Tuesday, June 1, 2010

=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, pencipta manusia bermula daripada segumpal darah, Dialah yang mengatur segala yang ada di langit dan di bumi dan segala yang di antaranya...
Kerap kali muncul di fikiran ku tentang satu persoalan yang sempat juga ku lontarkan kepada beberapa orang yang bertuah untuk menjawab persoalan ini:

"Apa yang anda fikirkan apabila melihat kanak-kanak?"

Perkara yang meransang diriku untuk berfikir tentang perkara ini mungkin juga kerana sejak dua menjak ini, terlalu kerap memerhatikan kanak-kanak, di mana sahaja mereka berada. Tidak kiralah di kawasan perumahan, kawasan kedai, tepi-tepi jalan, dalam 'stroller' sambil lena ditolak dengan lembut oleh si ibu ataupun di dalam kereta.

Tiba-tiba teringatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kereta di hadapanku ketika berada di Miri hujung minggu yang lepas. Mulanya dia melambai-lambaikan tangan ke arah kami. "Lambei balit ni.." (lambai balik wani...) kata kakak ku. Apa lagi, layan~ lambai...tiba-tiba, sesi lambai melambai bertukar menjadi main cak-cak...(dia yang bersembunyi ye...bukan diriku...>_<") sampailah ke satu tahap, kakak ku beralih ke lorong yang lain kerana kereta itu agak perlahan. sangatlah comel budak itu...sempat diriku menoleh ke tepi dengan niat untuk melambainya...namun apa yang ku lihat, dirinya tengah mencari-cari kami di belakang..=)

Diriku bukanlah seorang yang ramah apabila bertemu dengan kanak-kanak. Terutamanya kanak-kanak perempuan. huhu...Namun diriku lebih suka memerhati, kadang-kadang memegang dan kadang-kadang menjadi kanak-kanak bersama-sama mereka di 'alam peperangan'...haha...

Apa yang diriku lihat pada diri kanak-kanak sebenarnya? "Kanak-kanak adalah sehelai kain putih, bergantunglah kepada ibu bapanya yang mencorakkannya"... Kadang-kadang timbul rasa kasihan terhadap kanak-kanak zaman sekarang, yang kadang-kadang kulihat seperti model yang menggayakan baju-baju dalam pelbagai fesyen oleh ibu bapa mereka. Bukanlah diriku ingin mengkritik ibu bapa yang melakukan sedemikian, namun mungkin kerana itu bukan caraku.
Itulah yang menjadi salah satu perkara yang diriku akan terfikir, "entah macam manalah diriku nak mendidik anak-anakku satu hari nanti?"...walaupun tidak pasti bila, namun tidak salah kan kalau nak berfikir tentang masa hadapan? =)

Adakalanya, kita akan melihat kanak-kanak yang bersia-siar dengan kawan yang lebih tua daripada mereka...Kanak-kanak ini, aduhai, kerana ikut-ikutan, bertindak seiring dengan 'abang-abang' ikutan mereka. Tambah menyedihkan apabila si abangnya merokok, dia pun turut serta... oh...adik-adikku...

Akhir sekali, ingin ku kongsikan daripada buku yang sedang dibaca, bertajuk "Wahai Puteriku! Jilid 1" karya Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili dalam tajuk 'Menjaga anak' (Bacaan untuk menambah pengetahuan walaupun masih belum ada anak atau anak buah yang perlu dijaga..=D)

Dalam bab ini, pada pandangan Zainab Al-Ghazali , anak merupakan generasi masa depan. Ajaran Islam menggalakkan penjagaan anak dengan pendidikan yang baik, nasihat yang berguna serta memelihara hak-haknya.

Antara hak-hak yang patut diberikan kepada si anak adalah:
1. Hak untuk mendapat nama yang baik dan indah,
2. Persekitaran atau rumahtangga yang harmoni, tempat anak-anak ini membesar,
3. Didikan asas daripada ibu bapa.

Moga perkongsian ini, perkongsian yang bermanfaat...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

No comments: