Hatiku macam tidak mampu untuk bertenang dua tiga hari ini. Mungkin sebab apa yang akan berlaku dalam empat hari yang mendatang. Tertekan? Mungkin juga. Bimbang. Namun, ku kembalikan segalanya kepada Maha Pencipta. Hatiku seolah-olah tidak berdegup sekata. Tidur yang tidak menentu…mudah-mudahan diriku sentiasa kuat dalam menghadapi apa sahaja yang perlu kuhadapi di hari-hari yang mendatang…=)
Ketika berada dilapangan terbang tempoh hari, sementara menunggu penerbangan ke Kuantan, diriku sempat berbual-bual dengan adik senegeri juga sekampusku. Biasalah, tatkala mempunyai peluang, pasti akan timbul isu-isu yang dibincangkan bersama. Salah satu perkara yang membuatkan ku sentiasa terfikir kini adalah mengenai soal membuat pilihan. Jika pada hari itu, perbincangan adalah sekitar membuat pilihan dalam menentukan hala tuju kehidupan. Antara minat dan keperluan… Saat itu aku sedar, betapa tidak mampunya aku menjawab soalan itu…Diriku akui, diri ini bukanlah seorang yang suka membuat pilihan dengan kata lain, diriku tidak suka memilih dan bukanlah jenis yang pemilih. Hehehe…macam berbelit-belit…=p
Antara minat dan keperluan, seringkali keperluan itulah yang akan menjadi teman yang mengejarku. Antara minat dan keperluan, seringkali minat pasti menjauhi dan kadangkala lenyap dalam ingatan. Mungkin ini satu kebetulan atau suratan…=) buku yang sedang ku baca iaitu “The Alchemist” karya Paulo Coelho bercerita tentang seorang yang berani dan sanggup untuk mengejar cita-citanya. Menempuhi rintangan hidup, sanggup meninggalkan keselesaan, demi untuk mengejar kata hatinya. Dalam perjalanan mengejar mimpinya, persekitaranlah yang mengejarnya mengenali lebih banyak tentang kehidupan. Adakah dia akan mencapai cita-citanya? Sama-sama kita nantikan sehingga diriku mempunyai kesempatan menghabiskan buku ini…hehehehe…
Impian kah yang aku cari? Atau keperluankah yang patut aku penuhi? Mudah-mudahan diriku dan juga sahabat-sahabatku sekalian, agar diberikan petunjuk untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan. =)
Diriku mendoakan kejayaan kalian dalam menggarap erti kehidupan dan perjuangan.
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
2 comments:
salam...pilihlah impian atau keperluan pun..asal kan di awal, tengah dan hujungnya tetap bermatlamat mengejar redha Ilahi...:)
salam kak aisah...
terima kaseh banyak2 atas nasihat...hehehe...=)
Post a Comment