Tuesday, September 30, 2008

KABOOOOM!!!!

Sekadar gambar hiasan....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang hanya Dia yang layak disembah, selawat dan selamat buat Rasulullah s.a.w serta para sahabat....

KAAAABOOOOMMMM!!!!!

ya Allah!!! Gugok jak sik jantung ku eh! (jatuh je tak jantung aku!) hehehe...itulah ekspresi yang patut anda alami setibanya anda di mana-mana rumah yang berhampiran dengan kawasan yang masih mempunyai anak-anak muda yang bersedia dengan meriam buluh ataupun meriam kabaitnya...itulah yang sering ku lalui setiap kali kembali ke Lot 740 yang serba serdahana ini... tak kira hari ini adalah hari raya, ataupun hari merdeka apatah lagi sambutan tahun baru cina, pasti mengundang keinginan di hati anak-anak muda ini untuk mencucuhkan api pada sumbu meriam rekaan mereka sendiri.

Keadaan reda sedikit, mungkin kerana keletihan ataupun ingin berehat lebih awal untuk menyambut hari lebaran yang dengan izin-Nya bakal kunjung tiba pada keesokkan hari. Maka, dengan kesempatan ini,

ingin ku susun sepuluh jari, (walaupun tidak mencukupi)
memohon ampun dan maaf,
atas segala salah silap,
yang diriku sengajakan,
lebih-lebih lagi yang tidak daku sengajakan,
maaf,
andai diri ini membuatkan dirimu terluka,
andai diri ini mengguris dan mendalamkan luka lama,
andai diri ini tidak sedar akan kesilapan dan kealpaan dirinya,
moga,
Syawal yang bakal kali ini,
akan membuatkan kita semakin leka,
tenggelam dalam permainan dunia,
sehingga kita semakin menjauhi dunia hakiki,
sedangkan kita,
telah berjanji pada diri,
setelah bermujahadah sepanjang ramadhan,
yang telah berlalu pergi lagi,
rindu,
kerinduan pasti menggamit akan ramadhan yang melabuh pergi,
andai ini ramadhan yang terakhir,
moga diampunkan dosaku,
dosa ibu bapaku,
dosa kaum keluargaku,
dosa guru-guruku,
dosa sahabat-sahabatku,
serta dosa kaum muslimin muslimat,
Selamat datang syawal..
Diriku tetap merinduimu,
wahai Ramadhan....

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"Wallahualam

Wednesday, September 17, 2008

Tiba-tiba jak....

Assalamualaikum w.b.t...

Setelah sekian lama blog ini rindu untuk dijenguk, akhirnya dia telah membuat keputusan untuk merajuk...tiba-tiba template yang lama mempunyai masalah. Maka, buat sementara waktu, saya akan menggunakan template yang lama tanpa ada kewujudan cbox dan counter serta jam...insyaAllah andai ada kesempatan, wajah blog akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa...

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Thursday, September 4, 2008

Selamat Berpuasa!!! =)


Ihya Ramadan!!!

Selamat Menghayati Ramadhan pada tahun ini...

Semoga kedatangannya kita rai dengan membanyakkan ibadah yang mudah-mudahan dapat mendekatkan diri kita kepada-Nya...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi..." =)


Maaf...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Maaf...Rasa macam dah terlalu lama membiarkan blog ku sepi...huhu...

Alhamdulillah terasa lega sedikit apabila minggu getirku telah berjaya dilalui...Bermula dengan membuat keputusanku menukar tajuk disaat-saat akhir sehinggalah cuti pertengahan semester yang baru sahaja berakhir semalam.

Dalam kekalutan kerja yang banyak dan deretan kuiz dan ujian pertengah penggal...diri ini masih mengambil peluang untuk meneruskan kembara ke Kota Kuala Lumpur. Tujuan asalnya adalah untuk menghadiri Muktamar Pusat PKPIM di Kisas. Namun, tekad semakin membulat apabila ibundaku turut berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat pada masa itu. Girang! Walaupun terpaksa menempuhi perjalanan ke sana seorang diri, namun semangat yang dibawa mendorongku untuk ke sana.

Kerinduan yang ku bawa untuk bertemu dengan sahabat-sahabatku daripada Kuching dan tidak lupa buat sahabat-sahabat yang menuntut ilmu di bumi Semenanjung ini terlerai saat menjejakkan kaki ke Kisas. Seramai 34 orang anak Sarawak berkumpul menyalurkan rasa kerinduan dan menyegarkan kembali semangat-semangat yang disemai membuatkan diriku terlupa akan bebanan pelajaran yang ku alami di Kuantan. Muka-muka yang dirindui dan muka-muka yang baru dikenali...Sukar untuk menggambarkan perasaan kala itu...Apa-apa pun,
Kesyukuran yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Ilahi kerana mengizinkan aku untuk menempuh jalan ini.

Selesai sahaja muktamar...perjalanan perlu diteruskan untuk melengkapkan siri perjalananku kali ini...Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam daripada stesen Klang ke stesen Bank Negara (menggunakan komuter) digunakan sepenuhnya untuk mendengar celoteh abang yang tak pernah kering andai bersama dengan adiknya (hehehe....). Satu lagi kerinduan yang terlerai...kerana sejak berada di Kuantan, peluang seperti saat itu jarang didapati. Walaupun penat, namun kepenatan yang berbaloi...Sekitar pukul 6 petang, kami sampai di Sogo, berjanji untuk bertemu dengan ibu di sana...Kerana terlalu penat, malam kami dihiasi mimpi-mimpi indah...=)

Peluang untuk bersama ibu dimanfaatkan dengan sebaiknya...Membeli keperluan kakak di Lorong Haji Taib, Chow Kit dengan hanya berjalan kaki dari hotel pergi balik. hehehe...andai bersama keluarga kami, berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam erti kata melancong adalah satu kemestian...Dua kedai buku yang menjadi tumpuan kami berdua (owh...shopping di kedai buku juga menjadi satu kemestian!!!) adalah Toko Buku Indonesia dan kedai buku Mukmin...Walaupun hanya pertemuan yang singkat...namun mencukupi untuk mengubat kerinduan dan memujuk hati untuk menempuh hari-hari sepi semasa cuti 5 hari nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar berkongsi rasa...

Pembentangan yang pertama telah berjaya dilalui pada 29 Ogos yang lepas. Dengan kehadiran yang cukup untuk dihitung dengan jari tangan. Walaupun tidak berpeluang untuk dihujani dengan soalan daripada kawan-kawanku (sebab mereka sudah balik untuk bercuti), namun mudah-mudahan agar pembentangan hari itu membawa input yang baru untuk yang mendengar. Pembentangan yang diperuntukkan selama 5 minit berakhir dalam masa 8 minit. Huhu...pengurusan masa yang kurang cekap aku kira. Seterusnya adalah menyiapkan laporan penuh berkenaan tajuk yang dipilih dan akan ada satu lagi pembentangan penuh yang perlu ditempuhi kelak. Doakan diri ini berjaya dan diberikan kekuatan oleh-Nya, agar ilmu yang disampaikan itu bukanlah sekadar pembentangan untuk meraih markah tetapi pembentangan untuk berkongsi ilmu kepada semua ...=)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Menghayati Ramadhan tahun ini...=)

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"