Wednesday, May 14, 2008

Izinkan aku...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Detik ini, ingin berkongsi rasa dan keinginan kepada setiap insan yang menjengah ke blog hamba Allah yang lemah ini...

Moga diberi kekuatan oleh Ilahi untuk merealisasikan hasrat untuk membuat risalah berkala buat tatapan adik-adik sekolah menengah. Secara jujurnya, sasaran pertama ialah untuk adik-adik yang kini menuntut di sekolah lamaku, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri. Walaupun bilangan adik-adik dan guru-guru yang dikenali disitu mencukupi jika dihitung dengan jari, namun rasa sayang kepada sekolah yang menjadi tempat membesar itu rasanya terlalu payah untuk disingkirkan daripada hati ini.

Buat sahabat-sahabatku terutamanya bekas pelajar Kolej, andai masih ada rasa ingin menukilkan sesuatu buat adik-adik Islam di sana, bolehlah salurkan terus kepada saya ke annamlatun19@yahoo.com / bugzs_87@yahoo.com. Insya-Allah saya akan memasukkannya ke dalam risalah tersebut.

Sesungguhnya, Kolejlah sekolah formalku dan bermulanya sekolah kehidupanku...

Ya Allah izinkanlah hamba-Mu ini tetap istiqamah di jalan-Mu...

Wallahualam...

Dari Insan yang ingin berkongsi rasa...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Monday, May 12, 2008

Sandwich pun boleh jadi personality test! haha!




You Are a Peanut Butter and Jelly Sandwich



You life your life in a free form, artistic style.

You are incredibly creative and at times, quite messy.

Deep down, you are a kid at heart. And you aren't afraid to express it.



Your best friend: The Grilled Cheese Sandwich



Your mortal enemy: The Club Sandwich

Istimewa buat seorang IBU...=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Pada setiap tahun, minggu kedua dalam bulan Mei, pasti siaran televisyen dan pasaraya-pasaraya di seluruh dunia akan sibuk menwar-warkan akan satu hari yang istimewa yang ditujukan buat para IBU….

Adakah hari ini begitu istimewa dan penting sehinggakan semua orang perlu dan wajib meraikan hari Ibu ini. Jika dilihat dari sudut agama pula, belum pernah terbaca tentang perlunya penetapan hari yang digelar sebagai hari Ibu dan tidak pula pernah mendengar asal-usul yang tidak baik tentang hari Ibu ini, seperti sejarah yang dilakarkan buat hari Kasih Sayang ataupun lebih dikenali sebagai Hari Valentine.

Maka, mengapa perlu kita raikan ataupun sekadar mengucapkan “Selamat Hari Ibu wahai ibuku” ataupun “Happy Mother’s day mak” tidak kira secara lisan ataupun melalui SMS? Bagi saya, setiap hari adalah hari Ibu. Tidak ada batas buat kita meluahkan dan menunjukkan rasa sayang kita terhadap ibu kita. Tapi dengan pelbagai rencam kehidupan kini, adakah kita mempunyai dan mencari peluang untuk melafazkannya setiap hari kepada ibu kita? Adakah setiap hari kita hiasi dengan perbuatan-perbuatan yang menyenangi hati ibu kita? Adakah kita pernah terfikir yang ibu kita akan merasa begitu gembira andai anaknya melafazkan kata sayang kepadanya walaupun hanya pada suatu yang tertentu setiap tahun.

Sama-sama kita renungi ke dalam diri kita, adakah kita mampu untuk menggembirakan hati ibu kita setiap hari? Andai kita tidak mampu dan tidak punya peluang, maka ambillah kesempatan sempena hari ibu ini untuk diluangkan bersama-sama dengannya. Bergurau senda dengannya ataupun menyediakan juadah buatnya walaupun kita memang terkenal dengan kedegilan untuk menjejakkan kaki ke dapur. Buat yang telah terlepas peluang untuk menyambut hari ibu iaitu jatuh pada 11 Mei pada tahun ini, tidak mengapa! Momantai! (hehehe…tak ada masalah dalam bahasa Cina) no problem!!! Peluang masih terbuka luas kerana setiap hari adalah hari ibu buat diri kita!

Buat ibuku,

Selamat Hari Ibu,

Dikaulah permata hatiku,

Yang tidak pernah jemu,

Memahami dan menyokong,

Tika diri ini terasa longlai,

Tika diri ini terasa goyah,

Dalam menghadapi,

Segala cabaran dan dugaan

Yang datang tanpa mengenal waktu.

Terima kasih wahai Tuhanku,

Kerana mengizinkan hamba-Mu ini

Memliki seorang ibu seperti dia

Terima kasih wahai ibuku,

Selamat Hari Ibu...

Buat renungan;

Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!" (Al-Ahqaf: 17)

Sesungguhnya redha Allah adalah redha ibu bapa...

Selamat Hari Ibu...=)

”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam...

Saturday, May 10, 2008

Bangun pagi...gosok gigi...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

hehehe...hari ini adalah hari yang penuh dengan nostalgia indah.Rasa seakan-akan masa diputarkan semula tika waktu persekolahan... abi dan uktie pegi ke Kuching untuk urusan bakery. Dan diri ini tinggal untuk menemani ibu...=)

Tinggal di rumah seorang diri ataupun bangun awal untuk mengikuti ibu untuk bersamanya ke sekolah merupakan perkara pertama yang perlu diputuskan pada pagi ini. Hidup penuh dengan pilihan dan peluang. Sama ada kita ingin membuat pilihan yang betul dan merebut peluang terbaik yang ada, terpulang kepada kepekaan kita. Hari-hari percutian yang berlalu terasa kurang 'umpph'nya kerana hanya berputar disekitar landasan yang sama. Hari ini, sekurang-kurangnya landasan itu dipesongkan sedikit daripada landasan bantal dan katil. Bau harum roti yang baru siap dibakar takkan menerpa ke hidung kerana hari ini merupakan hari sabtu yang juga merupakan satu-satunya hari cuti untuk pekerja di Morni Bakery.

Perjalanan yang dimulakan kira-kira pada pukul 6 pagi, membuatkan hati ini sedikit sayu dan kembali teringat saat dan ketika masih berada di tingkatan 5. Kerana pada waktu itu, diri ini akan sibuk dengan buku dan bekal (hehe) dan bebelan ayah kerana perlu bertolak ke sekolah selewat-lewatnya pada pukul 6.15 pagi supaya tidak terlambat ke sekolah. Setiap pagi akan mendengar 'motivasi pagi' bukan daripada Dr Fadzillah Kamsah tetapi daripada Cikgu Jaini b. Salleh...hehehe..pakar motivasi yang tidak akan pernah putus ideanya setiap pagi buat santapan anak tersayang. Hehehe...mungkin kerana itulah diri ini sering ditanya oleh rakan-rakan; "Rapat ko ngan bapak ko owh?!" mungkin janggal melihat anak perempuan boleh begitu rapat dengan seorang ayah.

Pada ketika itu, erti penat lelah di jalan raya difahami. Erti harus bersabar dan mengurangkan kadar kekerapan keluhan juga dipelajari. Erti mendengar dan menghayati erti kehidupan seorang anak juga mula dipelajari dengan lebih mendalam lagi.


Meredah persekitaran yang masih diselimuti oleh kabus nipis terasa begitu mendamaikan dan harus dihayati kerana itulah yang akan menjadi salah satu motivasi kepada diri apabila semester baru bermula nanti. Itulah yang akan menjadi penarik untuk diri ini sentiasa membenamkan dan memasakkan rasa perlu untuk kembali dan berkhidmat ditempat sendiri apabila selesai pengajian formal nanti. Andai rezeki yang ditetapkan adalah untuk diri ini terus melanjutkan pelajaran formal selepas selesai di Kuantan nanti, diri ini takkan jemu melangkah untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu-Nya...=)

Wallahualam...

Monday, May 5, 2008

Malu...ngan semut!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada hamba-Nya yang lemah ini, amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk menyampaikan kuliah maghrib pada tanggal 1 Mei berjaya dilaksanakan.

