adakah kembara ilmuku akan bermula lagi? Apa pun kehendak-Mu, hamba-Mu ini memohon agar ditenangkan hati dan dipermudahkan segala urusan...moga yang terbaik untuk diriku, agamaku dan keluargaku...amin ya Rabb...
Friday, January 27, 2012
Thursday, January 12, 2012
Bahagian 3: Small traditional drill Vs Automated Hand drill
Vs
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita, Rasulullah s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda. Terasa lama perkongsian diriku tentang eksperimen tauhuku tertunggak sementara waktu. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya, minggu ini merupakan minggu ketiga diriku cuba menjual tauhu dan tauhufa hasil buatan sendiri. Jualan yang perlahan namun berterusan...Alhamdulillah...
Bahagian yang ketiga ini, diriku ingin menyentuh dari segi aspek penyediaan bekas yang digunakan untuk memampatkan gumpalan kacang soya untuk dijadikan tauhu. Proses 'pemampatan' (adakah perkataan ini wujud? hehe) merupakan antara proses yang penting dalam menghasilkan tauhu yang mempunyai rupa yang cantik dan keras. Proses ini melibatkan penyingkiran air daripada gumpalan kacang soya supaya strukturnya menjadi mampat dan menjadi hasil bongkah yang dipanggil sebagai tauhu. =)
Masa yang diambil untuk memampatkan gumpalan kacang soya berbeza-beza bergantung kepada bekas, kuantiti gumpalan tauhu dan berat objek yang digunakan untuk memampatkan tauhu. Mengelirukan? Tidak mengapa...kerana pada awal penglibatan ku dalam penghasilan tauhu tidak lama dahulu, diriku juga sukar untuk membayangkan bagaimana sebenarnya proses ini dilakukan. Mupok-mupok ok? (mupok = perkataan dalam bahasa sarawak yang bermaksud 'take it easy'...hehe.maaf, tak dapat cari perkataan yang seerti dengan bahasa Melayu)
Pertama sekali, diriku ingin memperkenalkan salah satu bekas daripada bekas-bekas yang telah menjadi mangsa tebukan...hehehe...Perkenalkan....
(Bekas yang belum ditebuk)
Tauhu yang mampat terhasil daripada air kacang soya yang telah dimasak dan melalui proses penggumpalan. Proses penggumpalan terjadi dengan mencampurkan air kacang soya yang telah dimasak dengan bahan penggumpal. Diriku memilih sejenis bahan yang dikenali sebagai 'gypsum' sebagai bahan penggumpal. (Diriku akan menerangkan lebih lanjut tentang jenis-jenis bahan pengumpal yang ada dalam bahagian yang akan datang...=) ) Setelah dibiarkan bergumpal buat seketika, gumpalan air kacang soya perlu diletakkan di dalam bekas yang mempunyai lubang seperti ini...
Ini adalah untuk membenarkan air daripada gumpalan air kacang soya dapat disingkirkan bagi mendapatkan hasil iaitu TAUHU...=)
Dalam bahagian kedua, diriku berkongsi sebuah video tentang pembuatan tauhu di Jepun. Melalui video tersebut, bekas yang digunakan merupakan kotak kayu yang mempunyai lubang di bahagian bawahnya. Memandangkan diriku tidak mampu untuk menghasilkan atau mencari kotak kayu sedemikian rupa, maka diriku telah mengubah suai bekas yang ku beli dengan menebuk lubang pada bahagian dasarnya dan di bahagian tepi. Siapa-siapa pun boleh melakukannya...=D
Percaya atau tidak, bekas-bekas pertama yang ku tebuk (lebih kurang 4-5 bekas) telah ku tebuk dengan menggunakan penebuk (drill) yang ku gunakan untuk menebuk katrij ink printerku...hehehe...menggunakan apa yang ada dalam kemampuan. Namun, setelah beberapa ketika, ayahku sudi meminjamkan penebuk tangan automatik...maka kerjaku lebih cepat, dengan lubang yang lebih besar dan banyak bekas yang boleh ku 'kerja'kan...hehehe. Peluang yang tidak patut untuk dilepaskan...menambahkan kemahiran diri kan? =) Tidak perlu menunggu mempunyai alat yang canggih...mari gunakan apa yang ada disekeliling kita...
"When there's a will, there's a way"
Moga mendapat manfaat...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Saturday, January 7, 2012
Apa di dalamnya? =D
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana diriku masih menaip pada hari ini...mencoret dan berkongsi
rasa..jika tidak untuk orang lain, cukuplah untuk renungan diriku di masa akan datang. Rasanya terlalu lama diriku tidak menunaikan 'janji' yang ku buat tanggal 26 november yang lepas. Ingin ku leraikan tanda tanya di sebalik kotak kayu yang comel yang telah ku simpan sejak diriku berada di Tahun Dua lagi...kini lebih kurang berusia 13 tahun dalam jagaan ku...=)
Diriku ingin memperkenalkan....
Dan ini 'sanak saudara'nya...hehe
Obsesiku terhadap dunia serangga sebenarnya telah bermula lebih awal daripada itu. Namun, hanya dengan sekadar memerhati. Namun, sejak adanya Buggy dalam hidupku, keinginan untuk tahu dan belajar lebih mendalam tentang serangga semakin menjadi-jadi sehinggalah ke hari ini. Jika tiada aral melintang...diriku ingin terus mengenali 'mereka' kerana dengan mengenali 'mereka'lah...diriku lebih mensyukuri dan mengagumi keagungan Ilahi...
Kuasa-Nya yang tiada tandingan, penciptaan haiwan kecil ini yang jika dihitung bilangannya, mencatatkan populasi yang tertinggi mengalahkan populasi haiwan-haiwan lain di muka bumi ini. Misteri yang tersembunyi ada yang tidak mampu dirungkai dek akal manusia...
Subhanallah...Maha suci diri-Mu ya Allah...
Tiada yang diciptakan di langit dan di bumi melainkan ada pengajaran yang terkandung di sebaliknya...
Izinkan diriku terus mempelajari tentang mereka walaupun tidak secara formal...kerana ku kenali diri-Mu melalui mereka...
Wallahualam
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Subscribe to:
Posts (Atom)