Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan keluarga baginda. Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya, diriku masih mampu untuk mencoret beberapa perengga dalam laman yang berusaha untuk dibuang sawang-sawangnya setakat ini. (hehe…)
Kali ini diriku ingin berkongsi sedikit perbincangan ringan yang dibawa semasa diriku dan keluarga sarapan pagi ini. Meja makan merupakan antara tempat yang terbaik untuk bertukar-tukar informasi dan pandangan dalam keluarga kami. Begitulah yang berlaku pada pagi ini. Sungguhpun tidak berada di meja makan dari mula mereka bersarapan, namun sempat juga mencelah untuk mendengar tentang isu yang dibincangkan. =D
Topik meja makan edisi sarapan hari ini berkisar tentang makanan ringan atau juga dikenali sebagai jajan mahupun ‘snack’. Makanan ringan atau jajan termasuklah makanan seperti keropok, gula-gula, coklat, wafer dan ‘lollypop’ sememangnya menjadi kegemaran dari diriku kecil lagi. Sehinggalah ke hari ini, diriku sekali sekala bila teringin akan membeli makanan ringan untuk dinikmati. Namun, abangku mengambil pendirian yang berbeza kerana katanya, makanan ringan kini mengandungi pelbagai bahan kimia yang kurang sihat untuk badan. Ibu dan kakak ku masih berpendirian bahawa makanan ringan masih sesuai untuk dinikmati.
Diriku pula bagaimana? Hehe…bukanlah ingin memihak kepada sesiapa. Kalau hendak dikatakan pihak berkecuali pun boleh juga. Perbincangan ini sungguhpun ringan, tepai meninggalkan kesan kepada diriku sehinggakan diriku terfikir-fikir sehingga ke saat ini. Entah berapa banyak bahan kimia yang telah masuk ke dalam badan kita melalui sumber-sumber seperti ini. Setakat ini, kesan yang ketara tidak Nampak hasil daripada pengumpulan bahan-bahan kimia yang diriku telan sejak dari kecil. Kalau dahulu, makanan ringan yang paling selalu dimakan adalah seperti gula-gula susu cap arnab (sekarang dah maju, sebab wujud dalam pelbagai rasa dan warna.hehe), gula-gula smarties, keropok cap doraemon, tora, pelbagai jenis produk Apollo dan berbagai-bagai jenis lagi. Adakah jajan pada zaman dahulu berbeza dengan zaman kini terutama dari sudut kandungan bahan kimianya? Mengapakah di zaman ini, makanan ringan semakin diperkatakan sebagai makanan yang tidak berkhasiat?
(Gula-gula arnab...akan makan sampai habis stock dalam poket seluar.hehe)
Hati dan akalku terusik mungkin kerana dek isu makanan yang menjadi tumpuan pembelajaranku ketika di kampus dulu. Ini pandanganku: Mengikut pandanganku, apa yang berubah mungkin bukan dari segi berapa banyak kuantiti bahan kimia yang wujud dalam makanan ringan tersebut yang berubah dengan masa. Persepsi kita terhadap makanan ringan; bahan kimia yang terkandung, khasiatnya berubah mengikut kesedaran kita dalam mengetahui apa yang ada di dalam makanan kita, apa khasiatnya kepada badan kita. Semakin berkembangnya teknologi khususnya dalam bidang makanan memungkinkan komposisi yang wujud dalam apa jua jenis makanan terutamanya makanan ringan dalam konteks ini mampu dirungkai dan dikongsikan bersama. Manusia semakin terdedah dengan informasi-informasi yang menerangkan apa faedah dan bahayanya satu-satu komposisi itu. Jika dilihat dari segi keselamatan makanan itu sendiri, dari segi bahan tambahan (food additives) seperti bahan pengawet, bahan perisa, pewarna dan penambahbaik rasa, sebenarnya semakin berkembang majunya teknologi membolehkan produk yang selamat dan diuji mampu untuk dihasilkan. Kini, terdapat organisasi yang dikenali sebagai FDA, iaitu Food and Drug Administration yang berfungsi untuk mengesahkan keselamatan sesuatu bahan makanan dan ubat-ubatan. (Ingin tahu lebih tentang FDA? Boleh klik disini).
Ibuku telah menyimpulkan tadi bahawa ‘it’s a matter of choice’. Maksudnya, kita mempunyai pilihan untuk makan ataupun tidak. Bagiku, tidak salah untuk menikmati makanan ringan asalkan kita makan dalam kuantiti yang berpada-pada. Sekian perkongsianku kali ini… (tidak semena-mena Buku Food Toxicology ku dibelek hari ini.hehe)
Wallahualam
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
1 comment:
Orang yang berkecuali..huhu
Post a Comment