa dalam perbincangan tadi, persoalan asas dilontarkan kepada rakan-rakanku, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan malu? Ada yang menjawab, itu adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata (lebih kuranglah…kurang tepat rasanya.hehehe)…Definisi umum yang boleh ku berikan ialah, malu merupakan satu sifat yang ada pada diri manusia yang menjadi pengukur kepada adab sopan kita. Malu sangat berkait rapat dengan akhlak dan tingkah laku kita seharian.

Berbalik kepada persoalan yang telah dihitamkan tadi, salahkah untuk kita menjadi seorang pemalu?

Mestilah tak salah…asalkan malu kita itu adalah malu yang bertempat.

Dalam syarahan hadith itu ada menyebutkan, terdapat dua jenis malu, iaitu malu yang asli iaitu malu yang telah menjadi tabiat dan perangai seorang sejak dilahirkan lagi. Malu yang kedua ialah malu yang diusahakan melalui pengajaran ketuhanan dengan cara mengenal Allah.

Dimanakah tempat yang sesuai untuk berasa dan menjadi seorang pemalu? Atau adakah masyarakat kini sudah tidak menjumpai tempat untuk meletakkan rasa malu dan membuangnya ketepi? Masihkah ada rasa malu kita? Andai ada, malu itu pada siapa? Sama ada malu kita kepada manusia yang lain? Ataupun malu kita adalah malu kepada Pencipta kita? Tepuk dada, tanyalah iman kita.

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam


(p/s: entri ini telah ditulis ketika masih berada di kampus...baru berkesempatan nak post...huhu...)

Sunday, April 12, 2009

Kalau anda???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Kala entri ini diletakkan di dalam blog ini, diriku hanya akan mempunyai satu kertas sahaja lagi yang tinggal untuk dilangsaikan. Satu namun, usahanya perlu seribu sebab satu-satunya subjek yang tinggal itulah merupakan antara subjek yang payah untuk mencapai target. Doakan ya semua…=)

Banyak lagi yang perlu dibaca, tapi teringin nak menulis sebentar. Hehehe…menjelang peperiksaan, apa yang kita paling gemar untuk lakukan??? Jawab jangan tak jawab wahai sahabat-sahabatku!!!

Tapi sebelum sempat anda menjawab soalan diriku yang tak seberapa ini, diriku akan menjawabnya dahulu…hehehehe….

Menjelang peperiksaan, akan muncullah kegemaran-kegemaran lain yang terlalu ingin dilakukan. Apa dia??? Belajar? Hehehe…itu satu kewajiban, bukan satu kegemaran walaupun anda gemar untuk belajar. Bagi diriku, ada perkara yang bakal akan ku lakukan setiap kali berhadapan dengan ‘mood’ peperiksaan. Satunya, setiap kali nak periksa, pasti kerajinan ku untuk membasuh kain menggunakan tulang keratku akan melonjak dengan mendadak sekali! Seingatku, sehari sebelum semalam, diriku basuh baju, semalam pun basuh juga, hari ini dah basuh lagi sikit…hehehehe…adoi…tengah orang rajin menelaah, diriku membasuh baju..huhu…

(Lukis sendiri...percaya tak? Tapi ada gambar rujukan...nanti saya kongsikan isi apa yang saya baca ya...=) )

Lagi? Tanganku lebih lekat pada buku selain buku pelajaran. Semalam contohnya, tengah orang lain sibuk membaca nota-nota Biotech, Law & Ethics, diriku pula sibuk membelek buku Outline to Entomology…hehehehe…takpe-takpe…walaupun tidak berkaitan dengan peperiksaan yang bakal ku hadapi, namun itu adalah ilmu yang ingin diriku tuntuti…


Lagi? Tengok cerita…hehehe…tapi Alhamdulillah ada kekuatan ang lebih pada semester ini untuk mengekang perangai yang kurang elok itu. Maka, semester ini, tengok cerita masa exam Berjaya dicantas! Yeah…Cuma mp3 dipasang lebih kerap…hmmm….ish…ish…ish…

Apa-apa pun wahai sahabat-sahabat, semua yang kita lakukan itu andai dilakukan secara berlebihan akan membawa masalah kepada diri kita. Berpada-padalah dalam setiap perkara…=)

Opps…dah pukul 12 tgh hari (jam kumbangku)…perlu meneruskan pembacaan untuk exam petang ni…mudah-mudahan segala berjalan lancar…=)

(Hadiah dari sahabat seperjuangan...pembakar semangat untuk kertas-kertas terakhir peperiksaan semester ni...comel...terima kasih nisah...=) )

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Wednesday, April 8, 2009

shining bronze...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Setelah sekian lama aku terlupa akannya...tiba-tiba diriku disapa kerinduan malam ini...

