Saturday, November 15, 2008

Tiba-tiba???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam ini tidak dengan sia-sia...segala yang terjadi adalah aturan yang cantik oleh Allah s.w.t. Sanggupnya sesetengah orang mengatakan bahawa kejadian yang ada muka bumi ini adalah kejadian yang berlaku tanpa pencipta, bermula daripada satu zarah dan berevolusi sehinggalah sampai ke tahap menjadi benda hidup yang lebih rumit.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk melalui jalan hidup ini. Sepanjang semester yang lepas, mempelajari tentang 'Cell and tissue culture'. Apa yang menarik tentang pelajaran ini ialah, subjek mengenainya adalah sesuatu yang sangat baru kepada diri ini. Sebelum ini, sering ditujah persoalan, apa sebenarnya tumbuhan kultur? Terungkailah sudah persoalan itu setelah melalui semester yang lepas. Yang lebih menarik ialah kami diberi peluang untuk melakukan sendiri menanam tumbuhan secara kultur ini. (walaupun agak lambat untuk dapat menangkap erti keseronokan dalam mempelajari subjek ini...huhu...)

Tumbuhan kultur sebenarnya merupakan salah satu perkara asas dalam bidang bioteknologi. Demi menghasilkan tumbuhan dengan baka yang baik dan dalam kuantiti yang banyak, salah satu cara yang semakin diberi perhatian adalah melalui pengkulturan sel atau tisu daripada tumbuhan yang diinginkan. Tumbuhan yang lengkap boleh di'tanam' dengan menggunakan mana-mana bahagian daripada tumbuhan tersebut. Pada kebiasaannya, bahagian daun atau pucuk digunakan.

Setiap kali melakukan teknik ini di makmal, pasti akan terdetik dalam hati, betapa agungnya kuasa Ilahi. Hanya dengan menggunakan daun, pucuk kecil tumbuh daripada keratan daun itu bukan di atas tanah, tetapi di atas piring petri yang mengandungi media. Subhanallah...segalanya adalah dengan izin-Nya. pada waktu itulah, kita akan dapat melihat betapa segalanya adalah dengan izin-Nya dan tidak mungkin yang menghidupkan dan menumbuhkan pucuk dan akar daripada keratan daun itu tidak ada dan segalanya tidak logik dek akal andai berlaku secara tiba-tiba.... Gambar diambil pada 19.08.08
Tembakau yang berumur hampir sebulan...=)


Wallahualam

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

1 comment:

tusky said...

bnyknye plan die..
hehehhehe...