Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Tiba-tiba perasaan ingin menulis dalam dua tiga hari ini mekar dalam diri. Mungkin kerana masa untuk diri sendiri itu sepenuhnya mampu untuk dimanfaatkan. Segala tugas-tugas
tambahan yang masih membuatkan diriku terikat kini, ku tinggalkan tanpa sedar di bumi Kuantan. Apalah dayaku, untuk berpatah balik ke sana, dan untuk berpatah balik semula ke sini tidak menampakkan signifikasinya. Maafkan diriku wahai teman-teman...Semampunya diriku menghulurkan bantuan daripada kejauhan ini.
Diriku sedang cuba untuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak. Sambil-sambil itu mendengar lagu-lagu Jepun. sebenarnya ingin menyaring mana lagu yang diriku harus buang daripada simpananku. Kalau nak simpan tapi tak dengar pun, tak guna juga. Coretanku tercetus tentang
satu perkara. Mengalamun sejenak di meja comel milik sahabatku...sambil-sambil mengumpul data sebelum diriku mampu menggoreng demi menyiapkan tugasanku itu. =) Hai hai...harap-harap gorengannya garing dan tidak hangus. hehe...
Satu perkara yang ku maksudkan adalah tatkala pen kegemaranku jenama faster yang mempunyai 3/4 warna, perjalanan ink yang tersekat-sekat. Sebab utama diriku memilih dan menyukai pen ini adalah kerana ink untuk keempat-empat warna yang diberikan jarang memberikan kesan yang kurang memuaskan. Lancar.. dan berbaloi... namun, kekurangannya, pen kegemaranku ini, sangat sensitif apabila terjatuh. Sama ada badannya retak di mana-mana ataupun ink yang dikeluarkan tidak selancar sebelumnya.
Diriku terfikir sejenak...apa yang kita akan lakukan tatkala menghadapi pen seperti ini? Andai pen itu adalah pen biasa dan kita mempunyai banyak pen di depan mata, pastilah kita akan bertindak memilih pen yang lain. Mudah...tidak perlu menyusahkan diri dan menyakitkan hati melihat tulisan kita yang terputus-putus. Tapi entah mengapa, ada sahaja pen yang lain yang boleh diriku gunakan, namun pen itu juga yang ku pilih...walaupun tulisannnya tidak selancar biasa. Dan disebabkan pada pen itu bagaikan ada 4 pen yang lain, pada fikiranku, mungkin warna-warna yang lain itu tidak seperti yang satu itu.
Ingin ku analogikan pen itu sebagai masalah dalam kehidupan kita. Tatkala masalah datang menjengah dalam kehidupan kita, apa yang kita akan lakukan? Adakah kita berupaya untuk 'menukar' masalah kita sepertimana kita mengubah pen yang kita gunakan kerana tulisannya yang tidak lancar dan menganggu kehidupan kita? Menghadapi masalah padaku, andai kita hadapi seperti kita sabar dengan tulisan pen yang tersekat-sekat, aliran ink pen yang seterusnya mungkin akan menjadi lancar seperti biasa. Setiap masalah itu, pasti ada jalan penyelesaiannya, andai satu cara tidak dapat, cara lain masih boleh diusahakan. Seperti pen kegemaranku, andai dengan warna pertama tidak mampu menulis dengan baik, ada warna-warna seterusnya yang boleh kita manfaatkan. =)
Sekadar mencoret dan meluahkan apa yang terlintas di benakku. Lain orang lain penilaiannya... Moga mendapat manfaat...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
No comments:
Post a Comment