Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Allahu Allah...perjalananku dari Kuantan ke Kuala Lumpur dan Selangor 27 Ogos yang lepas mempunyai rentetan yang tidak terduga olehku. Perjalanan yang hanya diketahui oleh keluarga dan beberapa kenalan rapat menjadi sungguh bermakna untukku. Walaupun
diriku merasakan kurang bersedia untuk memulakan perjalanan kembali ke negeri tercinta. Namun, segalanya telah diatur dengan sangat cantik oleh-Nya.
Memang sungguh niatku untuk menziarahi sahabatku hujung minggu yang lepas. Cuma tidak menyangka ziarah itu akan berterusan sehinggalah diriku menaiki kapal terbang pada jumaat yang akan datang. Sahabatku...sahabatku...kasihan dia kerana hampir-hampir tidak mampu mempercayai hakikat bahawa diriku telah muncul di muka pintu biliknya. Rindu~ Terasa lama sudah tidak bertemu dengannya. Sabarlah wahai sahabatku,sekali sekala dikejutkan begitu tak mengapa kan? =D
Langkah kanan rupanya...setelah beberapa ketika di biliknya, akhirnya dia memberitahuku; "aih, petang tok kita sungkei d Sirim, Shah Alam...YB Fadhilah mok jumpa..." (petang ini kita akan berbuka di Sirim, Shah Alam, YB Fadhilah nak berjumpa). Tidakku menyangka diriku bakal ke Shah Alam petang itu bersama-sama anak Sarawak yang lain dari pelbagai kampus. Sebenarnya diriku mempunyai sasaran lain pada hari esok. Namun, ganjaran-Mu yang menggunung dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Terima kasih ya Allah...Ku
merasakan perjalanan hari ini sudah panjang buatku. Rupa-rupanya ada perjalanan yang lebih panjang pada keesokkan harinya.
(Terima kasih YB Fadhilah atas jemputan)
Perjalanan pada 28 Ogos bermula seawal 9.30 pagi dengan menaiki bas 91 daripada Gombak. Tambang yang dahulunya RM 2 sudah pun naik sebanyak RM0.50. Masing-masing terkejut sebab sahabatku juga sudah lama tidak menaiki bas itu. Perjalanan dimulakan awal memandangkan diriku perlu mencari barang-barang yang dipesan untuk dibawa balik ke rumah.
Menjelang zohor, kami berdua bergerak ke stesyen KLCC...Aduhai~ rindunya pada tempat ini. Tempat yang menjadi rutinku dua kali sebulan ketika diriku berada dua tahun d pusat matrikulasi dahulu. Masjid As-Syakirin...tempat kami berkongsi ilmu dan pengalaman. Tempat kami berkongsi rasa kerinduan. Jumlahnya tidak begitu ramai kali ini. Namun, itu pun sebenarnya sudah cukup ramai berbanding satu ketika dahulu. =)
Apa yang kutunggu-tunggu sudah tiba. Inilah sebab yang membuatkan rasa ingin turun daripada Kuantan muncul pada awalnya. Majlis berbuka puasa bersama Ustaz Muhadir. Sungguhpun tidak mengenali beliau, namun rasa ingin bertemu dan bersama-sama berbuka dengan adik-adik di UIA PJ menguatkan kaki yang melangkah ini meneruskan perjalanan. Agak lama sudah tidak menjejakkan kaki di sana. Tempat yang mula-mula menyambutku di Tanah Semenanjung Malaysia. Diriku tidak mempunyai banyak memori disini. Namun cukuplah tempat ini sebagai tempat permulaan ku mencari diriku yang sekarang ini.=)
Hehe..kembali ke perkara pokok..Majlis berbuka puasa bersama ustaz Muhadir. Beliau hadir sekitar jam 7 petang. Bermula dengan suai kenal bersama-sama dengan yang hadir. Kehadirannya disitu membuatkan ku rasa teruja. Tidak menyangka ada seorang ada insan
sepertinya yang sebenarnya dekat dengan kami disini. Ustaz Muhadir berpeluang memberi kata-kata amanat selepas solat maghrib. Katanya, lepas ini bolehlah kami makan malam dengan lebih aman dan tidak tergesa-gesa. =)
(Terima kasih ustaz Muhadir sebab sudi meluangkan masa bersama-sama kami)
Inginku kongsikan tiga perkara yang dikongsikannya pada malam itu. Tazkirah pada malam itu sepenuhnya dalam bahasa Sarawak. Peluang untuknya melepaskan kerinduan katanya. Rindok nyawa~ =D
3 perkara yang disentuh oleh Ustaz Muhadir: (andai ada silap salah, mohon ditegur ya...)
1. Ukhuwwah
- dia menerangkan asal usul perkataan ukhuwwah adalah daripada perkataan ikhwan, akhie yang bermaksud abang. Hubungan yang rapat seperti adik-beradik. Ukhuwwah yang kita perlu bina sesama anak-anak sarawak sendiri. Walau apapun ideologi kita katanya, "dalam bab Sarawak tok, jangan kita berpecah" (Dalam hal Sarawak ni, jangan kita berpecah). Dan kata ustaz, untuk memperbaiki diri, kita perlukan jemaah yang kita boleh bertaut padanya.
2. Kita mesti ada ilmu
- Jangan lupa pada ilmu agama dan juga tidak melupakan bidang yang kita sedang belajar.
-Teringat kata-kata ustaz: "Mok jadi engineer, jadi engineer benar-benar, mok jadi doktor jadi doktor bena-bena"...=)
- Dan jangan lupa pedoman dalam hidup kita. Perlunya untuk kita meletakkan agama dalam diri. Jadi doktor yang ada agama dalam diri, jadi engineer yang ada agama dalam diri, jadi arkitek yang ada agama dalam diri, jadi saintis yang ada agama dalam diri.
3. Hormat kepada orang yang lebih tua.
- Ustaz berpesan agar hormat dengan senior-senior yang ada. katanya, ada keberkatan apabila kita hormat dengan orang lain.
- Beliau sempat berpesan, Allah berikan kita kekurangan agar kita tidak sombong.=)
Sampai disini sahaja perkongsianku kali ini. Sudah lama tidak mencoret sepanjang ini. Moga mendapat manfaat daripada perkongsian yang serba sederhana ini.
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
No comments:
Post a Comment