--Bonang Penerus--

Satu ketika, ini merupakan salah satu umpan bagi ahli keluargaku gunakan untuk menarik minatku memasuki UIAM...namun hajat tak kesampaian...Niat untuk meneruskan minatku perlu dikorbankan...

Kurang pasti bila diriku berpeluang semula...

*Bonang penerus
- alat yang pernah menemani ku di atas pentas. (masa zaman sekolah menengah...hehehe)
- pelengkap kepada bonang barung yang selalunya menjadi pemula.
-Sungguhpun saiznya lebih kecil daripada bonang barung, fungsinya penting untuk mengisi kekosongan 'note' bonang barung...pendek kata, bonang penerus adalah alat yang disengajakan 'off beat' (luar daripada nota)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Ada apa dengan peperiksaan…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Ya Allah, berkatilah ilmu yang kutimba selama ini agar aku dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian dan bukan hanya di dewan peperiksaan…

Sedar atau tidak, peperiksaan ku telah setengah daripadanya telah kulalui…mahu atau tidak, tiga kertas lagi yang menanti untuk dijawab. Tiga kertas yang ku kira menimbulkan persoalan di benakku…ada apa dengan peperiksaan? Bukan kerana diri ini enggan menduduki peperiksaan tetapi, hatimu tertanya sendiri, apa yang telah kupelajari selama ini? Kenapa perlu diriku melalui tempoh peperiksaan…

Walaupun hanya tiga kertas, cukup untuk membuatkan kepala ku terasa diketuk! Mungkin boleh kukatakan, persediaan ku, jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain, rasanya kalau tidak bagaikan langit dan bumi, cukuplah sekadar membandingkan beza antara tanah dan KLCC. Hehehe… tetapi itulah caraku. Ku rasakan diriku telah melakukan yang sehabis baik. Namun, diriku tidak puas. Tidak puas untuk menjawab…ku percaya, inilah maksudnya kita menghadapi peperiksaan…

Apa yang kita akan lakukan terhadap ilmu yang kita telah timba setelah habis peperiksaan? Apa yang kita lakukan dengan apa yang kita hafal sebelum memasuki dewan peperiksaan? Adakah sekadar menyalurkan idea-idea ‘bernas’ kita sekadar coretan kosong yang tidak membawa manfaat melainkan untuk menjadi tatapan dan memuaskan hati kita kerana markah yang menarik??? Ini diriku coretkan buat renungan hati ku dan juga hati-hati yang ingin menerima coretan ku.

Bagiku, peperiksaan yang sebenar bermula sebaik sahaja kita melangkah keluar daripada dewan peperiksaan. Pada masa itulah, kita baru mengerti erti kesilapan dan penyesalan. Pada masa itulah kita tidak tahu apa yang kita tidak faham, apa yang kita tidak tahu. Pelajaran, sesungguhnya bukan semata-mata terkongkong dalam lingkupan nota yang diberikan oleh pensyarah kita. Aku sedar akan hakikat itu, namun, itulah kedegilan seorang manusia! Huhuhu…mudah-mudahan aku akan jadikan ini sebagai pengajaran bagi diriku…

Aku pasrah dan berserah kepada Ilahi akan apa sahaja keputusan yang bakal aku terima. Ada tiga lagi!!! Berusaha wahai diri!!! =) Tetap bersemangat!!! Nak kecewa pun…rasanya macam dah tak berguna kerana perasaan kecewa itu lebih banyak memakan ruang dalam hati…Betul tak??? Hehehe…

Esok: Enzymology

12/4: Biotech, Law and Ethics

15/4: Basic Genetic Engineering

Bila nak balik??? Hmm…kepastian yang belum ada lagi…apa apa pun, JOM PESTA BUKU!!! =p

Eh????? Owh…terlupa…kepada sahabat-sahabatku yang juga sedang dan yang bakal menghadapi peperiksaan…SEMOGA BERJAYA SEMUA…walaupun ku tahu, ramai yang tidak sanggup merugikan masa menghadap internet buat masa ini…(ye ke??? =p)

Diriku sentiasa mendoakan semua Berjaya bukan hanya dalam peperiksaan, malah juga dalam menjaga perhubungan kita dengan Allah dan hubungan antara kita sesama manusia…=)

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam