Sambil-sambil menunggu kawan-kawan yang lain, setelah selesai mathurat di baca, diriku yang ditemani seorang sahabat tiba-tiba teringin mendengar apa kata sahabatku tentang penat atau letih...Katanya, letih adalah apabila dia tidak cukup tidur...Andai dia tidak cukup tidur, dia ada kemungkinan untuk tertidur di tempat-tempat yang tidak sepatutnya kita sebagai seorang pelajar tidur. Setelah bertanyakan beberapa soalan padanya...akhirnya, dia pun berkata, "Letih tu, subjektif kan?"
Pagi tadi, di dalam kelas, diriku duduk di samping salah seorang rakan sekelasku dan dia mengantuk...kataku, "eh, dah mengantuk dah?" jawabnya, "ha'ah, itulah...padahal aku dah tidur awal dah semalam"...penat kah dia?
semasa usrah yang lepas, ketika sesi soal jawab, sahabatku bertanyakan tips-tips yang boleh menyebabkan dia mengantuk di dalam kelas...dan persoalana itu telah diberi pandangan oleh salah seorang ahli usrah yang menjawab dari sudut perkaitan antara mengantuk dan peredaran darah...adakah dia mengantuk kerana letih dan penat?
Apa maksud penat dan letih pada anda???
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
4 comments:
letih itu mmg subjektif...
oleh itu, mohonlah kekuatan dpd-Nya selalu. ;)
Letih...hmm...senyumlah dalam keletihanmu.. =)
salam wani sayang, pernah ada sorg lecturer ni, dia bg nasihat kat kitorg masa kitorg undergrad, tempat rehat yg hakiki adalah bila di syurga. dunia mmg tempat kita usaha kuat2 berletihan2. =)
kdg-kdg maybe krg bsenam menyebabkan mgntuk..bila otak tlalu bayk bfikir,bdn akn jd pnat n letih maka kemengantukan akn muncul dlm diri...skali skala bsenam apa slhnya,supaya oksigen byk msuk dlm drh n otak,,,otak cegas,insyAllah bdn akn kuat...
Post a Comment