Tuesday, August 18, 2009

Fikir...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Pernahkah anda berada dalam keadaan di mana anda tidak mampu untuk berhenti berfikir? Berfikir tentang banyak perkara, berfikir tentang pelbagai benda. Tidak kiralah yang sekadar terlintas di fikiran, mahupun yang menjadi perbualan…

Diriku sedang keliru, diriku tahu, berfikir itu baik, tetapi bagaimana jika terlalu banyak berfikir? Daripada semalam, banyak perkara yang menerjah di mindaku. Perkara-perkara biasa yang berlegar di sekitar hidupku. Berlegar di bibir sahabat-sahabatku. Keadaan ini membuatkan diam seribu bahasa. Seolah-olah tidak mahu berkata-kata. Dan pabila saat diriku berkata-kata, terasa seperti ada yang tidak kena dan kadang kala kesabaranku semakin nipis entah kenapa.

Sekadar menyatakan apa yang diriku rasa…

Dua perkara yang sering muncul adalah:

1) Adakah sekadar hafalan yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan dan memberikan markah yang tinggi itu cukup memuaskan?

2) Bagaimana sebenarnya perasaan orang yang hanya berlegar sekitar 3K (Katil, kafe dan kelas)?

Kesan kafein di dalam pembuluh darahku bakal berkekalan memandangkan diriku menambah lagi setengah dos daripada neslo buatan makcik kafe…=)

Moga diriku mampu memanfaatkan waktu-waktu ku dengan sebaiknya…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

No comments: