Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Pejam celik pejam celik...diriku sudah dua minggu berada di bumi Kuantan ini...terasa lama...mungkin kerana jadual yang secara nyatanya tidak begitu padat, tetapi entah mengapa rasa seperti penuh yang luar biasa. =) Wallahualam...
Minggu-minggu yang berlalu ini, kadang-kadang dicuit rasa rindu terhadap tiga bulan lepas yang telah diriku tinggalkan. Rindu~ Namun kerinduan itulah bekalan untukku sepanjang satu tahun ini. Terlalu banyak kenangan yang telah didaftarkan dalam lipatan hidupku sepanjang tiga bulan itu. Pengalaman demi pengalaman... rasa demi rasa...sungguh, perasaan rindu itu indah tetapi tidak akan membawaku ke mana-mana andai diriku tidak memanfaatkannya.
Owh...kawan-kawanku yang menuntut di universiti lain rata-ratanya sudah pun menghabiskan pengajian mereka...Tahniah sahabat-sahabat...=) Itu menambahkan buak rasa untuk berusaha sebaik mungkin selagi ada peluang yang diberikan. Terlalu banyak nikmat yang dikurniakan...yang tidak akan mampu ku hitungi dan balas.
Moga tahun terakhir ini menjadi tahun yang terbaik untuk ku...juga masa untuk berfikir, ke mana diriku selepas ini? =D Moga diriku tidak mendustakan nikmat yang diberikan untukku...Terima kasih Allah...Terima kasih...walaupun diriku tahu, nikmat-Mu tidak akan mampu ku samai dengan rasa kesyukuranku...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terasa lama tidak mencoretkan sesuatu di sini...alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana diriku kini telah melangkah semula ke semester yang baru...Percaya atau tidak, semester ini insyaALLAH menjadi semester kedua terakhir (mungkin~mana tahu nak sambung lagi disini? =p) buatku di bumi Kuantan ini.
Allahu Allah...sungguhpun, minggu ini baru sahaja minggu yang pertama, namun terasa sudah berada disini untuk berminggu-minggu lamanya...Permulaan yang baik? Mudah-mudahan begitulah...=) Apa-apa pun, sebenarnya kita telah diberikan peluang untuk melakukan permulaan yang baik pada setiap hari. Terlepas peluang yang sudah diserukan itu, maka sepanjang hari mungkin terasa kusut dan resah..Peluang yang diriku maksudkan adalah solat Subuh kita pada setiap pagi. >_<" betapa diriku terasa masih kurang menghargai dan menghayati nikmat yang diberikan.. Moga semester baru ini, semester yang mempunyai hari-hari yang dimulakan dengan baik...amin...=D "Early birds get the early worms..."=)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Allahu Allah…syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya, diriku dan sahabat-sahabat seramai lebih kurang 17 orang memenuhi ruang rumah tempatku berteduh sepanjang tempoh praktikalku ini bagi merealisasikan hasrat untuk bertemu dalam program Janataqwa HEWI anjuran HEWI (Hal-ehwal Siswi) PERKEPIS. Program yang bermula dengan menyambut kehadiran sahabat-sahabat dari segenap kawasan di Kuching me’rindok’kan hati lagi keadaan. Mereka hadir lebih kurang pada pukul 6.45 petang membolehkan yang hadir awal menyempurnakan solat Maghrib secara berjemaah bersama-sama. Aduhai, ‘rindok’nya ati…=D
Usai solat maghrib, kami makan malam bersama-sama dan meneruskan sesi suai kenal dengan secara mendalam. Allahu Allah…indahnya pertemuan…=) Rasa ‘rindok ati’ masih melekat dan mekar hingga ke saat ini. Semalam dan hari ini seperti mengumpul dan menyegarkan kembali memori indahnya tautan ukhuwwah yang sudah lama tidak bertemu, pertemuan dengan sahabat-sahabat yang baru dikenali dan sahabat-sahabat yang bertemu tanpa disangka-sangka.=)
Sesi yang pertama merupakan sesi suai kenal yang di pimpin oleh Saudari Hamizah.
