Wednesday, March 11, 2009

Diam lagi...=)

Diam…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Orang kata, kalau diam itu tanda setuju. Orang lain pulak kata, diam tu tanda nak tunjukkan rasa tak puas hari kita kepada orang lain. Pernah dengar juga orang lain kata, diam tu tanda marah dan tidak kurang pula ada orang yang kata, diam tu tandanya kita sedang membuat refleksi, merenung kembali kepada diri…


Asyik-asyik, orang kata, orang kata kan? Hehehe..bila lagi diri ini nak berkata-kata?


Sesungguhnya, benarlah apa yang orang-orang yang telah berkata-kata tentang diam. Diriku masih belum berniat untuk menyangkal pandangan individu lain tentang diam. =)

Bagiku, kadang kala lebih baik kita diam daripada mengatakan sesuatu. Tapi andai perlu, maka tidak wajar untuk kita terus mendiamkan diri.

Hehehe…diriku seperti kehilangan kata-kata. Mungkin kerana aku kini berada dalam posisi dan situasi; aku lebih selesa berdiam diri kini. Bukan kerana marah, bukan kerana protes, bukan juga kerana setuju (uuu…apakah itu??? Hehehe…tak ada apa-apa ya!). Diam hanya kerana ingin diam. Diam hanya kerana diriku mahu diam. Tidak ada faktor luaran yang membuatkanku terdiam. Tetapi, semata-mata hanya kerana mahu diam. (Banyak pulak perkataan diam..hehehe…)Mungkin ada yang perasan, mungkin jua tidak. Terpulanglah…

InsyaALLAH, diriku yang tidak berapa bising dan tidak juga pendiam ini tetap diriku. Tetapi, mungkin lebih banyak masa yang akan digunakan untuk diam.

Mudah-mudahan, diamku ini adalah diam tandanya orang yang sedang berfikir, mudah-mudahan dalam diamku ini, diriku dapat tenang semula...

Dan mudah-mudahan diam kali ini, Diam diam ubi berisi..=p

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

3 comments:

NooB said...

sekarang br ko tau knp ak lebih sk berdiam tatkala org bertanya knp ak berdiam shj...

besh sggh bila kita berdiam utk seketika nt...

nikmatnye hanya org yg suka berdiam diri shj tau....

Akmal Azeman said...

owh. kalo aku diam n mate aku bersinar sinar bagaikan aku kat pluto, itu makneynye aku tgh berpikir ye. mostly nmpk mcm aku dok termenung n org akn mcm: eh eh...kenape neh?? hahah. concern la plak kan. takpe. ko diam kejap je tu. jap lg ko g blk mun, mesti ko start ketawa dgn gaya 'BWAHAHAHAHAHAHA!'

betol tak???? hahah :p

annamlatun said...

Hmm...

to tezuka:

- hehehe...aku memang menyedari hakikat bestnye mendiamkan diri ni. Tapi, dengan nature ko yang kecoh tu, kadang-kadang TERLALU mendiamkan diri tu membangkitkan suasana janggal. sebab tu kita org bertanya kenapa ko berdiam diri sahaja...=)

to Kema:

hehehe...last part tu,aku masih boleh buat. tapi kadar die berkurang sikit. hehehe...sebab rs mcm best tak keluar bilik. Kalau keluar bilik pun, kalau ada beberapa bilik yang akan aku akan kecohkan. Kalau setakat satu bilik je...baik tak payah keluar bilik! hahahaha...