Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Maaf...Rasa macam dah terlalu lama membiarkan blog ku sepi...huhu...
Alhamdulillah terasa lega sedikit apabila minggu getirku telah berjaya dilalui...Bermula dengan membuat keputusanku menukar tajuk disaat-saat akhir sehinggalah cuti pertengahan semester yang baru sahaja berakhir semalam.
Dalam kekalutan kerja yang banyak dan deretan kuiz dan ujian pertengah penggal...diri ini masih mengambil peluang untuk meneruskan kembara ke Kota Kuala Lumpur. Tujuan asalnya adalah untuk menghadiri Muktamar Pusat PKPIM di Kisas. Namun, tekad semakin membulat apabila ibundaku turut berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat pada masa itu. Girang! Walaupun terpaksa menempuhi perjalanan ke sana seorang diri, namun semangat yang dibawa mendorongku untuk ke sana.
Kerinduan yang ku bawa untuk bertemu dengan sahabat-sahabatku daripada Kuching dan tidak lupa buat sahabat-sahabat yang menuntut ilmu di bumi Semenanjung ini terlerai saat menjejakkan kaki ke Kisas. Seramai 34 orang anak Sarawak berkumpul menyalurkan rasa kerinduan dan menyegarkan kembali semangat-semangat yang disemai membuatkan diriku terlupa akan bebanan pelajaran yang ku alami di Kuantan. Muka-muka yang dirindui dan muka-muka yang baru dikenali...Sukar untuk menggambarkan perasaan kala itu...Apa-apa pun,
Kesyukuran yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Ilahi kerana mengizinkan aku untuk menempuh jalan ini.
Selesai sahaja muktamar...perjalanan perlu diteruskan untuk melengkapkan siri perjalananku kali ini...Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam daripada stesen Klang ke stesen Bank Negara (menggunakan komuter) digunakan sepenuhnya untuk mendengar celoteh abang yang tak pernah kering andai bersama dengan adiknya (hehehe....). Satu lagi kerinduan yang terlerai...kerana sejak berada di Kuantan, peluang seperti saat itu jarang didapati. Walaupun penat, namun kepenatan yang berbaloi...Sekitar pukul 6 petang, kami sampai di Sogo, berjanji untuk bertemu dengan ibu di sana...Kerana terlalu penat, malam kami dihiasi mimpi-mimpi indah...=)
Peluang untuk bersama ibu dimanfaatkan dengan sebaiknya...Membeli keperluan kakak di Lorong Haji Taib, Chow Kit dengan hanya berjalan kaki dari hotel pergi balik. hehehe...andai bersama keluarga kami, berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam erti kata melancong adalah satu kemestian...Dua kedai buku yang menjadi tumpuan kami berdua (owh...shopping di kedai buku juga menjadi satu kemestian!!!) adalah Toko Buku Indonesia dan kedai buku Mukmin...Walaupun hanya pertemuan yang singkat...namun mencukupi untuk mengubat kerinduan dan memujuk hati untuk menempuh hari-hari sepi semasa cuti 5 hari nanti.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar berkongsi rasa...
Pembentangan yang pertama telah berjaya dilalui pada 29 Ogos yang lepas. Dengan kehadiran yang cukup untuk dihitung dengan jari tangan. Walaupun tidak berpeluang untuk dihujani dengan soalan daripada kawan-kawanku (sebab mereka sudah balik untuk bercuti), namun mudah-mudahan agar pembentangan hari itu membawa input yang baru untuk yang mendengar. Pembentangan yang diperuntukkan selama 5 minit berakhir dalam masa 8 minit. Huhu...pengurusan masa yang kurang cekap aku kira. Seterusnya adalah menyiapkan laporan penuh berkenaan tajuk yang dipilih dan akan ada satu lagi pembentangan penuh yang perlu ditempuhi kelak. Doakan diri ini berjaya dan diberikan kekuatan oleh-Nya, agar ilmu yang disampaikan itu bukanlah sekadar pembentangan untuk meraih markah tetapi pembentangan untuk berkongsi ilmu kepada semua ...=)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat Menghayati Ramadhan tahun ini...=)
Wallahualam...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
No comments:
Post a Comment