Sesi pada malam semalam sangat bermakna kerana pada masa itu, diriku juga tidak menyangka pelbagai perkara yang dibincangkan secara selit-selitan. Sambil bersuai kenal, sambil itu juga perkongsian pandangan dan idea antara kakak-kakak dan adik-adik. Tidak kurang juga perkongsian pengalaman yang jarang untuk kita kongsikan walaupun kita sering bersama. Sesi ditangguhkan untuk memberi ruang sahabat-sahabat yang hadir berehat dan bersedia untuk bangun awal pada keesokan harinya. (kemaafan daripada tuan rumah andai keadaan tempat tidur kurang selesa.huhu)
Peluang untuk solat berjemaah bersama-sama dan bangun malam bersama-sama dimanfaatkan. Selepas solat subuh dan bacaan al-Mathurat, perkongsian yang berharga daripada Saudari Mariati yang turut serta dalam Janataqwa kali ini dengan mengambil peluang keberadaannya di bumi Kuching ini. Perkongsian yang bertajuk ‘solat’. Perkongsian bersifat dua hala dan banyak persoalan-persoalan yang timbul yang seharusnya dibawa semula dengan jawapan-jawapan dan pandangan-pandangan daripada orang yang lebih tahu di Janataqwa yang akan datang. (Ameen…=D)
Selepas sesi perkongsian, kami minum pagi dan janataqwa kali ini menampilkan sesuatu yang menarik. Saudari Hamizah telah berkongsi ilmu jahitan yang memanfaatkan perca kain (lebihan kain) untuk dijadikan bentuk dan boleh disambung untuk menjadi lapik meja ataupun sarung kotak tisu. Menarik! =) Bertambah satu lagi ilmu kraftangan yang kami peroleh…alhamdulillah…=D
Subhanallah…moga hati-hati ini sentiasa ditautkan dan sentiasa berada tetap untuk berjuang dengan kemampuan dan cara masing-masing di jalan-Nya. Moga bertemu lagi di Janataqwa HEWI di masa akan datang…=D
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Pagi sabtu yang cerah, mentari pagi ini cerah. Teringat kata-kata ibu jika diriku berada di rumah jika baju yang dibasuh masih belum disidai lagi. “Rugi cahaya matahari” (jika tidak dimanfaatkan)…=D
Maka, dengan tulang empat kerat, diriku melaksanakan kerja-kerja di hari sabtu yang lengang. Sambil-sambil itu, nasyid berkumandang di telefon bimbitku…antaranya adalah salah satu nasyid dalam album i look i see 1. =)
Sungguhpun nasyid-nasyid merupakan nasyid yang ditujukan untuk golongan kanak-kanak, tetapi, percayalah, jenis nasyid inilah yang mampu mengetuk hati kita.
Sambil mencelup kain di dalam rendaman air, fikiranku melayang ke salah satu perkara yang dibincangkan dalam usrah umum minggu lepas. Ketika menyentuh tafsir ayat Ibrahim (ayat 6 hingga 10), iaitu tentang syukur. Persoalan yang timbul pada malam itu adalah bagaimana kita mengekspresikan rasa syukur itu?
Syukur adalah ucapan dan tindak tanduk kita yang dirasai apabila kita mendapat suatu nikmat yang diberikan kepada kita. Syukur merupakan cara untuk kita menunjukkan rasa berterima kasih kepada pencipta kita. Ucapan terima kasih merupakan ucapan yang terawal diajarkan kepada kanak-kanak. Daripada awal lagi, apabila menerima barang daripada orang lain, seringkali kita dengar dan lafazkan kepada si kecil, “Udah dapat ya, padah apa tek?” (dah dapat tu, ucap apa?). Kadang-kadang apabila si kecil berdegil, kita akan ambil barang yang baru diperolehnya sehinggakan dia melafazkan ucapan terima kasih kepada si pemberi untuk menunjukkan bahawa ucapan itu penting sebagai tanda penghargaan kepada orang lain.
