Selawat dan salam buat Rasul junjungan...kekasih Ilahi...kaum keluarga dan sahabat baginda...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya diriku kini telah merasai sendiri alam pekerjaan yang sebenar. Yang tiada kaitan dengan kekeluargaan mahupun kenalan rapat...segalanya bermula dengan bertatih-tatih...mengenali setiap seorang yang ada di situ...mengenal erti pekerjaan...apa yang perlu dilakukan...apa yang harus dilakukan...
Segalanya pasti ada hikmah yang mengikuti...siapa sangka diriku akan bekerja di kilang.. Kilang? itulah respon yang sering ku peroleh setiap kali ditanya kini berkhidmat di mana. Dulu, ketika masih dalam sesi latihan selama tiga bulan (sebelum mendapat tawaran pekerjaan tetap), menjadi sesuatu yang berat untuk diluahkan setiap kali soalan seperti itu diajukan kepada diriku. Bukan malu, tetapi sukar untuk menjelaskan..hehe. Kini, perasaan itu berjaya dikikis sedikit demi sedikit. Harus rajin mengingatkan diri sendiri bahawa:
"Setiap yang diriku lakukan ini, adalah untuk mencapai redha-Nya..."
Apa yang hendak dimalukan dengan pekerjaan di kilang? sememangnya pekerjaan itu menuntut kesabaran dan ketabahan yang tinggi...namun, harus diingat, pekerjaan yang sebagaimana yang sebenarnya adalah mudah? Semoga diriku terus tabah meniti hari-hari yang berlalu...semoga diriku tidak jemu mengingatkan diri bahawa semua ini adalah demi khidmatku untuk Pencipta yang Esa...
Berilah diriku kekuatan ya Rabbi...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
p/s: kekal menjadi teman dan penyejuk hati tika terasa serabut...=) nikmat Ilahi...