Baru kusedari, setiap semester, pasti akan ada perubahan terhadap pernilaian diriku terhadap definisi ukhuwwah ataupun lebih tepat, definisi persahabatan. Mungkin kerana semakin lama, semakin kenal, semakin kenal, kadang-kadang timbul pelbagai perasaan terhadap dia dan dia ni. Pelbagai tafsiran dan pemahaman terhadap tiap-tiap individu yang berbeza.
Keakraban diriku dan rakan-rakan sekelas boleh ku kira agak rapat. Namun, bagaimana ku melihat maksud rapat itu, menyebabkan banyak perkara yang kira tersilap pandang dan seterusnya memandang remeh terhadap perkara tersebut. Tatkala kita mengenali sahabat kita, pastinya ada tikanya kita akan faham, dan ada kalanya, pasti akan timbul perselisihan. Namun, bagaimana sebenarnya kita menghadapi semua ini??? Diriku faham, kini bukanlah masa untuk kita kenal tapi faham sahabat-sahabat kita… Faham??? Sejauh mana kita faham? Setelah kita faham, adakah kita bersedia untuk menerima atau mengabaikan sahaja andai ada perkara yang tidak sedap di hati. Oh…diriku terasa lemah…janganlah diriku berada di golongan orang yang hanya menulis, tanpa ada tindakan apa-apa andai perkara ini berlaku padaku.
Persahabatan??? Berapa nilainya??? Jika anda perasan, entri ‘sahabat lagi’, ada satu perenggan yang diriku ‘bold’kan… Kerana beredarnya waktu, kita akan semakin dapat melihat topengan-topengan masing-masing. Sama ada diri kita adalah diri kita di hadapan orang lain ataupun kita adalah orang lain di hadapan orang lain. Ya Allah, moga dijauhkan sahabat-sahabatku dan diriku daripada perkara-perkara sebegini. Mudah-mudahan aku bersahabat itu bukan kerana apa yang ada pada sahabatku yang mampu menyenangkanku tetapi kerana dirinya sendiri… Mohon dilindungi daripada kerapuhan ukhuwwah…
Ku mohon perlindungan-Mu ya Tuhanku…
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam