Friday, October 24, 2008

Jawapan kepada Que Sera...Sera...

I Wanna Be Somebody

Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid

Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Selamat Berjuang wahai teman2!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... =)

Pejam celik pejam celik...semester kali ini kian melabuhkan tirainya...sebelum tirai dilabuhkan, mahu tidak mahu, ilmu yang ditimba sepanjang semester ini pasti perlu dimanfaatkan di atas kertas di dalam dewan peperiksaan...=) Namun apa yang lebih penting adalah untuk kita memikirkan cara yang paling sesuai untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang ditimba itu agar menjadi ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan.

Mari kita sama-sama betulkan kembali niat kita untuk menuntut ilmu itu adalah kerana-Nya dan bukan semata-mata untuk mendapatkan perhatian setelah mendapat keputusan yang baik...=)

SELAMAT BERJUANG BUAT TEMAN-TEMAN YANG BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL DAN JUA BUAT DIRIKU SENDIRI!!!! hehehe...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

Friday, October 17, 2008

Lega....

Subhanallah...

Segala puji hanya bagi Allah...akhirnya selesai sudah segala tugasan-tugasan yang bertindan-tindan... (bertimpak-timpak kata orang Sarawak! =p) Sekitar pukul 11 pagi tadi merupakan kerja yang terakhir berjaya dsiapkan. Walaupun terasa tak begitu berpuas hati dengan kerja sendiri...tapi ALHAMDULILLAH....syukur!!! Lega rasanya...selepas ni, bolehlah lebih menumpukan perhatian terhadap satu lagi ujian pertengahan penggal yang tak sudah-sudah ditangguh dan peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 29 Oktober sehingga 9 November...insyaALLAH....

Que Sera...Sera,,,

Que sera…sera…

When I was just a little girl,

I asked my mother

What would I be,

Would I be pretty,

Would I be rich,

That’s what she said to me,

Que sera sera,

What ever will be…will be…

The futures not ours to see,

Que sera sera,

What will be… will be…




Sunday, October 12, 2008

Pilihan Hati...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, penghulu anbiya’.

Minggu ini dan minggu hadapan merupakan minggu yang sibuk bagi diriku dan rakan sekelas yang lain. Bukannya sbiuk kerana menghadiri kuliah atau sesi makmal. Tetapi sibuk dengan tugasan-tugasan yang tertangguh yang perlu dihantar dalam minggu ini dan minggu hadapan. Hati bertambah runsing apabila mengenangkan ’carry mark’ yang kurang memuaskan dan itu bererti diriku perlu sehabis daya untuk peperiksaan akhir nanti. Hmm...

Kali ini, sebenarnya bukan nak merungut dengan timbunan kerja (kerna sesungguhnya, itu adalah hasil daripada sikap bertangguh sendiri. Padan muka!!!huhu...) tetapi ingin berkongsi rasa megenai pilihan hati...

Pilihan hati? Dengan hanya membaca tajuk sekilas pandang, pasti anda menjangkakan bahawa saya akan menulis sesuatu yang berkaitan dengan entri yang sebelum ini kan? (alamak! Kedengaran skema.tap seronok!) Kenalilah hakikat bahawa jangkaan anda sebenarnya...meleset!!! hehehehe...=p

Pernah satu ketika, semasa berambeh di rumah ’kedua’ ku di Sungai Tangkas, Bangi. Sedangku menseterika baju untuk bersiap sedia pergi ke Usrah Umum Perkepisma di Masjid As-Syakirin, KLCC (rindunya...huhu) diriku sedikit tersentak dan tersentuh dengan satu soalan yang diajukan oleh salah seorang Kakak Trio (haha! Jangan marah a...) yang menjadi tempat ku bermanja pada masa itu. ”Wani, banyak-banyak surah...surah apa yang wani paling suka???” Fuh! Pada masa itu, dalam hati...kosong! tak pernah terlintas dalam fikiran akan surah yang menjadi pilihan hati. Sayu memikirkan betapa kurangnya diri ini. Kita selalu berkongsi-kongsi minat contohnya, warna yang menjadi pilihan hati kita, lagu yang menjadi pilihan hati kita, filem yang menjadi pilihan hati kita, majalah hiburan yang menjadi pilihan hati kita, malah berkongsi-kongsi tentang pilihan hati kita...(eh? Lain macam je!=p takde, gurau je.)


Tapi untuk membincangkan pilihan-pilihan hati kita yang seperti ini, sangat jarang sekali. Apalah surah pilihan hati kita...siapakah tokoh Islam yang menjadi pilihan hati kita...buku ilmiah yang mana menjadi pilihan hati kita??? Tepuk dada, tanyalah hati kita akan pilihan-pilihan yang ingin dibuat oleh si hati. Sejak daripada hari itu, rasa tergerak untuk melihat pilihan-pilihan buat si hati itu ada...saya sudah mempunyai surah pilihan hati saya! Anda pula bagaimana??? =)

Buku-buku peneman dibilik masa sem 1...(sekadar gambar hiasan..)

”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

12:58 pm 10.10.2008

Jumaat

Tuesday, October 7, 2008

Cinta Kerena Allah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

...tengah membelek-belek buku Ihya' Ulumuddin, karangan Imam Al-Ghazali semasa masih menikmati suasana rumah tempoh hari, tiba-tiba tangan ini secara automatisnya membuka helaian ini... "Cinta Kerena Allah"(ejaan lain sedikit kerana buku ini diterbitkan pada tahun 1988...huhu)...terdetik! hmm...mungkin ada sebab jariku terarah untuk membuka helaian ini...Semua yang terjadi hanya dengan izin Allah kan? Selama ini, sering kali meniti di bibir kita, biar kasih dan sayang kita terhadap sesuatu atau seseorang (?) adalah kerana Dia, kerana Allah yang Esa. Tapi, adakalanya hati ini sangsi, apa yang sebenarnya dimaksudkan apabila kita merasakan cinta dan sayang itu hanya kerana Allah.

Dalam buku itu, (maaf kalau ada yang tersalah...) menyebut tentang beberapa contoh rasa cinta yang dipusatkan kerana Allah Taala. Antara contoh yang disebutkan ialah, apabila kita mencintai guru kita kerana mereka akan mengajar kita ilmu yang insyaAllah akan membawa kita untuk lebih mendekati Allah. Terlalu banyak jenis cinta yang ada disekeliling kita...apapun rencam jenis cinta yang ada, semuanya seharusnya kita kembalikan kepada tuan punya cinta itu sendiri...Tentu sekali bagi yang membaca entri ini, terutamanya yang mengenali diri ini tertanya-tanya dan mungkin ada yang mempunyai prasangka atau persepsi masing-masing terhadap diri ini, apabila membaca tulisan ini. Apa yang mampu untuk diluahkan kini, biarlah...biarlah orang memasang prasangka...mudah-mudahan yang terbaik dkurniakan oleh-Nya kepada kita semua.

Teringat akan satu kata-kata yang seringkali digunakan oleh kita apabila membicarakan soal cinta, "cinta itu akan hilang dengan hilangnya sebab" (Ibn Qayyim)...dan orang sering kata, cinta itu adalah sesuatu yang tidak dapat dihuraikan melainkan perkataan cinta itu sendiri!! Betapa hebatnya definisi cinta itu...sedih kan? andai kita tidak mampu untuk memanfaatkan makna cinta yang cukup hebat tiu??? Sedih kan? andai kita mensia-siakan cinta yang cukup tulus itu? Dan sangat menyedihkan bukan? apabila kita menyalurkan rasa cinta itu kepada sebab yang tidak layak untuk kita sandarkan cinta? Kembalikanlah rasa cinta kita, hanya kerana Allah...kembalikanlah dan semaikanlah dan semarakkanlah percintaan kita kepada Allah...susah...memang susah, namun yang susah itulah yang manis, yang susah itulah yang akan membantu kita lebih mengenali diri...Marilah kita jadikan Yang kekal itu sebagai sebab kepada cinta kita, kerana Dia takkan hilang...agar cinta kita tetap bersemi kepada Dia yang abadi...

Bonds of love
Artist: Raihan
Album: Demi Masa


Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind

Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart

Oh falling in love
With Allah....

The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail

Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam....

Wednesday, October 1, 2008

Apa yang kita nantikan sebenarnya???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pertama-tamanya....

sekadar gambar hiasan...hehehe


Selamat Hari Raya Aidilfitri...=)


Bagi yang berada di Miri, jemputlah datang ke rumah, Lot 740, Jalan Pujut 9, Miri. =)

hari raya pertama tahun kebelakangan ini, agak lengang jika dibandingkan ketika ku masih berada di sekolah rendah. Kunjungan yang tidak putus yang menyebabkan pada penghujung hariku pasti akan merasa kepenatan yang teramat sangat. Mungkin juga dengan faktor usia yang kini sudah terbiasa dengan keperluan kerja yang perlu diselesaikan setiap kali tibanya hari raya.

Hatiku sering tertanya-tanya, apa yang sebenarnya yang kita nantikan setiap kali tibanya hari raya??? Adakah kita menantikan saat untuk berjumpa dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bersua muka??? atau kita menantikan saat berkunjung ke rumah jiran tetangga dan mengumpulkan sebanyak mungkin duit raya??? (hanya sah untuk yang berumur 18 tahun dan ke bawah...hehehe) ataupun saat tibanya raya adalah saat untuk kita menantikan filem-filem dan cerita-cerita yang bakal ditayangkan di kaca TV.

Sedih...kerana pada hakikatnya, peluang hari raya adalah peluang untuk kita mengeratkan tali persaudaraan dengan sanak saudara dan jiran tetangga. Namun, seolah-olah peluang ini secara tidak langsung kita gantikan dengan peluang menambahkan bil elektrik untuk menonton televisyen dan "mengeratkan tali silaturrahim" dengan artis-artis yang memang sah-sah tak mengenali siapa kita. Belum lagi habis Ramadhan, stesyen-stesyen TV kelihatan sungguh beria-ria menunjukkan deretan cerita-cerita yang bakal ditayangkan sepanjang Syawal yang menjelang. Sudah hilangkah rasa untuk menikmati Syawal setelah kita menempuhi sebulan berpuasa???

Terkedu...kerana kadang-kadang apabila saat berkunjung ke rumah sahabat handai, terutamanya yang mempunyai set TV di rumah tamu, mata ini sering kali menjadikan TV itu sebagai tumpuan utama kita. Mana perginya nilai ber'jarah' (jarah=ziarah) pada hari raya kita? Kita ingin berbicara dengan tuan rumah atau kita ingin mengadakan 'eye contact' dengan TV tuan rumah???huhu...

Adakah kita ingin menggadaikan usaha mengekang nafsu kita selama sebulan lebur dengan cerita-cerita yang kadang-kadang mampu untuk mengembalikan kelalaian kita semula??? Tepuk dada, tanyalah hati dan iman kita...

Semoga semangat untuk rajin beribadah yang dipupuk sepanjang Ramadhan kali ini kita masih mampu untuk pertahankan sepanjang Syawal dan seterusnya dibawa sehingga ke Ramadhan yang akan datang... Semoga ingatan ini, terutamanya adalah untuk mengingatkan diri yang lalai dan alpa...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"


Wallahualam...