Monday, September 12, 2011

Selamat Menempuh semester baru!!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kepada sahabat-sahabat...selamat menempuh semester yang baru...=)

Tiba-tiba digamit rasa rindu untuk menempuhi detik-detik pulang ke kampus masing-masing. Jika setahun yang lalu, semester baru ini merupakan permulaan kepada tahun yang terakhir. Perasaan yang kurasai tika itu masing mampu diingati tika ini. Rasa tidak percaya sudah menjejak ke tahun yang ke-empat. Rasa seperti baru semalam menerima surat tawaran masuk universiti.

Tapi tahun ini, diriku menjadi orang yang melambai-lambaikan tangan secara maya kepada sahabat-sahabatku yang pergi meneruskan perjuangan dan meneruskan kembara ilmu mereka. Diriku berfikir-fikir, sebenarnya walaupun diriku berada di rumah dan sentiasa terkenangkan detik-detik di kampus, namun diriku perlu sedar bahawa perjuangan ilmuku juga perlu diteruskan. Yang terhenti hanyalah sebuah titi dalam kehidupan. Kini adalah masa untuk menyeberang jambatan yang lebih besar, lebih lama dan lebih banyak cabarannya...

Sudah hampir empat bulan berlalu sejak kali pertama diriku menjejakkan kaki ke rumah, ke tanah tumpah darahku...namun, apa yang ku fikirkan? Apa yang ku lakukan? Rehat takkan pernah terasa cukup...jiwa terasa lopong dan kosong...apa yang ku nantikan? Menanti bulan jatuh ke riba? Sesuatu yang sudah dan perlu ku fikirkan secara lebih serius. Masa untuk usah menunggu sehinggakan orang lain risau akan diri ini. Seakan-akan tidak berbuat apa-apa setelah habis pengajian. Punca mahasiswa menganggur? Mungkin diriku boleh menghuraikan topik ini lebih baik kini. boleh buat karangan 2000-3000 patah perkataan barang kali. contoh yang diberikan? Mungkin lebih merujuk kepada diri sendiri...

Buat sahabat-sahabat... pesanan yang sering ku peroleh daripada 'senior-senior' ku setahun yang lalu ingin ku ulang buat dirimu... nikmatilah masa yang kita ada selagi mana ada dalam kehidupan di kampus. Kerana apabila melepasi fasa itu nanti, pasti kita akan merindui detik-detik itu kelak. =")

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

No comments: