Wednesday, April 29, 2009

Salahkah aku menjadi pemalu???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Pernahkah anda dilabelkan sebagai seorang yang pemalu? Malu? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan malu? Malu dari segi apa? Malu dengan siapa? Salahkah menjadi seorang pemalu???

Hari ini, bukanlah sebenarnya hari yang memalukan sehingga perlu untuk menulis tentang malu. Tetapi malu menjadi perbincangan utama diriku bersama-sama empat rakan yang lain. Saja, mengambil peluang berkumpul antara maghrib dan isyak, berkongsi maklumat dan pengalaman, lari sejenak daripada kesibukan belajar untuk peperiksaan.

Ingin sekali diriku melontarkan persoalan ini sekali lagi…

Salahkah untuk menjadi seorang pemalu???

(Berkongsilah wahai sahabat-sahabatku, jangan malu untuk berkongsi rasa…=D)

Sebenarnya, perbincangan kami ada berkisar dengan satu hadith, iaitu hadith yang ke-20 dalam Buku Hadith 40, syarahan Mustafa ‘Abdul Rahman. Hadith ini menyebut tentang perihal malu.

Semasa dalam perbincangan tadi, persoalan asas dilontarkan kepada rakan-rakanku, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan malu? Ada yang menjawab, itu adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata (lebih kuranglah…kurang tepat rasanya.hehehe)…Definisi umum yang boleh ku berikan ialah, malu merupakan satu sifat yang ada pada diri manusia yang menjadi pengukur kepada adab sopan kita. Malu sangat berkait rapat dengan akhlak dan tingkah laku kita seharian.

Berbalik kepada persoalan yang telah dihitamkan tadi, salahkah untuk kita menjadi seorang pemalu?

Mestilah tak salah…asalkan malu kita itu adalah malu yang bertempat.

Dalam syarahan hadith itu ada menyebutkan, terdapat dua jenis malu, iaitu malu yang asli iaitu malu yang telah menjadi tabiat dan perangai seorang sejak dilahirkan lagi. Malu yang kedua ialah malu yang diusahakan melalui pengajaran ketuhanan dengan cara mengenal Allah.

Dimanakah tempat yang sesuai untuk berasa dan menjadi seorang pemalu? Atau adakah masyarakat kini sudah tidak menjumpai tempat untuk meletakkan rasa malu dan membuangnya ketepi? Masihkah ada rasa malu kita? Andai ada, malu itu pada siapa? Sama ada malu kita kepada manusia yang lain? Ataupun malu kita adalah malu kepada Pencipta kita? Tepuk dada, tanyalah iman kita.

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam


(p/s: entri ini telah ditulis ketika masih berada di kampus...baru berkesempatan nak post...huhu...)

Sunday, April 12, 2009

Kalau anda???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Kala entri ini diletakkan di dalam blog ini, diriku hanya akan mempunyai satu kertas sahaja lagi yang tinggal untuk dilangsaikan. Satu namun, usahanya perlu seribu sebab satu-satunya subjek yang tinggal itulah merupakan antara subjek yang payah untuk mencapai target. Doakan ya semua…=)

Banyak lagi yang perlu dibaca, tapi teringin nak menulis sebentar. Hehehe…menjelang peperiksaan, apa yang kita paling gemar untuk lakukan??? Jawab jangan tak jawab wahai sahabat-sahabatku!!!

Tapi sebelum sempat anda menjawab soalan diriku yang tak seberapa ini, diriku akan menjawabnya dahulu…hehehehe….

Menjelang peperiksaan, akan muncullah kegemaran-kegemaran lain yang terlalu ingin dilakukan. Apa dia??? Belajar? Hehehe…itu satu kewajiban, bukan satu kegemaran walaupun anda gemar untuk belajar. Bagi diriku, ada perkara yang bakal akan ku lakukan setiap kali berhadapan dengan ‘mood’ peperiksaan. Satunya, setiap kali nak periksa, pasti kerajinan ku untuk membasuh kain menggunakan tulang keratku akan melonjak dengan mendadak sekali! Seingatku, sehari sebelum semalam, diriku basuh baju, semalam pun basuh juga, hari ini dah basuh lagi sikit…hehehehe…adoi…tengah orang rajin menelaah, diriku membasuh baju..huhu…

(Lukis sendiri...percaya tak? Tapi ada gambar rujukan...nanti saya kongsikan isi apa yang saya baca ya...=) )

Lagi? Tanganku lebih lekat pada buku selain buku pelajaran. Semalam contohnya, tengah orang lain sibuk membaca nota-nota Biotech, Law & Ethics, diriku pula sibuk membelek buku Outline to Entomology…hehehehe…takpe-takpe…walaupun tidak berkaitan dengan peperiksaan yang bakal ku hadapi, namun itu adalah ilmu yang ingin diriku tuntuti…


Lagi? Tengok cerita…hehehe…tapi Alhamdulillah ada kekuatan ang lebih pada semester ini untuk mengekang perangai yang kurang elok itu. Maka, semester ini, tengok cerita masa exam Berjaya dicantas! Yeah…Cuma mp3 dipasang lebih kerap…hmmm….ish…ish…ish…

Apa-apa pun wahai sahabat-sahabat, semua yang kita lakukan itu andai dilakukan secara berlebihan akan membawa masalah kepada diri kita. Berpada-padalah dalam setiap perkara…=)

Opps…dah pukul 12 tgh hari (jam kumbangku)…perlu meneruskan pembacaan untuk exam petang ni…mudah-mudahan segala berjalan lancar…=)

(Hadiah dari sahabat seperjuangan...pembakar semangat untuk kertas-kertas terakhir peperiksaan semester ni...comel...terima kasih nisah...=) )

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

Wednesday, April 8, 2009

shining bronze...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Setelah sekian lama aku terlupa akannya...tiba-tiba diriku disapa kerinduan malam ini...

--Bonang Penerus--

Satu ketika, ini merupakan salah satu umpan bagi ahli keluargaku gunakan untuk menarik minatku memasuki UIAM...namun hajat tak kesampaian...Niat untuk meneruskan minatku perlu dikorbankan...

Kurang pasti bila diriku berpeluang semula...

*Bonang penerus
- alat yang pernah menemani ku di atas pentas. (masa zaman sekolah menengah...hehehe)
- pelengkap kepada bonang barung yang selalunya menjadi pemula.
-Sungguhpun saiznya lebih kecil daripada bonang barung, fungsinya penting untuk mengisi kekosongan 'note' bonang barung...pendek kata, bonang penerus adalah alat yang disengajakan 'off beat' (luar daripada nota)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Ada apa dengan peperiksaan…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Ya Allah, berkatilah ilmu yang kutimba selama ini agar aku dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian dan bukan hanya di dewan peperiksaan…

Sedar atau tidak, peperiksaan ku telah setengah daripadanya telah kulalui…mahu atau tidak, tiga kertas lagi yang menanti untuk dijawab. Tiga kertas yang ku kira menimbulkan persoalan di benakku…ada apa dengan peperiksaan? Bukan kerana diri ini enggan menduduki peperiksaan tetapi, hatimu tertanya sendiri, apa yang telah kupelajari selama ini? Kenapa perlu diriku melalui tempoh peperiksaan…

Walaupun hanya tiga kertas, cukup untuk membuatkan kepala ku terasa diketuk! Mungkin boleh kukatakan, persediaan ku, jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain, rasanya kalau tidak bagaikan langit dan bumi, cukuplah sekadar membandingkan beza antara tanah dan KLCC. Hehehe… tetapi itulah caraku. Ku rasakan diriku telah melakukan yang sehabis baik. Namun, diriku tidak puas. Tidak puas untuk menjawab…ku percaya, inilah maksudnya kita menghadapi peperiksaan…

Apa yang kita akan lakukan terhadap ilmu yang kita telah timba setelah habis peperiksaan? Apa yang kita lakukan dengan apa yang kita hafal sebelum memasuki dewan peperiksaan? Adakah sekadar menyalurkan idea-idea ‘bernas’ kita sekadar coretan kosong yang tidak membawa manfaat melainkan untuk menjadi tatapan dan memuaskan hati kita kerana markah yang menarik??? Ini diriku coretkan buat renungan hati ku dan juga hati-hati yang ingin menerima coretan ku.

Bagiku, peperiksaan yang sebenar bermula sebaik sahaja kita melangkah keluar daripada dewan peperiksaan. Pada masa itulah, kita baru mengerti erti kesilapan dan penyesalan. Pada masa itulah kita tidak tahu apa yang kita tidak faham, apa yang kita tidak tahu. Pelajaran, sesungguhnya bukan semata-mata terkongkong dalam lingkupan nota yang diberikan oleh pensyarah kita. Aku sedar akan hakikat itu, namun, itulah kedegilan seorang manusia! Huhuhu…mudah-mudahan aku akan jadikan ini sebagai pengajaran bagi diriku…

Aku pasrah dan berserah kepada Ilahi akan apa sahaja keputusan yang bakal aku terima. Ada tiga lagi!!! Berusaha wahai diri!!! =) Tetap bersemangat!!! Nak kecewa pun…rasanya macam dah tak berguna kerana perasaan kecewa itu lebih banyak memakan ruang dalam hati…Betul tak??? Hehehe…

Esok: Enzymology

12/4: Biotech, Law and Ethics

15/4: Basic Genetic Engineering

Bila nak balik??? Hmm…kepastian yang belum ada lagi…apa apa pun, JOM PESTA BUKU!!! =p

Eh????? Owh…terlupa…kepada sahabat-sahabatku yang juga sedang dan yang bakal menghadapi peperiksaan…SEMOGA BERJAYA SEMUA…walaupun ku tahu, ramai yang tidak sanggup merugikan masa menghadap internet buat masa ini…(ye ke??? =p)

Diriku sentiasa mendoakan semua Berjaya bukan hanya dalam peperiksaan, malah juga dalam menjaga perhubungan kita dengan Allah dan hubungan antara kita sesama manusia…=)

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam