Saturday, June 5, 2010

Rasa berTERIMA KASIH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Pagi sabtu yang cerah, mentari pagi ini cerah. Teringat kata-kata ibu jika diriku berada di rumah jika baju yang dibasuh masih belum disidai lagi. “Rugi cahaya matahari” (jika tidak dimanfaatkan)…=D

Maka, dengan tulang empat kerat, diriku melaksanakan kerja-kerja di hari sabtu yang lengang. Sambil-sambil itu, nasyid berkumandang di telefon bimbitku…antaranya adalah salah satu nasyid dalam album i look i see 1. =)

Sungguhpun nasyid-nasyid merupakan nasyid yang ditujukan untuk golongan kanak-kanak, tetapi, percayalah, jenis nasyid inilah yang mampu mengetuk hati kita.

Sambil mencelup kain di dalam rendaman air, fikiranku melayang ke salah satu perkara yang dibincangkan dalam usrah umum minggu lepas. Ketika menyentuh tafsir ayat Ibrahim (ayat 6 hingga 10), iaitu tentang syukur. Persoalan yang timbul pada malam itu adalah bagaimana kita mengekspresikan rasa syukur itu?

Syukur adalah ucapan dan tindak tanduk kita yang dirasai apabila kita mendapat suatu nikmat yang diberikan kepada kita. Syukur merupakan cara untuk kita menunjukkan rasa berterima kasih kepada pencipta kita. Ucapan terima kasih merupakan ucapan yang terawal diajarkan kepada kanak-kanak. Daripada awal lagi, apabila menerima barang daripada orang lain, seringkali kita dengar dan lafazkan kepada si kecil, “Udah dapat ya, padah apa tek?” (dah dapat tu, ucap apa?). Kadang-kadang apabila si kecil berdegil, kita akan ambil barang yang baru diperolehnya sehinggakan dia melafazkan ucapan terima kasih kepada si pemberi untuk menunjukkan bahawa ucapan itu penting sebagai tanda penghargaan kepada orang lain.

Melangkah ke zaman persekolahan, ucapan terima kasih sentiasa ditekankan. Setiap kali habis sahaja waktu kelas, pastinya ketua darjah mahupun tingkatan akan berdiri untuk mengetuai ucapan “Terima Kasih cikgu” kadang-kadang dengan irama yang pelbagai. Bagaimana pula apabila melangkah ke alam university, di alam pekerjaan dan apabila kita berhadapan dengan masyarakat dengan pakcik bas? Masihkah kita membiasakan diri dengan ucapan-ucapan terima kasih? Tepuk dada, tanyalah diri kita. =)

Selain ucapan ‘terima kasih’, adakalanya, dengan perbuatan kita juga mampu untuk menunjukkan rasa terima kasih. Kalau disekolah, kita bantu cikgu untuk angkat buku, kepada sekolah, kita bantu untuk membersihka sekolah, untuk pensyarah kita bantu mana yang patut…

Andai kita mampu untuk melafazkan ucapan terima kasih kita terhadap sesama manusia, betapa perlnya kita membiasakan diri untu melafazkan rasa terima kasih kita terhadap Pencipta kita. Betapa pentingnya kita menunjukkan rasa terima kasih kita atas segala nikmat yang diturunkan oleh-Nya kepada kita. Sesungguhnya, sebanyak mana pun kita bersyukur, tidak akan dapat menyamai banyaknya nikmat yang kita terima. Dari sekecil-kecilnya kepada sebesar-besarnya, seringkas-ringkasnya ke rumit-rumitnya perkara itu di depan mata kita. Bagaimana? Dengan kita melaksanakan perintah yang wajibnya kepada kita, memperbanyakka amalan-amalan tambahan yang digariskan untuk kita, menggunakan nikmat yang dikurniakan itu dengan betul pada tempatnya, dan berterima kasih dan berbuat baiklah kepada segala makhluk ciptaan-Nya dan banyak lagi…yang kita boleh laksankan bagi menunjukkan rasa terima kasih kita kepada-Nya.

Terima kasih ya Allah…atas nikmat-Mu yang terhingga, terima kasih ya Rahim… Segala puji bagi-Mu ya Allah dan Nabi Muhammad kekasih Allah…=)

Berkehendak mencari nasyid lain, tetapi lain pula yang ditemui: Sama-sama kita hayati:


“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

1 comment:

sHiNo said...

ALHAMDULILLAH ;)


ok, aku nak like entry ko ni, tapi asal xde ikon 'like' pon..

oopss.. bukan fb laa ;P

anyway, ucapan thanx tuh da memadai..ckp utk mende remeh pon, kalo ikhlas, n da biasakan diri, it wont be berat utk berterima kaseh esp to HIM..

alhamdulillah ;)