Friday, December 23, 2011

Bahagian 2: my secret recipe?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, diriku masih terus berusaha memproses kacang soya untuk dijadikan tauhu.=D Kini, diriku di dalam fasa percubaan yang kelima dengan cabaran 1kg kacang soya...=) Diriku hanyalah seorang insan biasa yang belajar dari pelbagai cara...rahsia? tiada rahsia yang tersembunyi yang pastinya...

Inilah dia "secret recipe" yang diriku gunakan daripada awal pembuatan tauhuku hingga kini. =D
Video yang mengajar satu persatu, siap dengan resepi dan tips-tips nya sekali...=D


Moga bermanfaat untuk semua...

Wallahualam
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Thursday, December 15, 2011

Bahagian 1: Alhamdulillah...cun!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi-Nya, Tuhan sekalian alam, yang menciptakan segala yang ada di bumi, di langit dan segala-gala yang di antaranya...Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Pertama, diriku ini memohon maaf atas 'kelewatan' mengemaskinikan blog diriku ini. Pada mulanya, diriku merancang untuk menulis seminggu selepas awal muharram. Tetapi tergelincir pulak...=D maaf ya... Kedua, rahsia yang tersembunyi di sebalik kotak kayu perlu ditangguhkan sementara waktu kerana ada perkongsian yang lain yang diriku ingin utamakan..Moga memberi manfaat untuk semua...=)


Untuk bahagian pertama ini, diriku ingin memperkenalkan projek diriku yang sedang diusahakan...=D Projek? Projek yang boleh ku kira seperti eksperimen yang bermakmalkan dapur rumahku. Belum ada rezeki kerja di makmal sebenar, manfaatkanlah apa yang ada kan? =) Ekperimen ini adalah berasaskan kacang soya. Pada mulanya, diriku hanya berminat untuk mencuba untuk membuat sendiri bubur kacang soya ataupun lebih dikenali sebagai tauhu fa dan alhamdulillah...peluang untuk merasa air tangan sendiri berhasil...=) Nyum...nyum...

Namun, eksplorasi kacang soya nampaknya tidak hanya terhenti setakat itu. Bermula dengan hasrat yang disuarakan oleh ibu saudaraku bahawa di Miri, sukar untuk mencari penjual tauhu yang diyakini. Bermula dengan mencari cara...dan kacang soya yang digunakan untuk membuat tauhufa masih ada...mari mencuba!

Percubaan pertama:
Kerana masih ingin berjinak-jinak dengan cara pembuatan dan memahami cara pembuatan, diriku hanya menggunakan hanya sedikit kacang soya. Menggunakan mangkuk besi yang berlubang dan gypsum (kalsium sulfat) sebagai bahan pengeras. Dan hasilnya boleh kusimpulkan, rasa ada, rupa takda~ hehe Juga diiyakan oleh juri tetapku (ibuku) dirumah.


Percubaan kedua:
Diriku menggunakan kuantiti kacang soya yang lebih banyak. Kali ini, dah dapat idea baru... tidak lagi menggunakan mangkuk besi yang berlubang, tetapi menggunakan kontainer yang dilubangkan...dan bahan pengeras yang digunakan adalah air perahan lemon. Hasilnya: alamak! tauhu berperisa lemon...terlalu banyak air lemon yang digunakan...>_<" Rupa ada, rasa takda~ hehe

Percubaan ketiga: Jeng...jeng...jeng....

Alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah...percubaan ketiga, beberapa perkara diambil kira semula. Dengan menggunakan 500g kacang soya, kontainer berlubang masih digunakan dan gypsum menjadi pilihan diriku. Hasil yang sangat memberansangkan...=D Rasa ada, rupa ada~ hehe...Diiyakan oleh juri tetap serta juri professional (ayahku)...=D

Hasil selepas digoreng~

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....tiada yang lebih perlu diutamakan kerana hanya dengan izin-Nya lah, tauhuku berjaya...=) Namun masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki...Sekian dulu untuk bahagian pertama ini...nantikan bahagian kedua..=)

"Jadilah pengejar dan perindu redha Ilahi"

Wallahualam