Pada setiap tahun, minggu kedua dalam bulan Mei, pasti siaran televisyen dan pasaraya-pasaraya di seluruh dunia akan sibuk menwar-warkan akan satu hari yang istimewa yang ditujukan buat para IBU….
Adakah hari ini begitu istimewa dan penting sehinggakan semua orang perlu dan wajib meraikan hari Ibu ini. Jika dilihat dari sudut agama pula, belum pernah terbaca tentang perlunya penetapan hari yang digelar sebagai hari Ibu dan tidak pula pernah mendengar asal-usul yang tidak baik tentang hari Ibu ini, seperti sejarah yang dilakarkan buat hari Kasih Sayang ataupun lebih dikenali sebagai Hari Valentine.
Maka, mengapa perlu kita raikan ataupun sekadar mengucapkan “Selamat Hari Ibu wahai ibuku” ataupun “Happy Mother’s day mak” tidak kira secara lisan ataupun melalui SMS? Bagi saya, setiap hari adalah hari Ibu. Tidak ada batas buat kita meluahkan dan menunjukkan rasa sayang kita terhadap ibu kita. Tapi dengan pelbagai rencam kehidupan kini, adakah kita mempunyai dan mencari peluang untuk melafazkannya setiap hari kepada ibu kita? Adakah setiap hari kita hiasi dengan perbuatan-perbuatan yang menyenangi hati ibu kita? Adakah kita pernah terfikir yang ibu kita akan merasa begitu gembira andai anaknya melafazkan kata sayang kepadanya walaupun hanya pada suatu yang tertentu setiap tahun.
Sama-sama kita renungi ke dalam diri kita, adakah kita mampu untuk menggembirakan hati ibu kita setiap hari? Andai kita tidak mampu dan tidak punya peluang, maka ambillah kesempatan sempena hari ibu ini untuk diluangkan bersama-sama dengannya. Bergurau senda dengannya ataupun menyediakan juadah buatnya walaupun kita memang terkenal dengan kedegilan untuk menjejakkan kaki ke dapur. Buat yang telah terlepas peluang untuk menyambut hari ibu iaitu jatuh pada 11 Mei pada tahun ini, tidak mengapa! Momantai! (hehehe…tak ada masalah dalam bahasa Cina) no problem!!! Peluang masih terbuka luas kerana setiap hari adalah hari ibu buat diri kita!
Buat ibuku,
Selamat Hari Ibu,
Dikaulah permata hatiku,
Yang tidak pernah jemu,
Memahami dan menyokong,
Tika diri ini terasa longlai,
Tika diri ini terasa goyah,
Dalam menghadapi,
Segala cabaran dan dugaan
Yang datang tanpa mengenal waktu.
Terima kasih wahai Tuhanku,
Kerana mengizinkan hamba-Mu ini
Memliki seorang ibu seperti dia
Terima kasih wahai ibuku,
Buat renungan;
Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!" (Al-Ahqaf: 17)
Sesungguhnya redha Allah adalah redha ibu bapa...
”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment