Wednesday, April 8, 2009

Ada apa dengan peperiksaan…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Ya Allah, berkatilah ilmu yang kutimba selama ini agar aku dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian dan bukan hanya di dewan peperiksaan…

Sedar atau tidak, peperiksaan ku telah setengah daripadanya telah kulalui…mahu atau tidak, tiga kertas lagi yang menanti untuk dijawab. Tiga kertas yang ku kira menimbulkan persoalan di benakku…ada apa dengan peperiksaan? Bukan kerana diri ini enggan menduduki peperiksaan tetapi, hatimu tertanya sendiri, apa yang telah kupelajari selama ini? Kenapa perlu diriku melalui tempoh peperiksaan…

Walaupun hanya tiga kertas, cukup untuk membuatkan kepala ku terasa diketuk! Mungkin boleh kukatakan, persediaan ku, jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain, rasanya kalau tidak bagaikan langit dan bumi, cukuplah sekadar membandingkan beza antara tanah dan KLCC. Hehehe… tetapi itulah caraku. Ku rasakan diriku telah melakukan yang sehabis baik. Namun, diriku tidak puas. Tidak puas untuk menjawab…ku percaya, inilah maksudnya kita menghadapi peperiksaan…

Apa yang kita akan lakukan terhadap ilmu yang kita telah timba setelah habis peperiksaan? Apa yang kita lakukan dengan apa yang kita hafal sebelum memasuki dewan peperiksaan? Adakah sekadar menyalurkan idea-idea ‘bernas’ kita sekadar coretan kosong yang tidak membawa manfaat melainkan untuk menjadi tatapan dan memuaskan hati kita kerana markah yang menarik??? Ini diriku coretkan buat renungan hati ku dan juga hati-hati yang ingin menerima coretan ku.

Bagiku, peperiksaan yang sebenar bermula sebaik sahaja kita melangkah keluar daripada dewan peperiksaan. Pada masa itulah, kita baru mengerti erti kesilapan dan penyesalan. Pada masa itulah kita tidak tahu apa yang kita tidak faham, apa yang kita tidak tahu. Pelajaran, sesungguhnya bukan semata-mata terkongkong dalam lingkupan nota yang diberikan oleh pensyarah kita. Aku sedar akan hakikat itu, namun, itulah kedegilan seorang manusia! Huhuhu…mudah-mudahan aku akan jadikan ini sebagai pengajaran bagi diriku…

Aku pasrah dan berserah kepada Ilahi akan apa sahaja keputusan yang bakal aku terima. Ada tiga lagi!!! Berusaha wahai diri!!! =) Tetap bersemangat!!! Nak kecewa pun…rasanya macam dah tak berguna kerana perasaan kecewa itu lebih banyak memakan ruang dalam hati…Betul tak??? Hehehe…

Esok: Enzymology

12/4: Biotech, Law and Ethics

15/4: Basic Genetic Engineering

Bila nak balik??? Hmm…kepastian yang belum ada lagi…apa apa pun, JOM PESTA BUKU!!! =p

Eh????? Owh…terlupa…kepada sahabat-sahabatku yang juga sedang dan yang bakal menghadapi peperiksaan…SEMOGA BERJAYA SEMUA…walaupun ku tahu, ramai yang tidak sanggup merugikan masa menghadap internet buat masa ini…(ye ke??? =p)

Diriku sentiasa mendoakan semua Berjaya bukan hanya dalam peperiksaan, malah juga dalam menjaga perhubungan kita dengan Allah dan hubungan antara kita sesama manusia…=)

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

1 comment:

Anonymous said...

pendidikan di malaysia ni semua berorentasikan peperiksaan. kalau penjawat awam pun kena exm...tu yg ada PTK....