Ramadhan tahun ini berbaki tinggal beberapa hari lagi…Ramadhan yang pertama sepenuhnya berada di rumah setelah enam tahun berlalu. Tidak pernah terlintas difikiranku sehinggalah emak ku menyuarakan tentangnya tengah hari tadi. Dia seperti terkenangkan diriku beberapa tahun yang lepas. Diriku hanya akan balik seminggu ataupun hanya beza beberapa hari sahaja dengan hari lebaran. Sememangnya berbeza… dua tahun pertama berpuasa di pusat matrikulasi dan 4 tahun lagi di bumi Kuantan. Terasa begitu sekejap. Rasa baru semalam bersahur seorang diri ataupun bersama teman-teman. Menu sahur semestinya segelas milo atau nestum perisa coklat dengan beberapa keping roti. Di rumah? Nasi dan lauk pauk. =) Berbuka pula pelbagai, kadang kala jika tahap kemalasan di tahap melampau kemungkinan berbuka dengan hanya roti atau biskut pun boleh jadi terutamanya apabila berada di bumi kuantan.
Enam tahun rupanya telah berlalu…pastinya perbezaan itu sangat terasa. Ada baik dan ada kurangnya. Apapun, setiap yang dilalui itu pasti terpahat di hatiku. Tidak kiralah di rumah mahupun di mana sahaja diriku sudah mahupun bakal berada. Akan kurindui detik-detik itu. Ramadhan bakal pergi…entah berjumpa atau tidak diriku dengan ramadhan yang seterusnya. =”) Moga ramadhan ini lebih baik ya Ilahi…andai tidak, jika diberikan kesempatan Ramadhan yang akan datang, berilah diriku kekuatan agar diriku tetap menjadi pengejar dan perindu redha-Mu…amin...
Salam ramadhan buat semua…=)
No comments:
Post a Comment