Melangkah ke zaman persekolahan, ucapan terima kasih sentiasa ditekankan. Setiap kali habis sahaja waktu kelas, pastinya ketua darjah mahupun tingkatan akan berdiri untuk mengetuai ucapan “Terima Kasih cikgu” kadang-kadang dengan irama yang pelbagai. Bagaimana pula apabila melangkah ke alam university, di alam pekerjaan dan apabila kita berhadapan dengan masyarakat dengan pakcik bas? Masihkah kita membiasakan diri dengan ucapan-ucapan terima kasih? Tepuk dada, tanyalah diri kita. =)
Selain ucapan ‘terima kasih’, adakalanya, dengan perbuatan kita juga mampu untuk menunjukkan rasa terima kasih. Kalau disekolah, kita bantu cikgu untuk angkat buku, kepada sekolah, kita bantu untuk membersihka sekolah, untuk pensyarah kita bantu mana yang patut…
Andai kita mampu untuk melafazkan ucapan terima kasih kita terhadap sesama manusia, betapa perlnya kita membiasakan diri untu melafazkan rasa terima kasih kita terhadap Pencipta kita. Betapa pentingnya kita menunjukkan rasa terima kasih kita atas segala nikmat yang diturunkan oleh-Nya kepada kita. Sesungguhnya, sebanyak mana pun kita bersyukur, tidak akan dapat menyamai banyaknya nikmat yang kita terima. Dari sekecil-kecilnya kepada sebesar-besarnya, seringkas-ringkasnya ke rumit-rumitnya perkara itu di depan mata kita. Bagaimana? Dengan kita melaksanakan perintah yang wajibnya kepada kita, memperbanyakka amalan-amalan tambahan yang digariskan untuk kita, menggunakan nikmat yang dikurniakan itu dengan betul pada tempatnya, dan berterima kasih dan berbuat baiklah kepada segala makhluk ciptaan-Nya dan banyak lagi…yang kita boleh laksankan bagi menunjukkan rasa terima kasih kita kepada-Nya.
Terima kasih ya Allah…atas nikmat-Mu yang terhingga, terima kasih ya Rahim… Segala puji bagi-Mu ya Allah dan Nabi Muhammad kekasih Allah…=)
Berkehendak mencari nasyid lain, tetapi lain pula yang ditemui: Sama-sama kita hayati:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Agak lama rasanya tidak menulis tentang topik 'serangga'...=) Sedikit perkongsian untuk semua...sempat membelek-belek buku "The Ants" semasa berada di Miri tempoh hari. Dalam hati teringin untuk membawa bersama buku itu. Namun, perlu menahan diri untuk memberi peluang kepada bekalan-bekalan yang lebih perlu. Sungguhpun begitu, sesuatu yang menarik sempat ku baca, yang baru buat diriku... Dalam salah satu bab yang menyentuh tentang interaksi antara sejenis semut dengan semut yang lain, buku itu telah menyebut bahawa kebanyakkan semut menggunakan teknik yang aggresif terutamanya dari segi ketenteraannya. Menurut sekumpulan myrmecologist (pakar kaji semut), wujud hieraki antara spesis semut. Ada diantaranya, seringkali menggantikan jajahan semut lain dalam sesuatu kawasan.
(semut di gunung santubong...=D)
Mereka (saintis) membahagikan semut kepada 3 peringkat (hieraki): 1. Peringkat paling bawah - semut yang hanya mempertahankan sarang mereka. 2. Peringkat pertengahan - semut yang mempertahankan sarang dan makanan yang dicari. 3. Peringkat teratas - semut yang mempertahankan sarang dan semua kawasan pencarian makanan (kawasan jajahan).
Diriku tidak sempat menghadam semua penerangan tentang ketiga-tiga peringkat dalam hieraki semut ini. Diriku hanya sempat membaca tentang peringkat yang paling bawah. Semut yang tergolong dalam peringkat ini, mereka ini pakar dalam mencari lokasi-lokasi makanan yang baru. Akan tetapi, mereka akan mengabaikannya jika berhadapan dengan semut yang lebih aggresif (berada di hieraki yang lebih tinggi). Ini menyebabkan semut yang paling kurang aggresif ini mempunyai litupan kawasan makanan yang luas, dan mereka akan bertindak bertukar tempat kepada kawasan yang kurang mendapat tumpuan andai diberikan tekanan oleh semut-semut dalam hieraki yang lebih tinggi,
Subhanallah...begitu indah ciptaan Ilahi...sekecil-kecil si semut, namun aturan kehidupan mereka yang kompleks dan penuh pengajaran. =)
Moga mendapat manfaat...moga ada perkongsian yang seterusnya...amin...=)