Tuesday, September 11, 2012

Coretan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Setiap detik yang berlalu,
Pasti ada rahsia yang tersembunyi,
Setiap lagu,
Setiap gambar,
Setiap ungkapan,
Pasti ada kenangan yang tersirat,
Kenangan yang terukir,
Memberi seribu satu erti,
Pada diri,
Pada dia,
Pada mereka,
Wahai diri,
Andai diri ini tiada lagi,
Tiada lagi untuk mengukir senyuman di hari esok,
Adakah…
Dalam setiap detik,
Dalam setiap lagu,
Dalam setiap gambar,
Dalam setiap ungkapan itu,
Ada diriku yang kerdil untuk diingati…
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam


Coretan,
-anNamLatuN-

Sunday, September 9, 2012

Defragment...


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang…

Setelah sekian lama, akhirnya diriku mencoret kembali…kehilangan diriku hanyalah untuk beberapa bulan sahaja kali ini…Tiga bulan (Mei sehingga Julai) diriku telah pergi menambah ilmu di bumi semenanjung…Diriku kembali selepas hamper setahun diriku kembali ke tanah tumpah darah ibuku…=)

Defragment…satu perisian yang akan ada dalam setiap komputer peribadi mahupun computer riba…satu perisian yang berfungsi untuk menyusun semula data-data yang ada di dalam computer kita dengan tujuan untuk mengekalkan prestasi dari segi fungsi dan kelajuan computer tersebut. Selalunya, diriku akan melakukan ‘defragment’ atau penyusunan semula data di dalam komputer ku sekiranya komputerku lambat mahupun setelah sekian lama diriku tidak melakukannya…

Apa kaitan defragment ini dengan kehidupan kita? Mungkin keadaan diriku yang agak berserabut dari segi emosi, pemikiran dan tingkah laku untuk beberapa minggu ini, membuatkan diriku terfikir tentang defragment…bukan defragment pada komputer ribaku, namun melakukan defragment itu kepada diri sendiri…terfikir sejenak, bilakah kali terakhir diriku berfikir sejenak tentang menyusun semula hati, menyusun semula pemikiranku, menyusun semula wawasanku, meneguhkan semula pendirian yang terasa semakin goyah…(mudah-mudahan tidak rapuh)…rasanya sudah lama sejak kali yang terakhir…dan sudah tiba masanya untuk diriku mengaplikasikannya dalam kehidupan…

Setiap perkara itu, pasti ada hikmah yang terkandung di dalamnya…mungkin kita akan Nampak secara terus, namun…selalunya hikmah itu akan tersembunyi dari pengetahuan kita…kerana Allah itu adil dan Dia Maha Mengetahui apa yang sepatutnya dan harus berlaku kepada diri kita…

Kesedihan, kemurungan…kegembiraan, keterujaan…rasa kasih sayang, rasa rindu…rasa kecewa, rasa yang tidak menentu…semuanya ada sebab kenapa segalanya berlaku…redhalah dengan setiap ketentuan wahai hati…redha dengan apa yang diberi…kerana setiap perkara itu ada hikmah yang tersembunyi…

Pesanan ini khas buat diriku yang alpa, buat diriku yang sering kali lalai, seringkali tidak berjaya sabar dan redha…mohon petunjuk-Mu ya Ilahi…

Moga diriku akan terus menjadi pengejar dan perindu redha Ilahi….

Wallahualam