Sepanjang penantian yang sememangnya menyeksakan, urat-urat dan pembuluh darah terasa sejuk dan menggeletar. Pada saat itulah hati ini bertambah yakin bahawa dengan hanya mengingati Allah lah hati kita akan tenang. Namun, sejauh mana keberkesanan kuliah yang telah disampaikan ke dalam hati adik-adik hanya Allah sahaja yang tahu...

Masa yang telah diberikan oleh pihak urusetia ialah bermula daripada pukul 7.30 pm - 8.15 pm...
Berbekalkan dengan 40+ slide nampaknya tidak mencukupi untuk menepati masa yang ada..tepat pukul 8 semua slide yang dibuat dah digunakan...-_-" akhirnya, 15 minit terakhir, saya membuka kepada adik-adik tahun 6 itu, untuk bertanyakan apa-apa sahaja jenis soalan yang ingin mereka tanyakan. Pada mulanya risau jika adik-adik ini tidak mempunyai sebarang pertanyaan. Apa yang saya tahu, pelajar yang hadir ke Kem itu sememangnya dipilih dikalangan pelajar yang cemerlang kerana mereka mempunyai lebih banyak soalan yang ingin diajukan berbanding dengan masa dan pengetahuan yang saya ada.=)


Sekadar perkongsian isi-isi yang disampaikan dalam kuliah malu...ngan semut! yang telah disampaikan. Mudah-mudahan mendapat manfaat:

Semut merupakan sejenis binatang yang tergolong dalam keluarga serangga. Mempunyai 6 kaki dan terkenal dengan sifat rajin dan kerjasamanya...
Apa yang kita akan lakukan apabila kita melihat semut? adakah kita akan berasa gatal tangan dan bertindak mengenakan tekanan kepada semut-semut itu? ataupun kita sanggup untuk menghabiskan wang untuk membeli Ridsect demi menyelamatkan diri daripada si semut? Atau adakah kita memerhatikan semut-semut yang berjalan seolah-olah dalam satu barisan yang teratur? Tepuk dada,tanyalah iman dan akal kita. . . =o

Ingin saya kongsikan 8 sifat yang sepatutnya menyebabkan kita patut malu...ngan semut!

1) Rajin
2) Sabar

3) Jujur
4) Tertib & bertanggungjawab
5) Bersungguh-sungguh
6) Bersatu
7) Sanggup berkorban
8) Rajin bertasbih

Dalam kuliah yang telah disampaikan, ciri-ciri ini dikaitkan secara langsung dengan kehidupan seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan (memandangkan adik-adik yang mendengar tersebut merupaka calon-calon UPSR).

Soalan-soalan canggih yang telah mengisi masa selama 15 minit terakhir antaranya,

1) Macam mana akak tahu yang semut tu jujur? (soalan ini ditanya semasa slide tentang kejujuran semut di pancarkan)

2) Semut ni ada bangsa ke?

3) Macam mana kita nak bezakan antara semut betina dan semut jantan?

4) Akak ni 'expert' semut ke? -_-"

5) Kat mana semut simpan makanan dia?

6) Kalau semut betina asyik bekerja, dia tak bertelur ke?

7) Apakah saiz terbesar semut?

dan banyak lagi soalan-soalan lain yang saya ingat-ingat lupa. Mungkin, pada masa akan datang mempunyai peluang sebegini lagi, perlu dicatatkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh adik-adik ini...

Walaupun tubuh semut yang kecil dan senang untuk dipijak-pijak, namun pada hakikatnya kita patut malu...ngan semut disebabkan mereka merupakan makhluk ALLAH yang menggunakan segala kudrat mereka untuk terus hidup dan yang paling penting sekali, sebagai seorang Muslim, kita patut malu dengan semut kerana mereka tidak pernah berhenti mengingati dan berzikir kepada Allah...


"Langit yang tujuh,bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada ALLAH. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun. " (Al-Isra':44)

Wallahualam

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"