Saturday, May 10, 2008

Bangun pagi...gosok gigi...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

hehehe...hari ini adalah hari yang penuh dengan nostalgia indah.Rasa seakan-akan masa diputarkan semula tika waktu persekolahan... abi dan uktie pegi ke Kuching untuk urusan bakery. Dan diri ini tinggal untuk menemani ibu...=)

Tinggal di rumah seorang diri ataupun bangun awal untuk mengikuti ibu untuk bersamanya ke sekolah merupakan perkara pertama yang perlu diputuskan pada pagi ini. Hidup penuh dengan pilihan dan peluang. Sama ada kita ingin membuat pilihan yang betul dan merebut peluang terbaik yang ada, terpulang kepada kepekaan kita. Hari-hari percutian yang berlalu terasa kurang 'umpph'nya kerana hanya berputar disekitar landasan yang sama. Hari ini, sekurang-kurangnya landasan itu dipesongkan sedikit daripada landasan bantal dan katil. Bau harum roti yang baru siap dibakar takkan menerpa ke hidung kerana hari ini merupakan hari sabtu yang juga merupakan satu-satunya hari cuti untuk pekerja di Morni Bakery.

Perjalanan yang dimulakan kira-kira pada pukul 6 pagi, membuatkan hati ini sedikit sayu dan kembali teringat saat dan ketika masih berada di tingkatan 5. Kerana pada waktu itu, diri ini akan sibuk dengan buku dan bekal (hehe) dan bebelan ayah kerana perlu bertolak ke sekolah selewat-lewatnya pada pukul 6.15 pagi supaya tidak terlambat ke sekolah. Setiap pagi akan mendengar 'motivasi pagi' bukan daripada Dr Fadzillah Kamsah tetapi daripada Cikgu Jaini b. Salleh...hehehe..pakar motivasi yang tidak akan pernah putus ideanya setiap pagi buat santapan anak tersayang. Hehehe...mungkin kerana itulah diri ini sering ditanya oleh rakan-rakan; "Rapat ko ngan bapak ko owh?!" mungkin janggal melihat anak perempuan boleh begitu rapat dengan seorang ayah.

Pada ketika itu, erti penat lelah di jalan raya difahami. Erti harus bersabar dan mengurangkan kadar kekerapan keluhan juga dipelajari. Erti mendengar dan menghayati erti kehidupan seorang anak juga mula dipelajari dengan lebih mendalam lagi.


Meredah persekitaran yang masih diselimuti oleh kabus nipis terasa begitu mendamaikan dan harus dihayati kerana itulah yang akan menjadi salah satu motivasi kepada diri apabila semester baru bermula nanti. Itulah yang akan menjadi penarik untuk diri ini sentiasa membenamkan dan memasakkan rasa perlu untuk kembali dan berkhidmat ditempat sendiri apabila selesai pengajian formal nanti. Andai rezeki yang ditetapkan adalah untuk diri ini terus melanjutkan pelajaran formal selepas selesai di Kuantan nanti, diri ini takkan jemu melangkah untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu-Nya...=)

Wallahualam...

4 comments:

F. said...

rasa mok balit ke sekolah kan? ;(

annamlatun said...

hehehe...tapi macam lain jak rasa...berada di sebuah sekolah yang satu ketika dolok menjadi musuh tradisi...huhu

F. said...

you mean sm sains miri? haha.. i hate that school too. cus rasa bagus. but
i am not sure with their new people la. harap2 sik macam last time.

annamlatun said...

sine gik mun sik di sia selagik mak kamek masih pengetua di sia. huhu...the new generation is a lot more better than last time. I do think pe'el mbiak sains dolok= pe'el kbykan mbiak kolej kinek tok! Sori to saylah...