Thursday, December 15, 2011

Bahagian 1: Alhamdulillah...cun!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi-Nya, Tuhan sekalian alam, yang menciptakan segala yang ada di bumi, di langit dan segala-gala yang di antaranya...Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Pertama, diriku ini memohon maaf atas 'kelewatan' mengemaskinikan blog diriku ini. Pada mulanya, diriku merancang untuk menulis seminggu selepas awal muharram. Tetapi tergelincir pulak...=D maaf ya... Kedua, rahsia yang tersembunyi di sebalik kotak kayu perlu ditangguhkan sementara waktu kerana ada perkongsian yang lain yang diriku ingin utamakan..Moga memberi manfaat untuk semua...=)


Untuk bahagian pertama ini, diriku ingin memperkenalkan projek diriku yang sedang diusahakan...=D Projek? Projek yang boleh ku kira seperti eksperimen yang bermakmalkan dapur rumahku. Belum ada rezeki kerja di makmal sebenar, manfaatkanlah apa yang ada kan? =) Ekperimen ini adalah berasaskan kacang soya. Pada mulanya, diriku hanya berminat untuk mencuba untuk membuat sendiri bubur kacang soya ataupun lebih dikenali sebagai tauhu fa dan alhamdulillah...peluang untuk merasa air tangan sendiri berhasil...=) Nyum...nyum...

Namun, eksplorasi kacang soya nampaknya tidak hanya terhenti setakat itu. Bermula dengan hasrat yang disuarakan oleh ibu saudaraku bahawa di Miri, sukar untuk mencari penjual tauhu yang diyakini. Bermula dengan mencari cara...dan kacang soya yang digunakan untuk membuat tauhufa masih ada...mari mencuba!

Percubaan pertama:
Kerana masih ingin berjinak-jinak dengan cara pembuatan dan memahami cara pembuatan, diriku hanya menggunakan hanya sedikit kacang soya. Menggunakan mangkuk besi yang berlubang dan gypsum (kalsium sulfat) sebagai bahan pengeras. Dan hasilnya boleh kusimpulkan, rasa ada, rupa takda~ hehe Juga diiyakan oleh juri tetapku (ibuku) dirumah.


Percubaan kedua:
Diriku menggunakan kuantiti kacang soya yang lebih banyak. Kali ini, dah dapat idea baru... tidak lagi menggunakan mangkuk besi yang berlubang, tetapi menggunakan kontainer yang dilubangkan...dan bahan pengeras yang digunakan adalah air perahan lemon. Hasilnya: alamak! tauhu berperisa lemon...terlalu banyak air lemon yang digunakan...>_<" Rupa ada, rasa takda~ hehe

Percubaan ketiga: Jeng...jeng...jeng....

Alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah...percubaan ketiga, beberapa perkara diambil kira semula. Dengan menggunakan 500g kacang soya, kontainer berlubang masih digunakan dan gypsum menjadi pilihan diriku. Hasil yang sangat memberansangkan...=D Rasa ada, rupa ada~ hehe...Diiyakan oleh juri tetap serta juri professional (ayahku)...=D

Hasil selepas digoreng~

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....tiada yang lebih perlu diutamakan kerana hanya dengan izin-Nya lah, tauhuku berjaya...=) Namun masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki...Sekian dulu untuk bahagian pertama ini...nantikan bahagian kedua..=)

"Jadilah pengejar dan perindu redha Ilahi"

Wallahualam




5 comments:

alifzaimimra said...

salam Coxy.

tahniah atas kejayaan membuat tauhu. mmg susah nak cari yg halal lagi toyyib sekarang ni. teruskan usaha. moga dipermudah segala urusan. all the best! ^_^

annamlatun said...

salam azmar,

hehe.lame dh tak dgr org panggil coxy...=) terima kasih atas doanya, insyaALLAH...kalau awak nk rs mehlh datang miri ye...tak pun, di mana bumi yg sy pijak.hehe

-luminous- said...

J! Serius cun ok! Nak belajar buat jugaaaa~
on a different note..rindu benar kat ko (nak cuba stop guna 'gile' hehe)...

annamlatun said...

mun-mun!!! hehehe..kat atas bukan main formal dengan si azmar tu..hehehe...sila2...

p/s: rindu awak juga~~~ =D

-luminous- said...

sebab azmar formal tu yg cik semut pun formal hehehe.nak buat tp nak buat sama2.InsyaAllah I balik nanti ok.
I x ajak u ke sini sebab I tau u tgh kumpul duit hehehehe =D