Monday, September 21, 2009

Maaf Zahir dan Batin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

SYAWAL MUNCUL LAGI!!!!!

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi dan setiap yang berada di antaranya...selawat dan salam buat Rasul junjungan dan para sahabat baginda...
Jari jemariku terasa agak keras, mungkin kerana sudah lama tidak menaip dan melontarkan buah fikiran-buah fikiran ku...Terasa agak kekosongan sebenarnya...bukan kerana tidak punya apa yang ingin dikongsikan, malah terlalu banyak...malah sebenarnya, ada yang mampu ku coretkan di atas kertas-kertas yang kugunakan untuk menulis nota-nota ulangkaji pelajaranku.=)

Terasa rindu dengan alam blogging...teringat akan satu peristiwa yang terjadi di dalam kelas ku pada awal semester ini tadi. Salah seorang pensyarahku mengeluarkan sebuah pernyataan (hehe...bukan penyataan akhbar ye...=D) bahawa "bloggers are mind-illness people"...maksudnya, orang yang membuat dan menulis di dalam blog adalah orang yang mempunyai masalah mental. Katanya, dia mengeluarkan pernyataan itu disebabkan orang yang menulis blog ini, dengan tidak segannya berkongsi perkara-perkara peribadi dan persendirian yang mungkin padanya tidak patut dikongsikan dengan orang lain. Pada mulanya, diriku juga teruja (lebih kepada geram) dengan pernyataannya. Namun, itulah yang harus kita terima. Tidak semua manusia itu sama. Dan tidak semua yang membaca atau berminat untuk membaca blog. Dan bloggers pada diriku, mempunyai objektif menulis yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada kita adalah mental-illness people atau tidak, tapi itulah pilihan yang semua orang ada. Baca atau tidak, ambil pengajaran atau tidak, itu semuanya bergantung kepada individu kan?
Semester ini hampir berakhir tanpa diriku sedari. Mungkin perkara-perkara yang berlaku disekelilingku membuatkan diriku seolah-olah mengejar persekitaranku semampunya. Akan tetapi, dalam sesi kejar-mengejar itu, blog ku agak bersesawang semester ini...Maafkan daku wahai blog...T.T

Akhir sekali, sempena Syawal yang kedua ini, di dalam ruang tamu yang kosong ini, ingin diriku menyusun enam kaki (kaki semut...semut mana ada jari...haha) memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan jika ada kekasaran bahasa sepanjang saya menulis di dalam blog anNamLatuN ini...moga sentiasa mendapat manfaat dan doakan agar diri ini terus-menerus menulis tanpa mengharapkan balasan daripada yang lain selain daripada Yang Maha Esa...

Salam lebaran, salam aidilfitri...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

1 comment:

Badrul Aini Sha'ari said...

كل عام وأنتم بخير