Thursday, November 20, 2008

Tertarik ku padanya...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tertarik kepada siapa??? huhu...sebenarnya lebih tepat diri ini katakan aku tertarik pada mereka??? wah...lebih daripada seorang!!! sebenar-benarnya, tertarik ku pada seorang ibu dan anaknya yang ku kira berumur sekitar 6-7 tahun di sebuah kedai menjual plastik. Ketika itu, diri ini menemani kakak ku untuk membeli stok plastik untuk membungkus muffin yang telah habis... sampai sahaja di kaunter, kelihatan ada seorang budak lelaki dan ibunya. ingatkan, kanak-kanak itu ingin membantu ibunya membungkus plastik-plastik yang kami beli. Namun, KAGUM...TERKESIMA...dan perasaan-perasaan yang sama waktu dengannya...

Kanak-kanak itu mengambil 'scanner' dan menekan butang untuk men'scan' kan bar code barangan yang kami beli. Dalam hati terdetik, sekecil ini sudah dibiasakan sebegitu rupa, tidak mustahil suatu hari nanti anak itu akan menjadi seorang yang lebih daripada yang dilihat pada ayah dan ibunya...andai latihan sejak peringkat usia yang semuda itu diterapkan dalam keluarga-keluarga Islam yang mempunyai perniagaan, alangkah baiknya. bukan apa, mungkin ada, namun jarang kita dapat lihat keadaan ini dikalangan kita sendiri...

Wallahualam...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

3 comments:

NooB said...

ak lu ms keje kat petronas...
salu je scan brg org...
xd pape feeling pn...
huhu...

annamlatun said...

-_-" untuk orang berumur 21 tahun scan barang memanglah xkan ade rs feeling ape2...

Anonymous said...

Ya ampun tezuka, mungkin anda xmemahami isi yg ingin diberitau oleh penulis. Atau mungkin anda ingin berjenaka. Wallahua'lam.

Apa yg pasti, konsep melenturkan buluh biar daripada rebungnya itu memang memberi kesan yg tbaik untuk jangka masa pnjg.

p/s: nice post