Tuesday, September 28, 2010

Tidak pasti apa yang dihadapan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Segala puji bagi Allah yang menjadikan suasana pagi yang hening lagi mendamaikan. Hari ini, diriku bertemankan koleksi nasyid Nowseeheart ku...baru sahaja pulang daripada menghantar sahabatku yang bakal memulakan perjalanannya untuk pulang ke rumah kerana ada kecemasan...Mudah-mudahan urusannya dilancarkan dan mudah-mudahan dirinya sentiasa kuat menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupannya...amin...

Melihat dirinya, diriku termangu sendiri, berjalan dalam keadaan otak dan hatiku ligat berbicara. "Hari ini adalah hari yang getir buatnya, kita tidak tahu bila akan tibanya masa yang getir untuk kita. Mungkin esok, mungkin lusa, tidak mustahil hari ini atau beberapa saat lagi"...Ayat inilah yang muncul secara berulang-ulang dalam diriku...Sungguh, diriku tidak mengetahui bila tibanya diriku diuji oleh-Nya. Bersediakah diriku untuk menghadapi tika itu dengan penuh kesabaran. Mampukah diriku akan cukup bertenang sepertimana diriku dalam keadaan biasa.

Allahu Allah...siapalah diriku di hadapan Mu ya Ilahi...tabahkanlah dan berilah kesabaran dalam diri kami dalam meniti kehidupan kami...amin ya Rabbal alamin...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Monday, September 6, 2010

lagu dan lirik~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini dan semalam...diriku seperti mencari rentak bagi menyiapkan tugasan-tugasanu yang masih tertunggak. Sedang-sedang mencari rentak, diriku mencari halwa telinga yang boleh menimbulkan perasaan yang ku inginkan. hehe. Sambil-sambil itu, jika lagu-lagu yang dibuka terasa tidak perlu disimpan, makanya, lagu-lagu itu akan disingkirkan daripada simpanan. Semalam, diriku menyaring lagu-lagu dendangan Zain Bikha. Diriku bukanlah seorang yang tertumpu kepada satu individu atau kumpulan sahaja. Asalkan sedap dan bermakna, lagu-lagu itu cukup untuk menarik perhatianku. Lagu-lagu Zain Bikha yang kuminati setakat ini hanyalah Allah Knows...lagu-lagunya yang lain, ada antaranya diriku tidak mampu menangkap patah perkataan dan maksud lagunya. Akhirnya, diriku mengambil keputusan mencari lirik untuk lagu-lagu yang ku buka. Ada yang diriku berkenan, dan ada juga yang telah disingkirkan. Lagu yang menarik perhatianku semalam yang ingin ku kongsikan bersama adalah lagu yang bertajuk "Pizza in his pocket"...hehe...tajuknya sudah mampu menimbulkan tanda tanya kan?


hari ini? Diriku menyaring lagu-lagu Fatih Indon. Lagu yang bagiku sedap dan dapat kuterima daripada Fatih Indon adalah Anugerah Yang Indah dan Hidupmu kan berarti...semasa diriku bersama-sama sahabatku tempoh hari, dia mengatakan bahawa dia menyukai lagu "Ikan, Laron dan Semut"...disebabkan bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia, diriku kurang cekap menangkap sebutan-sebutan dalam lagu tersebut. Seperti semalam, diriku mendengar bertemankan lirik lagu tersebut. Menarik dan comel! hehehe...lirik untuk renungan bersama...=)

Ikan, Laron dan Semut

Album : World Idol
Munsyid : Fatih
http://liriknasyid.com


*)
Aku senang, aku senang
Tapi bingung, aku bingung
Aku senang, aku senang
Tapi heran, aku heran..

Dan akupun bertanya..
Pada semua ikan di kolam
Tiadakah kau bosan, disitu...
Dan diapun menjawab,tiada bosan
Walau berada di tempat sekecil ini
Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku

Dan akupun bertanya..
Pada laron-laron berterbangan
Kenapa kau hidup semalam...
Dan Iapun menjawab,Tiada tersiap..
Walau hanya semalam aku hidup di dunia
Karna dalam semalam..
aku hidup, Ku sebut Tuhanku...
back to *)

Dan akupun bertanya..
Pada semut-semut di sarangnya..
Tidakkah kau merasa lelah bekerja...
Dan Dia pun menjawab, Tiada lelah..
Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,
Karna setiap saat dalam bekerja, bersama Tuhanku..

Dan ikanpun menjawab,tiada bosan
Walau berada di tempat sekecil ini
Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku

Dan laronpun menjawab,Tiada tersiap..
Walau hanya semalam aku hidup di dunia
Karna dalam semalam,aku hidup, Ku sebut Tuhanku...

Dan semutpun menjawab, Tiada lelah..
Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,
Karna setiap saat, dalam bekerja, bersama Tuhanku..

Dan aku bertanya, pada jiwaku
Sejauh apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada hatiku
Sedalam (selama) apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada diriku
Sekeras apa... kerja tanpa Tuhanmu (3x)

(Ikan, Laron dan Semut –by: FATIH)

Aku malu dengan ikan, laron dan semut...
aku bertanya pada jiwaku, hatiku, dan diriku....

p/s: Laron bermaksud kelkatu dalam bahasa Indonesia...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Thursday, September 2, 2010

Ink pen ku tersekat-sekat...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tiba-tiba perasaan ingin menulis dalam dua tiga hari ini mekar dalam diri. Mungkin kerana masa untuk diri sendiri itu sepenuhnya mampu untuk dimanfaatkan. Segala tugas-tugas
tambahan yang masih membuatkan diriku terikat kini, ku tinggalkan tanpa sedar di bumi Kuantan. Apalah dayaku, untuk berpatah balik ke sana, dan untuk berpatah balik semula ke sini tidak menampakkan signifikasinya. Maafkan diriku wahai teman-teman...Semampunya diriku menghulurkan bantuan daripada kejauhan ini.

Diriku sedang cuba untuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak. Sambil-sambil itu mendengar lagu-lagu Jepun. sebenarnya ingin menyaring mana lagu yang diriku harus buang daripada simpananku. Kalau nak simpan tapi tak dengar pun, tak guna juga. Coretanku tercetus tentang
satu perkara. Mengalamun sejenak di meja comel milik sahabatku...sambil-sambil mengumpul data sebelum diriku mampu menggoreng demi menyiapkan tugasanku itu. =) Hai hai...harap-harap gorengannya garing dan tidak hangus. hehe...

Satu perkara yang ku maksudkan adalah tatkala pen kegemaranku jenama faster yang mempunyai 3/4 warna, perjalanan ink yang tersekat-sekat. Sebab utama diriku memilih dan menyukai pen ini adalah kerana ink untuk keempat-empat warna yang diberikan jarang memberikan kesan yang kurang memuaskan. Lancar.. dan berbaloi... namun, kekurangannya, pen kegemaranku ini, sangat sensitif apabila terjatuh. Sama ada badannya retak di mana-mana ataupun ink yang dikeluarkan tidak selancar sebelumnya.

Diriku terfikir sejenak...apa yang kita akan lakukan tatkala menghadapi pen seperti ini? Andai pen itu adalah pen biasa dan kita mempunyai banyak pen di depan mata, pastilah kita akan bertindak memilih pen yang lain. Mudah...tidak perlu menyusahkan diri dan menyakitkan hati melihat tulisan kita yang terputus-putus. Tapi entah mengapa, ada sahaja pen yang lain yang boleh diriku gunakan, namun pen itu juga yang ku pilih...walaupun tulisannnya tidak selancar biasa. Dan disebabkan pada pen itu bagaikan ada 4 pen yang lain, pada fikiranku, mungkin warna-warna yang lain itu tidak seperti yang satu itu.

Ingin ku analogikan pen itu sebagai masalah dalam kehidupan kita. Tatkala masalah datang menjengah dalam kehidupan kita, apa yang kita akan lakukan? Adakah kita berupaya untuk 'menukar' masalah kita sepertimana kita mengubah pen yang kita gunakan kerana tulisannya yang tidak lancar dan menganggu kehidupan kita? Menghadapi masalah padaku, andai kita hadapi seperti kita sabar dengan tulisan pen yang tersekat-sekat, aliran ink pen yang seterusnya mungkin akan menjadi lancar seperti biasa. Setiap masalah itu, pasti ada jalan penyelesaiannya, andai satu cara tidak dapat, cara lain masih boleh diusahakan. Seperti pen kegemaranku, andai dengan warna pertama tidak mampu menulis dengan baik, ada warna-warna seterusnya yang boleh kita manfaatkan. =)

Sekadar mencoret dan meluahkan apa yang terlintas di benakku. Lain orang lain penilaiannya... Moga mendapat manfaat...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Wednesday, September 1, 2010

Sungkei penuh makna...=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Allahu Allah...perjalananku dari Kuantan ke Kuala Lumpur dan Selangor 27 Ogos yang lepas mempunyai rentetan yang tidak terduga olehku. Perjalanan yang hanya diketahui oleh keluarga dan beberapa kenalan rapat menjadi sungguh bermakna untukku. Walaupun
diriku merasakan kurang bersedia untuk memulakan perjalanan kembali ke negeri tercinta. Namun, segalanya telah diatur dengan sangat cantik oleh-Nya.

Memang sungguh niatku untuk menziarahi sahabatku hujung minggu yang lepas. Cuma tidak menyangka ziarah itu akan berterusan sehinggalah diriku menaiki kapal terbang pada jumaat yang akan datang. Sahabatku...sahabatku...kasihan dia kerana hampir-hampir tidak mampu mempercayai hakikat bahawa diriku telah muncul di muka pintu biliknya. Rindu~ Terasa lama sudah tidak bertemu dengannya. Sabarlah wahai sahabatku,sekali sekala dikejutkan begitu tak mengapa kan? =D

Langkah kanan rupanya...setelah beberapa ketika di biliknya, akhirnya dia memberitahuku; "aih, petang tok kita sungkei d Sirim, Shah Alam...YB Fadhilah mok jumpa..." (petang ini kita akan berbuka di Sirim, Shah Alam, YB Fadhilah nak berjumpa). Tidakku menyangka diriku bakal ke Shah Alam petang itu bersama-sama anak Sarawak yang lain dari pelbagai kampus. Sebenarnya diriku mempunyai sasaran lain pada hari esok. Namun, ganjaran-Mu yang menggunung dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Terima kasih ya Allah...Ku
merasakan perjalanan hari ini sudah panjang buatku. Rupa-rupanya ada perjalanan yang lebih panjang pada keesokkan harinya.

(Terima kasih YB Fadhilah atas jemputan)

Perjalanan pada 28 Ogos bermula seawal 9.30 pagi dengan menaiki bas 91 daripada Gombak. Tambang yang dahulunya RM 2 sudah pun naik sebanyak RM0.50. Masing-masing terkejut sebab sahabatku juga sudah lama tidak menaiki bas itu. Perjalanan dimulakan awal memandangkan diriku perlu mencari barang-barang yang dipesan untuk dibawa balik ke rumah.

Menjelang zohor, kami berdua bergerak ke stesyen KLCC...Aduhai~ rindunya pada tempat ini. Tempat yang menjadi rutinku dua kali sebulan ketika diriku berada dua tahun d pusat matrikulasi dahulu. Masjid As-Syakirin...tempat kami berkongsi ilmu dan pengalaman. Tempat kami berkongsi rasa kerinduan. Jumlahnya tidak begitu ramai kali ini. Namun, itu pun sebenarnya sudah cukup ramai berbanding satu ketika dahulu. =)

Apa yang kutunggu-tunggu sudah tiba. Inilah sebab yang membuatkan rasa ingin turun daripada Kuantan muncul pada awalnya. Majlis berbuka puasa bersama Ustaz Muhadir. Sungguhpun tidak mengenali beliau, namun rasa ingin bertemu dan bersama-sama berbuka dengan adik-adik di UIA PJ menguatkan kaki yang melangkah ini meneruskan perjalanan. Agak lama sudah tidak menjejakkan kaki di sana. Tempat yang mula-mula menyambutku di Tanah Semenanjung Malaysia. Diriku tidak mempunyai banyak memori disini. Namun cukuplah tempat ini sebagai tempat permulaan ku mencari diriku yang sekarang ini.=)

Hehe..kembali ke perkara pokok..Majlis berbuka puasa bersama ustaz Muhadir. Beliau hadir sekitar jam 7 petang. Bermula dengan suai kenal bersama-sama dengan yang hadir. Kehadirannya disitu membuatkan ku rasa teruja. Tidak menyangka ada seorang ada insan
sepertinya yang sebenarnya dekat dengan kami disini. Ustaz Muhadir berpeluang memberi kata-kata amanat selepas solat maghrib. Katanya, lepas ini bolehlah kami makan malam dengan lebih aman dan tidak tergesa-gesa. =)

(Terima kasih ustaz Muhadir sebab sudi meluangkan masa bersama-sama kami)

Inginku kongsikan tiga perkara yang dikongsikannya pada malam itu. Tazkirah pada malam itu sepenuhnya dalam bahasa Sarawak. Peluang untuknya melepaskan kerinduan katanya. Rindok nyawa~ =D
3 perkara yang disentuh oleh Ustaz Muhadir: (andai ada silap salah, mohon ditegur ya...)
1. Ukhuwwah
- dia menerangkan asal usul perkataan ukhuwwah adalah daripada perkataan ikhwan, akhie yang bermaksud abang. Hubungan yang rapat seperti adik-beradik. Ukhuwwah yang kita perlu bina sesama anak-anak sarawak sendiri. Walau apapun ideologi kita katanya, "dalam bab Sarawak tok, jangan kita berpecah" (Dalam hal Sarawak ni, jangan kita berpecah). Dan kata ustaz, untuk memperbaiki diri, kita perlukan jemaah yang kita boleh bertaut padanya.

2. Kita mesti ada ilmu
- Jangan lupa pada ilmu agama dan juga tidak melupakan bidang yang kita sedang belajar.
-Teringat kata-kata ustaz: "Mok jadi engineer, jadi engineer benar-benar, mok jadi doktor jadi doktor bena-bena"...=)
- Dan jangan lupa pedoman dalam hidup kita. Perlunya untuk kita meletakkan agama dalam diri. Jadi doktor yang ada agama dalam diri, jadi engineer yang ada agama dalam diri, jadi arkitek yang ada agama dalam diri, jadi saintis yang ada agama dalam diri.

3. Hormat kepada orang yang lebih tua.
- Ustaz berpesan agar hormat dengan senior-senior yang ada. katanya, ada keberkatan apabila kita hormat dengan orang lain.
- Beliau sempat berpesan, Allah berikan kita kekurangan agar kita tidak sombong.=)

Sampai disini sahaja perkongsianku kali ini. Sudah lama tidak mencoret sepanjang ini. Moga mendapat manfaat daripada perkongsian yang serba sederhana ini.

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam