Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan diriku berada di bumi ini. Semakin hari kurasakan semakin mencabar dua tiga menjak ini. Ketentuan sebagai seorang pelajar, begitulah kan? Jika tidak sibuk, kurasakan diriku pasti akan terkontang-kanting tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Semester ini sudah menghampiri pertengahan. Sedar tidak sedar, masa semakin meruncing untuk diriku menilai kembali apa yang telah ku timba sepanjang ku berada di sini. Ibuku selalu bergurau bahawa dia mempunyai dua buah Mercedes…salah satu daripada Mercedes itu bakal akan balik untuk berkhidmat. Dan tinggallah satu lagi Mercedes yang masih lagi tidak tahu sama ada nilainya menyamai jangkaan ataupun tidak? Hmm…
Semester ini banyak membuatkan diriku berfikir dan kerisauan…apa yang patut diriku lakukan seterusnya… semester ini banyak membuka mataku terutamanya pensyarah-pensyarahku yang berdedikasi. Huhu…gembira dan lega terasa kerana dikurniakan pensyarah-pensyarah yang sebegitu. Kenapa??? Setiap satunya sentiasa mengingatkan bahawa diriku sudah pun berada di peringkat yang ketiga…tahun ketiga…bukan lagi di tahun yang pertama atau kedua. Mana perginya ilmu-ilmuku yang kutimba selama dua tahun ini??? adakah diriku melafazkan niat belajar kerana Allah tetapi gagal untuk menghayati dan melaksanakan apa yang kulafazkan itu. Tadi, terasa ditampar lagi…disebabkan subjek yang ku ambil semester ini banyak merujuk kepada semester-semester yang lepas, maka mereka suka untuk mengulang perkara-perkara yang sepatutnya ku tahu… Padan muka sendiri…banyak lagi rupanya yang diriku tidak tahu dan tidak ingat walaupun hakikatnya, diriku telah diajar dan didedahkan dengan pelajaran-pelajaran itu.
Diriku tertanya-tanya sendiri… apa yang perlu ku lakukan??? Usaha yang patutnya dilipat-lipat-lipat gandakan semester ini. Kadang-kadang rasa gerun kerana diriku sedar bahawa diriku menggalas satu harapan dan cita-cita agama, keluarga dan tanah airku sendiri. Diriku sedar, ilmuku tidak pernah cukup…Ilmu Allah terlalu luas…nikmatnya kalau dapat mengaut sebanyak-banyaknya ilmu Allah itu…mampukah aku??? Ku sedar dan ku mengharapkan agar diriku tidak akan pernah bosan untuk meneguk ilmu sebanyak mungkin. Sapalah diriku jika dibandingkan dengan orang-orang yang berkemampuan memahami pelajaran-pelajaran tidak kiralah pelajaran secara akademik, agama mahupun pelajaran kehidupan.
Ku sedar, ilmuku tidak pernah cukup…kadang-kadang terasa seperti terpelecok dan merasakan diriku tidak memilih dengan sebaiknya…minat atau keperluan…kadang-kadang terasa seperti tersalah arah..namun, ku mohon kekuatan agar kakiku tetap melangkah andai jalan ini adalah jalan yang terbaik untuk semua. Tidak semestinya diriku tidak mendapat apa yang ku idamkan, bermakna aku ditempat yang salah. Pasti ada hikmah yang terselit di dalamnya. Tidak salahkan kalau kita memilih untuk menggembirakan orang lain tanpa menidakkan diri kita sendiri??? Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, hanya Dialah diriku yang kerdil ini memohon dan kepada-NYA lah diriku mengembalikan segala kegusaran. Moga diriku tetap kukuh di jalan-Nya tanpa mendatangkan fitnah kepada usaha untuk diriku berada di jalan dakwah ini. Moga hatiku sentiasa tenang dan tabah dan sentiasa diperkuatkan menempuh aturan-Nya.Ilmuku tidak cukup dan tidak pernah akan cukup, tetapi diriku tidak bercadang untuk berhenti daripada berusaha untuk mencukupkannya… =) Moga Allah izinkan dan moga diriku diberikan yang terbaik daripada-Nya…
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
-anNamLatuN-
18:37 (14/01/10)
1 comment:
Salam sayang anakku Azwani, Mak yakin dan percaya kemampuan dan komitmen kitak untuk usaha dan capai yang terbaik, InsyaAllah. Always remember, Do your very best and let Allah does the rest.
Post a Comment