Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang…
Setelah sekian lama, akhirnya diriku mencoret kembali…kehilangan
diriku hanyalah untuk beberapa bulan sahaja kali ini…Tiga bulan (Mei sehingga
Julai) diriku telah pergi menambah ilmu di bumi semenanjung…Diriku kembali
selepas hamper setahun diriku kembali ke tanah tumpah darah ibuku…=)
Defragment…satu perisian yang akan ada dalam setiap komputer
peribadi mahupun computer riba…satu perisian yang berfungsi untuk menyusun
semula data-data yang ada di dalam computer kita dengan tujuan untuk
mengekalkan prestasi dari segi fungsi dan kelajuan computer tersebut.
Selalunya, diriku akan melakukan ‘defragment’ atau penyusunan semula data di
dalam komputer ku sekiranya komputerku lambat mahupun setelah sekian lama
diriku tidak melakukannya…
Apa kaitan defragment ini dengan kehidupan kita? Mungkin
keadaan diriku yang agak berserabut dari segi emosi, pemikiran dan tingkah laku
untuk beberapa minggu ini, membuatkan diriku terfikir tentang defragment…bukan
defragment pada komputer ribaku, namun melakukan defragment itu kepada diri
sendiri…terfikir sejenak, bilakah kali terakhir diriku berfikir sejenak tentang
menyusun semula hati, menyusun semula pemikiranku, menyusun semula wawasanku,
meneguhkan semula pendirian yang terasa semakin goyah…(mudah-mudahan tidak
rapuh)…rasanya sudah lama sejak kali yang terakhir…dan sudah tiba masanya untuk
diriku mengaplikasikannya dalam kehidupan…
Setiap perkara itu, pasti ada hikmah yang terkandung di
dalamnya…mungkin kita akan Nampak secara terus, namun…selalunya hikmah itu akan
tersembunyi dari pengetahuan kita…kerana Allah itu adil dan Dia Maha Mengetahui
apa yang sepatutnya dan harus berlaku kepada diri kita…
Kesedihan, kemurungan…kegembiraan, keterujaan…rasa kasih sayang,
rasa rindu…rasa kecewa, rasa yang tidak menentu…semuanya ada sebab kenapa
segalanya berlaku…redhalah dengan setiap ketentuan wahai hati…redha dengan apa
yang diberi…kerana setiap perkara itu ada hikmah yang tersembunyi…
Pesanan ini khas buat diriku yang alpa, buat diriku yang
sering kali lalai, seringkali tidak berjaya sabar dan redha…mohon petunjuk-Mu
ya Ilahi…
Moga diriku akan terus menjadi pengejar dan perindu redha
Ilahi….
Wallahualam
No comments:
Post a Comment