Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sabtu yang pertama dalam bulan Mei telah di letakkan sebagai hari untuk menyambut hari Ibu di seluruh dunia. Hari Ibu merupakan hari yang dikhaskan untuk kita menunjukkan rasa sayang dan kasih terhadap insan yang telah mengandung dan melahirkan kita dengan izin-Nya. Walaupun pada diriku, setiap hari boleh dijadikan hari ibu tanpa menunggu hari yang khusus. Bulan Mei merupakan bulan yang istimewa buat diriku, memandangkan kedua-dua orang tua ku lahir dalam bulan Mei.
Diriku bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu...diriku bertambah bersyukur kerana ibuku serta ayah dan kakak ku akan datang malam ini menziarahi diriku di sini...=")
Sebenarnya, diriku ingin berkongsi secebis pengalaman yang ku kira sangat berharga buat diriku. Sesuai dengan tema hari ibu yang jatuh pada esok hari...=D
Allah telah menemukan diriku dengan seorang kakak yang bertugas di makmal yang sama dengan tempat diriku diletakkan pada hari pertama diriku mendaftar disini. Berperwatakan ceria, penuh dengan cerita...Pada mulanya, dia seperti tidak begitu ramah denganku berbanding apabila dia bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Biasalah, ketika itu, diriku baru 'berusia' dua hari di meja itu. Takkanlah tiba-tiba dan secepat itu untuk beramah mesra kan? Diriku pun dalam keadaan 'blurr' dan cuba untuk meninjau-ninjau dimana diriku boleh membuatkan mereka berasa selesa dengan kehadiran diriku disitu.
Pada hari yang ketiga diriku berada di makmal itu, tengah-tengah diriku melayan diri dan laptop, kerana tidak mahu menganggu dirinya di meje bersebelahan denganku. Tiba-tiba, dirinya mula membuka bicara. bercerita tentang anaknya yang tengah mendapat tawaran ke matrikulasi di Perak dan tengah menunggu keputusan pemohonan UPU. Sambil-sambil itu, diriku juga berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah kulalui sebelum ini. Sekali-sekala menjawab pertanyaannya selagi mana diriku mampu untuk menjawab. Sambil-sambil kami bercerita, dirinya menunjukkan gerak-geri kerisauan seorang ibu yang bakal berjauhan dengan anaknya. Itulah perasaanku ketika itu, kerana gerak-geri itu seperti pernah kulihat sejak kakak ku melanjutkan pelajaran di pusat matrikulasi. Nada suaranya, menunjukkan tanda-tanda serak-serak basah...>_<" alamak...apa yang aku telah lakukan...hoho...(perkenalan berusia dua atau tiga hari telah menyebabkan seorang yang bergelar ibu sebak...wani...wani...)... Sejak daripada itu, setiap kali mempunyai peluang untuk duduk di meja ku bersama dirinya yang tengah melakukan kerja di tempatnya, pasti dia akan bertanya-tanyakan tentang hal-hal yang bakal atau mungkin akan dilalui oleh anaknya. (Moga diriku menjawab sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya...huhu) Pada hujung minggu ini, anaknya ditemani oleh dirinya dan mungkin ahli keluarga yang lain akan mendaftar di pusat matrikulasi di Perak sepertimana adik-adikku yang lain, yang bakal mendaftar di pusat matrikulasi masing-masing. Penerbangannya dijadualkan pada petang ini. Dirinya, kulihat seperti serba tidak kena. Duduk seperti tidak selesa, muka kebingungan...segalanya seperti tidak kena. Ya Allah, tenangkanlah hatinya...Sebelum dia pulang ke rumah untuk bersiap-siap tadi, sempat diriku memberitahunya bahawa dengan izin-Nya, segalanya agak berjalan dengan baik dan lancar. Mendoakan agar dia selamat pergi dan selamat pulang. Seminit dua berlalu...terdengar bunyi suaranya teresak-esak..(opps...kali keduak...hoho) Diriku turut sebak sejenak melihat dirinya yang sebak... Kasih seorang ibu... Moga anaknya, juga adik-adik yang bakal menempuhi kehidupan yang lebih luas dan mencabar ini, sentiasa ingat akan pesanan orang tua kita yang terkandung seribu satu harapan dan kerisauan yang tidak berbelah bahagi kepada kita. Biar kita dihantar dengan tangisan kerisauan, pastikan kita kembali, disambut dengan tangisan kegembiraan...=D Selamat berjuang wahai adik-adik ku!!!! Saya boleh (insyaALLAH), kenapa anda tidak? (Ya Tuhanku, rindunya diriku pada dirinya...moga dia sentiasa sehat dan gembira disamping
suami tersayang...hehe =) )
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
1 comment:
rTerharu dengan pengorbanan seorang ibu...jasa ibu tak terkira banyaknya,Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu,,,,s
Post a Comment